Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedi Sunnah Syiah (Studi Perbandingan Aqidah, Tafsir, Hadits & Fiqh)

Ensiklopedi Sunnah Syiah (Studi Perbandingan Aqidah, Tafsir, Hadits & Fiqh)
Ensiklopedi Sunnah Syiah (Studi Perbandingan Aqidah, Tafsir, Hadits & Fiqh)
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 6

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM110.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ensiklopedi Sunnah Syiah | Judul Asal ('Arab): Ma'a as-Syi'ah al-Itsna 'Asyariyah fil Ushul wal Furu' (Mausu'ah Syamilah) Dirasah Muqaranah fil Fiqhi wal Hadits | Penulis: Prof. Dr. Ali Ahmad as-Salus | Penerbit: Pustaka al-Kautsar | Berat: 1.8kg | Muka Surat: 2 Jilid lengkap.


Perbincangan mengenai Sunnah dan Syiah terus berlangsung sampai ke hari ini. Tidak hanya perbezaan-perbezaan pokok akidah yang dibicarakan, tetapi juga usaha-usaha dari kelompok Syiah yang begitu aggresif menyebarkan i'tiqad aqidahnya di tengah-tengah masyarakat. Usaha atau dakyah penyatuan (taqrib) juga dilakukan kelompok Syiah agar boleh menyusup ke dalam kalangan masyarakat Ahlu Sunnah wal Jamaah yang sekaligus memudahkan gerak kerja pendoktrinan kesesatan dilakukan ke atas masyarakat. Jadi, mungkinkah dan wajarkah ini kita biarkan berlaku?
 
Buku ini menjawab dengan tuntas perbezaan-perbezaan dasar mengenai Sunnah dan Syiah yang boleh dijadikan acuan tentang sama ada keduannya boleh disatukan. Banyak buku yang membongkar perbezaan-perbezaan pokok antara Sunnah dan Syiah, tetapi sedikit sekali buku yang mampu secara objektif, ilmiah, terperinci, dan tuntas dalam melakukan kajian perbandingan antara keduanya.
 
Dalam buku ini, Prof. DR. Ali Ahmad As-Salus, guru besar Ilmu Fiqih dan Ushul Fiqih di Fakulti Syariah Universiti Qatar, seorang individu yang bergelut bertahun-tahun dalam membuat penelitian dan kajian terhadap ajaran-ajaran Syiah, membedah secara ilmiah subjek perbandingan antara Sunnah dan Syiah dalam bidang akidah, tafsir, hadis, fiqih dan ushul fiqih, yang bersumber langsung dari rujukan kitab-kitab yang menjadi pegangan kedua-dua belah pihak.
 
Di antara tajuk-tajuk yang menjadi topik perbahasan utama dalam 2 jilid buku ini adalah:
 
1, Imamah (kepimpinan) dari pandangan jumhur ulama dan firqah-firqah sesat.
 
2, Imamah dari perspektif al-Qur'an dan as-Sunnah.
 
3, Ayat-ayat al-Qur'an yang telah diubah-suai dan hadis-hadis maudhu' (palsu).
 
4, Beberapa bentuk aqidah Syiah.
 
5, Tafsir; sejarah dan tunjangnya di sisi Ahli Sunnah.
 
6, Tafsir al-Qur'an di sisi Syiah Imam 12.
 
7, Hadis dan ilmu darinya.
 
8, Hadis, ilmu, dan kitab-kitabnya di sisi Syiah.
 
9, Ushul fiqh di sisi Ahli Sunnah dan Syiah.
 
10, Konsep ibadah dan mu'amalah di sisi Syiah!
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net