Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ta'wil Hadits-hadits Yang Dinilai Kontradiktif karya Ibnu Qutaibah

Ta'wil Hadits-hadits Yang Dinilai Kontradiktif karya Ibnu Qutaibah
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 3

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ta'wil Hadits-hadits Yang Dinilai Kontradiktif | Judul Asal ('Arab): Ta'wil Mukhtalaf al-Hadits | Penulis: Imam Ibnu Qutaibah rahimahullah (Wafat: 276H) | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 900g | Muka Surat: 559 m/s.


Hadis-hadis Nabi adalah sumber hukum Islam yang utama dan penting. Hadis-hadis di samping sebagai sumber hukum dalam Islam, ia juga adalah penjelas dan pentafsir ayat-ayat Al-Qur'an al-Kariim. Walaupun demikian mulianya hadis-hadis Nabi, di sana masih ada golongan tidak bertanggungjawab yang sentiasa berusaha untuk memanipulasi dan menyelewengkan maksud-maksud dan tafsiran hadis-hadis tersebut.
 
Secara realitinya, memang kita boleh sahaja menemui hadis-hadis yang dilihat bertentangan dengan ayat-ayat Al-Qur'an tertentu atau di antara satu hadis dengan suatu hadis lainnya. Tetapi ini semua mampu ditangani dan difahami dengan ilmu yang benar dan mendalam. Tanpa ilmu, sudah tentu pelbagai masalah akan kelihatan sukar, rumit, dan bahkan seakan-akan pelik lagi mustahil. Sekaligus ini pasti akan menimbulkan pelbagai polemik dan kekusutan. Tetapi dengan kaedah yang benar dan ilmu yang sahih, insyaAllah semua ini boleh diatasi dengan murni.
 
Anda mungkin pernah membaca atau menemui hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam di mana beliau minum sambil berdiri. Tetapi di hadis yang lain, di dapati bahawa beliau melarang pula perbuatan tersebut (minum sambil berdiri). Malah banyak lagi hadis-hadis lain yang seumpama ini yang jika tidak difahami dengan kaedah pemahaman yang benar, nescaya kita akan kebingungan.
 
Oleh itulah, maka buku ini pun disusun dalam rangka menangani pelbagai perbuatan manipulasi, tohmahan, dan penyelewengan terhadap hadis-hadis Nabi yang mulia atas semata-mata alasan ianya saling bertentangan dan bercanggah di antara satu sama lain. Karya ini juga bertujuan menyoroti beberapa bentuk kekeliruan, sebahagian kesalahan ta'wil, salah tafsiran, dan tanggapan negatif terhadap hadis-hadis Nabi hasil perbuatan golongan ahli kalam (muktazilah).
 
Golongan ahli kalam (liberal) atau pemuja akal sangat gemar menjadikan alasan-alasan seperti ini untuk menunjukkan wujudnya ayat-ayat Al-Qur'an, atau hadis-hadis nabi yang saling bertentangan satu sama lain. Lalu dengan alasan ini, mereka menggunakannya untuk menolak sabahagian ayat-ayat atau hadis-hadis tersebut yang mana tidak bersesuaian dengan kehendak akal mereka. Atas alasan yang sama juga, golongan orientalis menjadikannya sebagai alasan untuk mempertikaikan dan menyerang Islam.
 
Bagi mereka yang cetek pengetahuannya dalam bidang ilmu ini, sudah tentu atau mungkin akan merasa keliru, bingung, dan berasa goyah pegangannya. Malah ada yang meninggalkan agama ini atas sebab-sebab itu.
 
Maka, Imam Ibnu Qutaibah pun menyusun tulisan ini dengan baik sekali. Beliau menjelaskan hubungan di antara dalil-dalil tersebut, sebab musababnya, sekaligus memberi pencerahan sekitar hadis-hadis yang dilihat saling kontradik dan bertentangan tersebut. Beliau juga menjelaskan contoh-contoh hadis yang dilihat bertentangan dengan akal serta logika dan seumpamanya. Penjelasan beliau ini insyaAllah akan membuatkan mereka yang sebelumnya goyah dan bingung kembali yakin dan mantap keimanannya terhadap dalil-dalil agama ini, iaitu dari keagungan ayat-ayat Al-Qur'an al-Kariim dan hadis-hadis Nabawi yang mulia.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net