Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kesesatan Sufi Tasawuf, Ajaran Budha!

Kesesatan Sufi Tasawuf, Ajaran Budha!
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16.4 x 2.3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM46.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kesesatan Sufi Tasawuf, Ajaran Budha! | Judul Asal (‘Arab): Ash-Shufiyah, Al-Ghazu Al-Mudammir dan Budhism; Its History, Belief and Relationship with Sufism | Penulis: Syaikh Ahmad bin ‘Abdul ‘Aziz Al-Hushain dan Dr. ‘Abdullah Musthofa Numsuk | Penerbit: Pustaka As-Sunnah | Berat: 1kg | Muka Surat: 298 m/s (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Mungkin ramai yang terkejut dengan hakikat kenyataan yang bakal kami tampilkan melalui buku ini. Namun, itulah hakikat kebenaran yang cuba disembunyikan dan jarang terbaca oleh kebanyakan orang. Walaupun serapi mana ia cuba ditutup, Allah tetap akan membongkarnya, dan Dia-lah yang menjaga agama ini dari segala penyimpangan dan penyelewengan.

Tahukah kita bahawa para ulama Ahlus Sunnah wal-Jama’ah yang teguh di atas ‘aqidah dan manhaj yang benar telah berfatwa tentang sufi, filosof, tarekat, atau ajaran tasawuf dengan sangat keras sekali. Antaranya kami nukilkan sebahagiannya sebagaimana berikut:

Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) menukilkan perkataan Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H):

لو أن رجلا تصوف أول النهار لايأتي الظهر حتى يصير أحمق، وعنه أيضأ أنه قال، مالزم احد الصوفية أربعين يوما فعاد عقله اليه أبدا

“Bahawasanya seseorang yang mengamalkan tasawuf  pada awal siang (pagi hari), belum sempat masuk waktu zuhur dia telah menjadi orang yang bodoh (dungu).”

Dan dari beliau juga (Asy-Syafi’i) katanya, “Tidaklah seseorang mengamalkan ilmu kesufian selama 40 hari sahaja, melainkan akalnya tidak akan waras lagi untuk selamanya.” (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 327 – Maktabah Syamilah. lihat juga, Manaqib Asy-Syafi’i oleh Imam Al-Baihaqi, 2/207)

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah juga mengatakan, “Tidak akan menjadi sufi (yang hakiki) sebelum pada diri seseorang itu terdapat empat karektor iaitu: pemalas, banyak makan, mudah kecewa (putus asa), dan berlebihan di luar keperluan.” (Manaqib Asy-Syafi’i oleh Imam Al-Baihaqi, 2/207)

Imam Abu Bakar Ath-Thurthusi rahimahullah (Wafat: 520H) berkata:

وَمَا مَثَلُ مَنْ نَصَرَ الإِسْلاَمَ بِمَذَاهِب الفَلاَسِفَةِ، وَالآرَاء المنطقيَةِ، إِلاَّ كَمَنْ يغسِلُ الثَّوْب بِالبول

“Dan adapun permisalan sesiapa yang berusaha membela agama dengan falsafah dan perkiraan mantiq, tidaklah lain melainkan sebagaimana ia mencuci kain dengan air kencing.” (Adz-Dzahabi, Siyar a’lam an-Nubala’, 19/495). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Kata Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) tentang Imam Abu Bakar Ath-Thurtusi:

“Beliau adalah al-Imam al-‘Allamah, al-Qudwah (contoh ikutan), zuhud, Syaikh al-Malikiyah (ulama besar mazhab Maliki), Abu Bakar Muhammad B. Al-Walid B. Kholaf B. Sulaiman B. Ayyub al-Fihri al-Andalusi ath-Thurthusi al-Faqih ‘alim Iskandariyah (ilmuan dan penyebar ilmu di Iskandariyah, Mesir).” (Adz-Dzahabi, Siyar a’lam an-Nubala’, 19/490)

Imam Abu Bakar Ath-Thurthusi rahimahullah (Wafat: 520H) juga pernah diajukan pertanyaan berkenaan keadaan orang-orang yang membaca sebahagian ayat Al-Qur’an (dari kelompok sufi), kemudian dikumandangkan kepada mereka rangkap-rangkap sya’ir, maka mereka pun menari dan berdendang, memukul rebana dan rebab... adakah dibolehkan untuk turut serta bersama-sama mereka?

