Judul: DVD Audio Daurah Musthalah dan Takhrij Hadits Kitab Nukhbatul Fikar | Syarah/pembentang: Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah | Kitab Dibahas: Nukhbatul Fikar fii Mustholahi Ahlil Atsar karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) | Penerbit: Pustaka As-Sunnah (Makassar) | Berat: 180g | Kandungan: 1 Set DVD Bersama Buku Matan Nukhbatul Fikar | Tarikh Daurah: 22 – 26 Oktober 2011.
Ini adalah hasil rakaman daurah (atau seminar) perbahasan kitab ilmu hadis Nukhbatul Fikar fii Mustholahi Ahlil Atsar karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) yang telah berlangsung selama 5 hari berturut-turut dari 22 hingga 26 Oktober 2011 yang lalu.
Kitab ini dibahas, dihurai, disyarah dan dijabarkan oleh Al-Ustaz Dzulqarnain hafidzahullah. Di antara kandungan perbahasan kitab dan daurah tersebut adalah berputar pada topik-topik penting ilmu hadis, iaitu (antaranya):
1, Perbahasan keutamaan menuntut ilmu, khasnya ilmu hadis.
2, Penjelasan judul buku (Nukhbatul Fikar), latar belakang buku, sebab penyusunan buku, methodologi penyusun terhadap buku ini, dan perhatian para ulama terhadapnya.
3, Perbahasan definisi dan pembahagian khobar; seperti perbahasan thuruq hadits, sanad, definisi hadis mutawatir, ahad, masyhur, ‘aziz, gharib, dan syarat-syaratnya.
4, Perbahasan hadis ahad dan pembahagiaannya.
5, Perbahasan kitab Shahih.
6, Perbahasan Syarat dua kitab Shahih.
7, Perbahasan hadis hasan.
8, Perbahasan periwayatan hadis.
9, Perbahasan ziyadatuts tsiqah, mahfudz, syadz, ma’ruf, dan lain-lain.
10, Perbahasan hadis maqbul dan pembahagiannya.
11, Perbahasan bentuk-bentuk dan pembahagian hadis marduud; seperti munqathi’, mu’allaq, mursal, mu’dhal, dan yang lainnya.
12, Perbahasan pembahagiaan khabar dari sisi nisbath dan sandaran.
13, Shighah periwayatan dan kepelbagaian penamaan rawi.
14, Perbahasan berkaitan ijazah periwayatan dan bentuk-bentuknya.
15, Menganal thabaqat, kelahiran, waktu, zaman, dan negeri.
16, Mengenal keadaan perawi dalam ilmu Al-Jarhu wat-Ta’dil.
17, Tingkatan Al-Jarhu wat-Ta’dil.
18, Kaedah-kaedah Al-Jarhu wat-Ta’dil.
19, Mengenal rawi dan jenis-jenisnya, kun-yah, biografi, nisbah, dan lainnya.
20, Adab ahli hadis.
21, Adab penuntut ilmu hadis.
22, Penulisan hadis.
23, Pengenalan ilmu Sababul Wurud.
24, Pelbagai karya ulama dalam bidang ilmu hadis.
25, Soal jawab.
Mengenal Penyusun Matan Kitab Nukhbatul Fikar
Beliau adalah Al-Imam Al-Hafiz Syaikh Al-Islam Shihaab Ad-Din Abi Al-Fadhl Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajr Al-Syafi‘i Al-‘Asqalaani. Masyhur dengan panggilan Ibnu Hajar, Al-Kinani, Al-‘Asqalani. Atau biasa kita sebuat sebagai Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani.
Beliau berasal dari keluarga yang menetap di ‘Asqalaan di Palestin tetapi dilahirkan pada 12 Sya‘ban tahun 773H di Kaherah Mesir setelah keluarganya berpindah ke sana.
