Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Argan Oil, The Golden Oil of Morocco

Argan Oil, The Golden Oil of Morocco
Argan Oil, The Golden Oil of Morocco Argan Oil, The Golden Oil of Morocco
Product Code: Achlim
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 12.2 x 3.3 x 3.3

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Item: Argan Oil, The Golden Oil of Morocco | Pengeluar: Achlim (Morocco) | Berat: 60gram | Kuantiti: 30ml pure Argan oil. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Minyak Argan terhasil dari pokok Argan, atau nama saintifiknya Argania spinosa. Hanya terdapat di beberapa tempat di Morocco dan sedikit di Algeria. Ianya kaya dengan kandungan vitamin E, anti oxidant, vitamin C, omega 3 (α-Linolenic acid), omega 6 (Linoleic acid), dan omega 9 (Oleic acid) yang baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

Di Morocco sendiri, Argan oil (minyak Argan) termasuk produk yang memiliki harga dan permintaan yang tinggi, serta tidak mudah untuk diperolehi. Dan sudah tentu ia lebih sukar lagi diperolehi di selain tempat di Morocco, namun sejak kebelakangan ini ia telah mula mendapat perhatian dan permintaan yang baik, sekaligus mula dipasarkan ke luar untuk jualan dan permintaan secara khusus bagi tujuan kosmetik. Atas dasar ini juga, kerajaan Morocco pun telah mula mensasarkan agar penghasilan Argan oil dipertingkatkan supaya mampu mencapai kira-kira 2500 hingga 4000 tan menjelang tahun 2020.

Secara tradisional, Argan oil digunakan sebagai rawatan penyakit kulit dan dijadikan sebagai sebahagian ramuan kosmetik (produk kecantikan) untuk kulit dan rambut. Ia diakui mampu merawat kesan terbakar, dan melambatkan kesan penuaan (dengan mengurangkan kesan kedutan pada kulit). Pada rambut, ia membantu merawat rambut yang rosak (atau kering), tidak sihat, kusam, berminyak, dan rambut terbelah di hujung. Ia juga mampu mengembalikan kilauan rambut yang tidak bermaya. Selain itu, Argan oil juga turut digunakan untuk rawatan serta kecantikan kuku.

Argan oil digunakan dengan cara menyapukannya atau mengusapkannya pada kulit atau rambut yang berkenaan. Digunakan juga pada kuku. Pada kulit biasanya ia digunakan untuk merawat kesan parut, eczema, kesan cacar (chicken pox), kesan terbakar atau melecur, parut jerawat, kurap, dan kesan luka. Ia disapukan pada tempat berkaitan. Demikian juga dengan rambut, ia diambil dalam jumlah 2 hingga 3 titis lalu disapukan dan diratakan pada rambut yang bermasalah (seperti kekeringan, atau rosak).

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net