Maka beliau pun menjawab:

مذهب الصوفية هذا بطالة وجهالة وضلالة وما الإسلام إلا كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه و سلم وأما الرقص والتواجد فأول من أحدثه أصحاب السامري لما اتخذ لهم عجلا جسدا له خوار فأتوا يرقصون حوله ويتواجدون وهو - أي: الرقص - دين الكفار وعباد العجل وإنما كان مجلس النبي صلى الله عليه و سلم وأصحابه كأنما على رءوسهم الطير من الوقار فينبغي للسلطان ونوابه أن يمنعهم من الحضور في المساجد وغيرها ولا يحل لأحد يؤمن بالله واليوم الآخر أن يحضر معهم ولا يعينهم على باطل هذا مذهب مالك وأبي حنيفة والشافعي وأحمد وغيرهم من أئمة المسلمين

“Mazhab sufi adalah mazhab yang bathil dan sesat. Islam hanyalah kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Adapun menari dan mengolah perasaan adalah perkara pertama yang direka-reka oleh sahabat-sahabat Samiri ketika Samiri membina untuk mereka sebuah patung anak lembu yang berbentuk jasad (lembu) yang mengeluarkan suara. Mereka pun menari-nari di sekelilingnya dan saling berdendang dengannya riang gembira. Tarian adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu. Sedangkan majlis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau adalah majlis ketika kepala-kepala mereka seolah-olah dihinggapi burung  kerana kekhusyukkan mereka (tekun dan khusyu’). Maka, sepatutnya bagi para penguasa dan wakil-wakilnya supaya melarang orang-orang seperti ini agar tidak melakukannya atau hadir di masjid dan seumpamanya. Tidak dihalalkan bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat untuk turut serta bersama mereka, juga tidak boleh untuk menolong mereka dalam kebathilan. Inilah mazhab Malik, asy-Syafi’i, Abu Hanifah, dan Ahmad serta kaum muslimin lainnya.” (lihat: Al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an (Tafsir al-Qurthubi), 11/238. Muhammad Al-Amin Asy-Syanqithi, Adhwa’ul Bayan, 4/88. Al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 168)

Tarian dan Sya’ir Sufi

Kata Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H):

فَأَمَّا مَا ابْتَدَعَتْهُ الصُّوفِيَّةُ الْيَوْمَ مِنَ الْإِدْمَانِ عَلَى سَمَاعِ الْمَغَانِي بِالْآلَاتِ الْمُطْرِبَةِ مِنَ الشَّبَّابَاتِ والطار والمعازف والأوتار فحرام.

“Adapun apa yang diada-adakan oleh kaum Sufi pada hari ini; melazimi mendengar nyanyian dengan alat-alat yang menggerakkan jiwa seperti seruling, rebana, dan alat-alat muzik lainnya maka ini adalah haram.” (Tafsir al-Qurtubi, 14/54)

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) berkata:

خَلَّفْتُ بِبَغْدَادَ شَيْئاً أَحْدَثَتْهُ الزَّنَادِقَةُ، يُسَمُّونَهُ التَّغْبِيْرُ، يَشْغَلُوْنَ بِهِ عَنِ القُرْآنِ

“Aku tinggalkan di Baghdad sesuatu yang direka oleh para zindiq, mereka menamakannya At-Taghbiir, mereka memalingkan (melalaikan) orang dengannya dari Al-Qur’an.” (Adz-Dzahabi, Siyar A’lam al-Nubala’, 10/91)

Perhatikanlah bahawa Imam Asy-Syafi’i telah menghukum mereka yang melakukan At-Taghbir sebagai “zindiq” iaitu munafiq kerana mereka menjadikan perkara maksiat sebagai ibadah. Tahukah anda apakah itu At-Taghbiir?!

