Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Wahai Ukhti Kenapa Engkau Tidak Berjilbab

Wahai Ukhti Kenapa Engkau Tidak Berjilbab
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14 x 9 x 0.3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM4.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Wahai Ukhti Kenapa Engkau Tidak Berjilbab | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Penterjemah: - | Berat: 38gram | Muka Surat: 63 m/s. (Soft cover)


Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الْمَرْأَةَ عَوْرَةٌ، فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ، وَأَقْرَبُ مَا تَكُونُ مِنْ وَجْهِ رَبِّهَا وَهِيَ فِي قَعْرِ بَيْتِهَا

“Sesungguhnya wanita itu aurat. Apabila dia keluar (dari rumah) maka syaitan pun menyambutnya (dengan mengangkat pandangan padanya). Keadaan wanita yang paling dekat dengan wajah Rabbnya adalah ketika dia berada di dalam rumahnya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah no. 1685. Sunan At-Tirmidzi, no. 1173)

Diwajibkan atas kaum muslimah agar menutupi tubuhnya atau auratnya dengan sempurna dari pandangan kaum lelaki ajnabi dan wanita-wanita yang kafir. Kerana apabila saja seorang wanita itu keluar, maka syaitan pun akan berusaha menjadikannya sebagai alat tarikan kepada yang lain.

Ketahuilah bahawa jilbab atau hijab bukanlah belenggu yang mengekang kebebasan seorang wanita. Jilbab adalah kemerdekaan yang hakiki, yang dengannya menjanjikan jaminan Allah Ta’ala. Jilbab adalah pancaran iman sekaligus penutup aurat wanita yang mencerminkan rasa malu yang dimilikinya. Jilbab adalah syari’at yang tinggi dan mulia bagi kaum Hawa yang bernilai permata. Jilbab mengangkat darjat wanita dari budaya pemujaan terhadap hawa nafsu dan gaya hidup primitif yang hina dina. Berjilbab merupakan bentuk rasa syukur kepada Allah Ta’ala atas kurunian-Nya.

Ketika seorang wanita mukmin menyedari erti kenikmatan dari Allah Ta’ala berupa iman, syari’at Islam, kesihatan, kehidupan, ketinggian dan kemuliaan dirinya menurut Islam, maka ia tidak akan ragu-ragu lagi untuk berterima kasih kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan wasiat-Nya. Dia yakin, mengerti, serta menyedari, bahawa Allah Ta’ala-lah yang telah memerintahkannya untuk berjilbab. Dan Allah Ta’ala-lah yang menjanjikan pahala baginya atas segala ketaatan dan ketundukannya kepada-Nya. Sesungguhnya Allah tidak akan menyalahi janji-Nya.

Wahai Ukhti (saudariku) muslimah, padankanlah jilbab dengan sesungguhnya, maka Anda akan selamat, In-syaa Allaah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net