Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Indahnya Sabar, Bekal Sabar Agar Tidak Pernah Habis

Indahnya Sabar, Bekal Sabar Agar Tidak Pernah Habis
Terbitan: Maghfirah Pustaka
Product Code: Maghfirah Pustaka
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16.7 x 2.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Indahnya Sabar, Bekal Sabar Agar Tidak Pernah Habis | Judul Asal ('Arab): 'Uddah ash-Shoabiriin wadz- Dzaakhirah asy-Syaakiriin | Penulis: Al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Penerbit: Maghfirah Pustaka | Berat: 800g | Muka Surat: 415m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Sabar bukanlah bererti menyerah tanpa usaha. Tetapi sabar juga bukanlah perjuangan tanpa hasil. Sabar adalah taman kesejukan di antara ikhtiar yang sunguh-sungguh dan tawakkal yang optomum. Sabar adalah melahirkan keyakinan yang kuat terhadap janji Allah.
 
Dengan sabar hati akan percaya, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba.
 
Apa agaknya akan terjadi sekiranya hati dipenuhi dengan cinta-cita menggunung dan kehendak yang terlalu memaksa? Tenang akan habis, dan niat suci pun akan terbakar oleh obsesi dan prasangka buruk terhadap Allah. Maka sabar adalah sikap pertengahan seorang yang beriman.
 
Tiada situasi yang paling indah melainkan dengan kewujudan rasa sabar, sama ada ketika susah ataupun senang. Dia menjalankan kewajibannya dengan benar, meninggalkan hal-hal terlarang, redha terhadap musibah dan taqdir Allah, dan di masa yang sama hatinya sentiasa berpaut kepada tali Allah apa pun keadaannya.
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا
 
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan perkukuhkanlah kesabaran kamu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 200)
 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
 
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
 
“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2999)
 
Kata al-Hasan al-Bashri rahimahullah (Wafat: 110H):
 
أمروا أن يصبروا على دينهم الذي ارتضاه الله لهم، وهو الإسلام، فلا يدعوه لسرّاء ولا لضرّاءَ ولا لشِدَّة ولا لرِخَاء، حتى يموتوا مسلمين
 
“Mereka diperintahkan agar sentiasa bersabar dalam menjalankan agamanya yang diredhai oleh Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu Islam. Sehingga mereka tidak meninggalkannya sama ada pada waktu lapang ataupun sukar, pada ketika senang atapun susah, sehinggalah mereka mati dalam keadaan Muslimin (sebagai orang yang berserah diri).” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/195)
 
Dari sini difahami bahawa Allah Ta’ala sebenarnya memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tetap teguh berbuat taat, meninggalkan apa jua bentuk kemaksiatan, redha terhadap taqdir-Nya, serta perlu berusaha untuk menangani hal-hal di persekitarannya dengan penuh kesabaran. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Jadi, fahamilah hakikat sabar dengan baik-baik. Kerana ganjaran bagi orang yang bersabar adalah tanpa batas dan tidak terkira banyaknya. Dari sisi Allah-lah balasannya.
 
Allah Ta’ala berfirman:
 
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
 
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa hisab (tidak terkira).” (Surah az-Zumar, 39: 10)
 
Manakala mereka yang tidak sabar, maka dia akan celaka. Diikuti dengan sabar, rasa syukur dan redha pula pasti akan mengiringi. Fahamilah semua ini dengan lebih terperinci lagi melalui buku hasil karya Imam Ibnul Qayyim rahimahullah ini. Sebuah pengungkaran keindahan sabar, syukur, dan redha serta rahsia-rahsia (hikmah) di balik hakikat tersebut. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net