Ibnu Manzhur menyebutkan dalam Lisan Al-‘Arab:

قال الأَزهري وقد سَمَّوْا يُطَرِّبون فيه من الشِّعْر في ذكر الله تَغْبيراً كأَنهم تنَاشَدُوهُ بالأَلحان طَرَّبوا فَرَقَّصوا وأَرْهَجوا فسُمّوا مُغَبِّرة لهذا المعنى

“Berkata Al-Azhari: Dan mereka telah menamakan orang-orang yang mendendangkan (melagukan) sya’ir untuk mengingati Allah sebagai Taghbiir sebagaimana mereka itu mendendangkannya dengan nada-nada tertentu lalu mereka mendendangkan pendengarnya sambil menari-nari serta menimbulkan gerakan-gerakan, maka dinamakan mereka itu mughabbirah berdasarkan makna ini.” (Ibn Manzhur, Lisan Al-‘Arab, 5/3)

Kemudian Imam Al-Azhari membawa perkataan Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) yang dinyatakan di atas sebagai menunjukkan bahawa inilah makna At-Taghbiir yang dikehendaki oleh Imam Asy-Syafi’i.

Penyusun kitab Tafsir terkenal; Al-Imam Ibnu Kasir rahimahullah (Wafat: 774H) mengulas kenyataan Imam Asy-Syafi’i tersebut dengan katanya:

“Dan ianya (at-taghbiir) adalah mengetuk dengan dahan (kayu) atau yang lainnya di atas kulit yang kering berserta mendendangkan sya’ir-sya’ir ketuhanan yang melembutkan hati dan menggerakkan benda yang diam, walaupun begini keadaannya, beliau (Imam Asy-Syafi’i) telah menamakan pelakunya sebagai “zindiq”, lalu bagaimana pula jika beliau melihat apa yang diada-adakan oleh mereka yang di zaman kita mendengar nyanyian dan menari-nari dengan diiringi duff (kompang) dan serunai...” (Ibnu Katsir, Kasyf Al-Ghita’ ‘an Hukmi Simaa’ Al-Ghina’, m/s. 42 - Maktabah As-Sunnah, cet. 1, 1991M)

Ibnu Kasir rahimahullah turut menyatakan bahawa:

“Adapun menjadikan nyanyian muzik ini sebagai taqarrub (ibadah dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah) dan jalan untuk mendapatkan pahala maka ianya adalah bid’ah yang sangat buruk tidak pernah disebut oleh mana-mana Nabi dan tidak pernah diturunkan dalam mana-mana Kitab dari langit dan perbuatan ini menyamai dengan orang-orang yang dinyatakan Allah dalam firman-Nya:

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا

“dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan...” (Surah Al-An’aam, 6: 70)

Dan Allah Ta’ala juga berfirman:

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً

“dan tiadalah solat mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan...” (Surah Al-Anfal, 8: 35).” (Kasyf Al-Ghita’ ‘an Hukmi Simaa’ Al-Ghina’, m/s. 41)

Selain itu, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) turut mengungkapkan dalam kitab terkenalnya Fathul Bari (Syarah Shahih Al-Bukhari) tentang mereka (nyanyian dan tarian sufi):

“Kata Al-Qurthubi, “Adapun kebid’ahan yang dilakukan orang-orang sufi, ia termasuk perkara yang telah disepakati keharamannya. Hanya saja dalam persoalan ini hawa nafsu lebih menguasai kebanyakan orang yang menyandarkan dirinya kepada kebaikan. Malah dari kebanyakan mereka muncul tingkah laku seperti orang gila dan kanak-kanak kecil sehingga mereka menari (menggoyang-goyangkan badan) dengan gerakan yang dapat kita lihat dan dengan irama sya’ir yang bersahut-sahutan.”

Bahkan tidak dinafikan tanpa rasa malu di kalangan mereka, sebahagian kaum ada yang menjadikan perkara tersebut sebagai sarana untuk mendekatkan diri kepada Allah dan termasuk amal soleh yang dapat mendatangkan keadaan mulia pula. Padahal sebenarnya ini adalah pengaruh orang-orang zindiq dan pendapat orang-orang yang telah hilang (atau rosak) akal. Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 2/442)

Kemudian, Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) pula mengemukakan fatwa dari Imam Al-Qaadhi Abu Tayyib Ath-Thabari rahimahullah (Ulama Besar Mazhab Asy-Syafi’i (Wafat: 450H)) katanya:

اعتقاد هذه الطائفة مخالف لإجماع المسلمين فإنه ليس فيهم من جعل السماع دينا وطاعة ولا رأى إعلانه في المساجد والجوامع وحيث كان من البقاع الشريفة والمشاهد الكريمة وكان مذهب هذه الطائفة مخالفا لما اجتمعت عليه العلماء ونعوذ بالله من سوء التوفيق

“I’tiqad mazhab sufi ini adalah menyalahi ijma’ al-muslimin kerana sesungguhnya tiada dalam kalangan mereka itu (kaum muslimin) orang yang menjadikan mendengar nyanyian sebagai agama dan ketaatan dan tidak pernah pula mereka berpendapat menzahirkannya (nyanyian dan muzik) di masjid-masjid yang merupakan tempat yang mulia dan adalah mazhab kelompok ini menyalahi apa yang disepakti atasnya para oleh para ulama, kita berlindung kepada Allah dari petunjuk yang buruk.”