Bapa beliau adalah seorang yang berilmu, ahli sastera, dan seorang yang berharta. Tetapi bapa beliau meninggal dunia semasa beliau masih kecil lagi. Tugas mendidik Ibnu Hajar telah diambil alih oleh Al-Khwaja Abu Bakar bin ‘Ali Al-Kharrubi (Wafat: 787H) salah seorang kerabat bapa beliau yang juga seorang saudagar besar di Mesir. Al-Hafiz Ibnu Hajar telah mendapat pendidikan yang sempurna dan kebijaksanaannya telah terserlah sejak kecil lagi.
Beliau sempurna menghafal al-Qur’an seawal usia 9 tahun. Beliau juga turut menghafal kitab Al-‘Umdah, Alfiyah Al-‘Iraqi, Al-Hawi Al-Kabir, dan selainnya. Dan beliau juga dikenal memiliki kekuatan daya ingatan yang tinggi.
Dalam usaha menguasai pelbagai aspek ilmu, beliau telah melakukan pelbagai pengembaraan ilmiyah dan berguru dengan ramai ulama.
Beliau juga dipelihara oleh Shams Ad-Din Muhammad bin ‘Ali bin Al-Qattan Al-Mishri (Wafat: 813H). Di antara guru-guru beliau adalah Al-Hafiz Al-‘Iraqi, Al-Haitsami, Ibnul Mulaqqin, Sirajuddin Al-Bulqini, Ibnu Jama’ah, Al-Fairuz Abadi, dan selainnya.
Sepanjang hidupnya beliau curahkan seluruh kudrat untuk mendalami ilmu sampailah beliau dikenali sebagai seorang ulama tersohor lagi manpan terutamanya dalam bidang ilmu rijal, hadis, sejarah, dan fiqh.
Di antara kitab-kitab beliau yang sangat masyhur dikenal adalah kitab Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari, Al-Ishabah iaitu kitab berkaitan para sahabat, Nudzhatun Nadzar fii Taudhih Nukhbatul Fikar, Tahdzibut Tahdzib, Taqribut Taqrib, Lisanul Mizan, dan banyak lagi lainnya mencapai ratusan kitab.
Atas kapasiti ilmunya yang manpan lagi diakui, beliau turut menjawat beberapa jawatan penting dalam struktur kerajaan Mamaluk di Mesir ketika itu seperti mengeluarkan fatwa-fatwa dan menjadi Qadhi al-Qudat asy-Syafi‘iyyah. Dan beliau pula adalah antara tokoh ulama tersohor bermazhab Syafi'i.
Di samping menggalas tanggungjawab berfatwa dan menjadi Qadhi, beliau tetap komited dalam meningkatkan tahap keilmuannya, mengajar, dan berkarya dalam masa yang sama. Beliau menjadi tenaga pengajar utama di beberapa buah madrasah yang masyhur seperti di Al-madrasah Al-Syaikhuuniyyah, Al-Mahmuudiyyah, Al-Hasaniyyah, Al-Bibarsiyyah, Al-Fakhriyyah, Al-Saalahiyyah, Al-Mu’ayyidiyyah dan beberapa buah madrasah terkenal lainnya.
Pandangan dan Pujian Para Ulama Terhadap Al-Hafiz Ibnu Hajar
Sebagai tokoh ilmuan yang sangat dikenali dan disegani, sudah tentu beliau dinilai oleh para gurunya mahupun muridnya dengan penilaian yang tersendiri. Di antara sebahagian pujian tersebut adalah sebagaimana dijelaskan berikut.
Pandangan Zain al-Din Abd Rahim al-‘Iraqi (Al-Hafiz Al-‘Iraqi) yang merupakan salah seorang guru Al-Hafiz Ibnu Hajar; apabila beliau ditanya mengenai pengganti beliau setelah kematiannya kelak, beliau menyenaraikan beberapa orang anak muridnya, tetapi yang mendahului senarai berkenaan adalah Al-Hafiz Ibnu Hajar. Beliau juga mengiktiraf bahawa anak muridnya ini pakar dalam bidang hadis.
