Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Dzikir Pagi Petang dan Sesudah Shalat Fardhu

Dzikir Pagi Petang dan Sesudah Shalat Fardhu
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14.5 x 10 x 0.9

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM9.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Dzikir Pagi Petang dan Sesudah Shalat Fardhu Menurut al-Qur’an dan As-Sunnah Yang Shahih | Penulis: Yazid Abdul Qadir Jawas | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 170gram | Muka Surat: 148 m/s. (Soft cover)


Dalam Al-Qur’an begitu banyak sekali ayat-ayat yang menjelaskan tentang keutamaan berdzikir kepada Allah. Di antaranya adalah sebagaimana berikut:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

“Dengan itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepada-mu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Surah Al-Baqarah, 2: 152)

Di ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

“Dan sebutlah (nama) Rabb-mu di dalam hatimu dengan merendahkan diri dan perasaan takut, serta dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf, 7: 205)

Juga dalam ayat yang lain:

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang tenteram dengan berdzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan berdzikir kepada Allah hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d, 13: 28)

Demikian juga di dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di antara hadis-hadis tersebut adalah seperti:

Dari Abu Ad-Darda’ radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَرْضَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَمِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا وَمَا ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ

“Mahukah kalian aku khabarkan tentang sebaik-baik amalan bagi kalian, yang lebih diredhai di sisi Rabb kalian, yang mengangkat darjat kalian, dan lebih baik bagi kalian berbanding kalian bersedekah dengan emas dan perak, lebih baik berbanding kalian berperang dengan musuh-musuh kalian kemudian kalian tebas batang leher mereka atau mereka menebas batang leher kalian.” Para sahabat pun bertanya:

“Apakah amalan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Berzikir kepada Allah.” (Sunan At-Tirmizi, no. 3377)

Di hadis yang lain, dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

سَبَقَ الْمُفَرِّدُونَ قَالُوا وَمَا الْمُفَرِّدُونَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الذَّاكِرُونَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتُ

Al-mufarridun telah mendahului.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah al-mufarridun itu?” Beliau menjawab, “Iaitu lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah.” (Shahih Muslim, no. 2676)

Dari Abi Musa radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam juga bersabda:

مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ

“Perumpamaan orang yang berzikir kepada Rabb-nya dengan orang yang tidak berdzikir kepada Rabb-nya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6407)

Terdapat begitu banyak doa dan zikir yang telah ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang sewajarnya menjadi amalan bagi setiap muslim. Dengan mengamalkannya, ia akan menjadikan kita sentiasa mengingati Allah, dekat dengan-Nya, dan terhindar dari menjadi orang yang lalai. Dengannya juga, Allah akan sentiasa memberi perlindungan agar kita dijauhkan dari pelbagai bentuk gangguan Syaitan yang terlaknat, kerana Syaitan adalah musuh yang nyata bagi setiap muslim.

Selain itu, dengan berdzikir hati pun akan menjadi tenang kerana sentiasa mengingati Allah, rasa diri diawasi, dan kita pun akan sentiasa mengetahui bahawa Allah sentiasa bersama kita sebagai tempat bergantung. Namun, untuk mendapatkan fadhilat-fadhilat dzikir tersebut, terlebih dahulu hendaklah kita mengamalkan dzikir-dzikir yang sahih dan warid dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Di antara dzikir yang telah ditunjukkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam melalui hadis-hadis yang SAHIH adalah dzikir di waktu pagi dan petang, serta dzikir-dzikir sebaik selesai solat fardhu lima waktu.

Dari itu, risalah kecil ini mempersembahkan kepada anda senarai, panduan, fadhilat, adab, dan bentuk-bentuk zikir di waktu pagi dan petang serta zikir selepas solat fardhu yang bertepatan dengan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam supaya dengannya ia akan mudah difahami, dihafal, dan diamalkan oleh para pembaca.

Setiap dzikir-dzikir yang disenaraikan melalui buku ini disertakan sekali rujukan hadis-hadisnya serta dijelaskan status hadisnya sama ada sahih atau hasan. Sehingga kita pun menjadi yakin untuk mengamalkannya. Kemudian, buku ini datang dalam saiz poket yang mudah dibawa ke mana-mana.

Betapa ramai hari ini yang bersungguh-sungguh dalam amalan dzikirnya, namun sangat disayangkan apabila dzikir-dzikir yang diamalkan tidak bersandarkan bacaan dan kaifiyyat (tatacara) yang telah dicontohkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sedangkan syarat paling penting diterimanya amalan di sisi Allah adalah mesti ikhlas dan bersesuaian sunnah; dan atas dasar itulah mengapa diutuskan kepada kita Nabi, yakni bagi mengajarkan kita cara beribadah yang benar kepada Allah.

Jadi, marilah sama-sama kita membuat semakkan, bermuhasabah dan Selamat beramal dengan sunnah yang benar.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net