Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Agar Tidak Terjerat Hutang

Agar Tidak Terjerat Hutang
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.5 x 11.9 x 0.7

ISBN: 9789793772059
Availability: In Stock
Price: RM12.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Agar Tidak Terjerat Hutang | Judul Asal (‘Arab): Penulis: ‘Adil bin Muhammad Al ‘Abdul ‘Ali dan Yahya Tengku | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Darus Sunnah | Penterjemah: Muhammad Isnani, Lc. | Berat: 124gram | Muka Surat: 149 m/s. (Soft cover) | ISBN: 978-979-377-205-9


Dari hadis Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللَّهُ عَنْهُ، وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلاَفَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ

“Sesiapa yang mengambil harta orang lain (yakni berhutang) dengan tujuan untuk membayarnya (mengembalikannya), maka Allah akan membebaskannya. Dan sesiapa mengambilnya untuk menghancurkannya (yakni tidak membayarnya), maka Allah akan membinasakannya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2387)

Dalam hadis yang lain di Sunan Ibn Majah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَيُّمَا رَجُلٍ تَدَيَّنَ دَيْنًا، وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لَا يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ، لَقِيَ اللَّهَ سَارِقًا

“Siapa pun dia yang berhutang lalu berniat tidak ingin mengembalikannya, maka dia akan menemui Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai seorang pencuri.” (Sunan Ibn Majah, no. 1954)

Sesungguhnya hutang adalah ‘aib dan kehinaan. Hutang dapat menyibukkan hati, memeningkan fikiran, membuat perasaan gelisah yang tiada akhir hingga hutang itu dapat terlunasi. Hutang dapat membuat seseorang rendah diri di hadapan pemilik wang di saat bertemu dengannya, dan menanggung cacian saat meminta tangguhan tempo atas pembayaran hutangnya. Di samping beban psikologi, hutang sering membuat seseorang untuk berbohong dan mengingkari janji. Ancaman terhadap orang yang tidak melunasi hutang juga tidak kurang hebatnya, sampai-sampai ia boleh menjadi sebab yang menahannya dari masuk ke Syurga.

Namun ramai sekali orang yang tergiur dengan budaya berhutang sama ada dari bank-bank mahupun terhadap individu, walaupun padanya terbeban bunga (riba) yang jelas-jelas besar kemungkarannya. Kemudahan fasiliti, cepatnya proses penyaluran dana dari pinjaman dan janji-janji yang dipromosikan membuat mereka terjebak dalam lilitan hutang yang hakikatnya tidak perlu mereka paksakan.

Budaya ini tidak hanya melanda orang yang kekurangan wang, bahkan orang kaya pun turut terjebak dengan industri hutang tersebut. Sedangkan setiap pemberian hutang yang di belakangnya menagih keuntungan, ia adalah riba’ bagaimana pun keadaannya. Namun demikianlah keadaannya, harta telah menjadi fitnah (ujian) atas mereka. Halal dan haram tidak lagi dipeduli asalkan dapat menikmati sebahagian dari perhiasan dunia yang didambakan. Ingin kahwin dia berhutang, ingin belajar dia berhutang, ingin kenderaan dia berhutang, ingin rumah pun dia berhutang, ingin kerja dia berhutang, hampir pada setiap sudut keperluan dia dapatkan dengan berhutang.

Sampai-sampai para agamawan dan sebahagian ustaz pun tanpa segan-silu turut melibatkan diri dalam transaksi hutang-piutang yang jelas-jelas mengandungi keharamannya. Walaupun hakikatnya mereka punya kemampuan memilih untuk tidak berhutang. Hadanallaahu wa iyyahum.

Kesan negatif hutang bagi seseorang sangatlah jelas, sama ada sewaktu dia berada di dunia mahupun di akhirat kelak. Kematian seseorang tidaklah akan menggugurkan tanggungan hutangnya. Hal ini bukan bererti seseorang tidak boleh berhutang ketika sangat memerlukannya, namun perlu adanya pertimbangan dari sudut keutamaan dan keterdesakan. Perlu adanya ilmu agar tidak terjebak dalam kancah perhutangan yang diharamkan oleh agama.

Buku yang ada di hadapan pembaca ini, mengupas tentang tatacara syar’i agar kita tidak terjerat dalam lilitan hutang, dan juga mengupas tentang bentuk-bentuk transaksi pinjam-meminjam yang diperbolehkan mahupun yang dilarang dalam pandangan Islam, serta memuat penjelasan tentang bahaya kad kredit.

Antara cakupan perbahasan yang dimuatkan dalam buku ini adalah:

1, Pengertian dan makna Al-Qardh (pinjaman) berserta bentuk-bentuk atau jenis-jenisnya.

2, Syarat, kewajiban dan adab pinjam-meminjam.

3, Perbahasan riba dalam pinjaman.

4, Agar Tidak terjerat hutang, solusi, jalan keluar, praktik dan cara-caranya.

5, Doa-doa berkaitan yang diambil dari hadis-hadis yang sahih juga turut dimuatkan.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan kebakhilan, dan dari himpitan hutang dan penindasan orang.” (Al-Hadits)

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net