Kemudian Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali menambah:

ماذكره ولا ريب أن التقرب إلى الله تعالى بسماع الغناء الملحن لا سيما مع آلآت اللهو مما يعلم بالضرورة من دين الإسلام بل ومن سائر شرائع المسلمين أنه ليس مما يتقرب به إلى الله ولا مما تزكى به النفوس وتطهر به

“Apa yang dinyatakan oleh beliau ini tiada lagi keraguan padanya bahawa mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala dengan mendengar nyanyian yang berirama tertutamanya bersama dengan alat muzik adalah perkara yang diketahui secara daruri (prinsip) dari agama Islam bahkan dari semua syari’at muslimin bahawa ianya bukanlah termasuk mendekatkan diri kepada Allah dan tidak pula mensucikan jiwa dan membersihkannya...” (Nuzhatul Asmaa’ fi Mas’alah As-simaa’, m/s. 69 – Daar Thayyibah, Riyadh)

Tentang Buku Ini

Maka demikianlah sebahagian dari fatwa-fatwa dan pesan-pesan para ulama terdahulu yang dapat kami nukilkan di sini sebagai renungan dan ingatan. Maka dari itu, para pembaca sekalian sudah tentu ingin mengetahui lebih lanjut mengapa mereka berfatwa dan berwasiat sedemikian keras terhadap kaum sufi atau pengamal ajaran tarekat dan tasawuf ini.

In-syaa-Allah, anda akan temui jawabannya melalui buku ini. Buku ini adalah kompilasi dua buah buku dengan judul asalnya adalah “Ash-Shufiyah, Al-Ghazu Al-Mudammir” (dari bahasa ‘Arab) ditulis oleh Syaikh Ahmad bin ‘Abdul ‘Aziz Al-Hushain, dan satu buku lagi dengan judulnya “Budhism; Its History, Belief and Relationship with Sufism” (berbahasa English) ditulis oleh Dr. ‘Abdullah Musthofa Numsuk, kemudian ia diterjemahkan, diterbitkan, dan disatukan menjadi judul, “Kesesatan Sufi Tasawuf Ajaran Budha!

Buku ini mengungkap dan membongkar antaranya hakikat kata sufi atau tasawuf, asal-usulnya, perkembangannya, sejarah kemunculannya, jenis-jenis (aliran) dan pembahagiannya, hakikat tasawuf dari kaca-mata Islam, tokoh-tokoh rujukan dan panutan dalam ajaran sufi, sumber-sumber penghujahan dalam agama dan fahaman mereka, maqam-maqam kesufian, manhaj para sufi dalam ilmu, manhaj sufi dalam isu karamah, penyimpangan dan penyelewengan i’tiqad dan aqidah sufi, bolehnya perbuatan mencuri dan mengemis dalam ajaran sufi, pembongkaran adanya karamah Syaithan dalam kalangan tokoh-tokoh sufi, serta beberapa pembongkaran lainnya seperti hubungan sufi dengan ajaran agama kafir terutamanya dari ajaran Budha, kesan dan pengaruh kaum Parsi terhadap kaum muslimin, dzikir di sisi kaum sufi, nyanyian dan tarian sufi, definisi fana dan nirwana dalam ajaran sufi, kemuncak tasawuf, pembahagian fana serta sarana menuju puncak ittihad, hulul, dan wehdatul wujud. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Setelah anda memahami hakikat sufi yang sebenarnya, pasti anda akan memahami tanpa ragu mengapa mereka ini difatwakan sesat oleh para ulama semenjak dahulu lagi.

Selamat menela’ah dan berwaspada terhadap ajaran tasawuf, tarekat, dan kesufian.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net