Judul: Ruqyah Mengobati Jasmani & Rohani Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): Thoriiquka ilash Shihhah An-Nafsiyyah wal ‘Udhwiyyah| Penulis: Syaikh Dr. ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al-‘Iedan | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i| Berat: 122gram | Muka Surat: 168 m/s. (Soft cover)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
“Dan kami turunkan dari Al-Qur’an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman.” (Surah Al-Israa’, 17: 82)
Menurut sebahagian ahli tafsir, selain dapat menyembuhkan penyakit rohani dan hati, Al-Qur’an turut dapat menyembuhkan penyakit jasmani dan fizikal kerana kata syifa’ (penawar) di dalam ayat ini bersifat umum.
Pendapat ini benar setelah dibuktikan oleh para ahli ruqyah beserta pesakit mereka yang mana sebahagian dari kisah-kisah pengubatan mereka dituturkan melalui buku ini. Bahkan telah terbukti (yakni dengan izin Allah), ruqyah dapat menyembuhkan penyakit-penyakit berat dan kronis yang tidak mampu disembuhkan dengan rawatan medis sekalipun.
Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) pernah mengatakan:
“Sesiapa yang tidak dapat disembuhkan dengan Al-Qur’an, semoga Allah tidak menyembuhkannya.”
Namun demikian untuk sampai kepada pengubatan yang efektif dan hasil yang optimal, padanya terdapat syarat-syarat dan tata cara ruqyah yang benar berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Ruqyah tidak dilaksanakan sesuka hati atau semberono saja.
Dari itu, adakah anda masih meragukannya? Atau Anda ingin mencuba dan membuktikannya sendiri? Di buku ini (insya Allah) akan anda dapatkan jawaban dan panduannya.