Al-Iraqi juga berkata, “Beliau (Ibnu Hajar) adalah Syaikh, yang luas ilmunya, yang sempurna, yang mulia, seorang ahli hadis, banyak memberikan manfaat, yang agung, seorang Al-Hafiz, yang sangat bertaqwa, yang dhabit (dapat dipercayai perkataannya), yang tsiqah, yang amanah, Syihabudin Ahmad ‘Abdul Fadhl bin Asy-Syaikh, Al-Imam, Al-Alim, Al-Auhad, Al-Marhum Nurudin, yang terhimpun pada dirinya para perawi dan syaikh-syaikh, yang pandai dalam nasikh dan mansukh, yang menguasai Al-Muwafaqat dan Al-Abdal, yang dapat membezakan antara rawi-rawi yang tsiqah dan dha’if, yang banyak menemui para ahli hadis, dan yang banyak ilmunya dalam waktu yang relatif pendek.”
Al-Hafiz As-Sakhawi berkata, “Adapun pujian para ulama terhadapnya, ketahuilah pujian mereka tidak dapat dihitung. Mereka memberikan pujian yang tidak terkira jumlahnya, namun aku berusaha untuk menyebutkan sebagiannya bersesuaian dengan kemampuan.”
Bahkan banyak lagi himpunan pujian dan pengiktirafan terhadap diri beliau dalam bidang ilmu. Dan memang keteguhan dan kekukuhan beliau dalam bidang ilmu memang dikenal lagi diperakui dulu dan kini.
Biografi Pensyarah (Ustaz Dzulqarnain hafidzahullah)
Beliau adalah Dzulqarnain bin Muhammad Sunusi, lahir di Makassar pada 17 Sya’ban 1396 H (12 Ogos 1976M). Setelah mula menuntut ilmu agama di pulau Jawa pada 1994, pada 1995 beliau meneruskan pelajaran beliau di pelbagai bidang ilmu syari’at kepada Syaikh Muqbil bin Haadi Al-Wadi’iy rahimahullaah di Ma’had Dar Al-Hadits (Yaman), sampailah ke pertengahan tahun 1999 lalu menghafal Al-Qur’an 30 juz di sana.
Kemudian pada tahun 2004, beliau talaqqi pula kepada sejumlah ulama besar ‘Arab Saudi, di antaranya Syaikh Soleh bin Fauzaan Al-Fauzaan, Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmiy, Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al-‘Aqiil, Syaikh ‘Abdullah Al-Ghudayyaan, Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbaad, Syaikh Rabii’ bin Haadi Al-Madkhali, Syaikh Zaid bin Muhammad Al-Madkhali, Syaikh ‘Ubaid bin ‘Abdillah Al-Jaabiriy, Syaikh ‘Abdul Karim Al-Khudhair, serta beberapa ulama lainnya, semoga Allah merahmati dan menjaga mereka.
Selain mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak dua kali dari hafalan dengan membaca riwayat Hafsh dari ‘Aashim melalui jalan Asy-Syaathibiyyah dan Thayyibah An-Nasyr dari dua ahli Qira’ah; di Saudi beliau juga lebih menekuni dan mendalami pelbagai cabang ilmu agama kepada ulama-ulama tersebut dan mengambil sanad-sanad periwayatan kitab-kitab Salaf. Beliau juga sempat menghadiri beberapa majlis Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz dan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahumaallaah pada musim haji tahun 1998.
Saat ini, kebanyakan aktiviti beliau adalah mengajar dan berdakwah di jalan Allah, di Ma’had As-Sunnah (Makassar), pelbagai daerah di Indonesia, dan beberapa tempat di luar negeri. Beliau juga turut aktif menulis dan menerjemahkan buku-buku dan artikel serta menjawab pertanyaan di beberapa media cetak dan beberapa website.