Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Shahih Ibnu Khuzaimah

Shahih Ibnu Khuzaimah
Shahih Ibnu Khuzaimah
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 17

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM400.00 RM390.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Shahih Ibnu Khuzaimah | Judul Asal (Arab): Mukhtashar Al-Mukhtashar min Al-Musnad Ash-Shahih an Nabi | Penulis: Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H) | Tahqiq: Muhammad Musthafa Al-Azhami | Disemak ulang dan taliq: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 5kg | Muka Surat: 4 Jilid lengkap (Hard cover)


Alhamdulillah, inilah terjemahan salah satu karya besar dalam rangkaian kitab-kitab hadis yang dikenali pada hari ini dengan nama Shahih Ibnu Khuzaimah, atau nama lengkapnya: “Mukhtashar Al-Mukhtashar min Al-Musnad Ash-Shahih ‘an Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”

Para ulama meletakkan Shahih Ibnu Khuzaimah pada kedudukan (atau senarai hasil karya bidang hadis) yang mana penulisnya telah berusaha sedaya-upaya untuk membukukan hanya hadis-hadis sahih di dalam kitabnya. Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah mengatakan:

Shahih Ibnu Khuzaimah, Al-Musnad Ash-Shahih ‘ala Taqasim wa Al-Anwa’ (Shahih Ibnu Hibban), dan Al-Mustadrak ‘ala Shahihain karya Al-Hakim, adalah tiga kitab terpenting yang disusun berkaitan hadis-hadis sahih setelah dua kitab sahih, iaitu Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim.” (Mukaddimah Shahih Ibnu Hibban tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 6-7)

Beliau juga mengatakan bahawa berdasarkan urutan keutamaan, Shahih Ibnu Khuzaimah menduduki tempat teratas di atas Shahih Ibnu Hibban dan Al-Mustadrak karya Al-Hakim.

Imam Ibnush Sholah rahimahullah (Wafat: 643H) ketika menjelaskan kitab-kitab yang dapat menjadi ilmu atau rujukan tambahan berkaitan hadis-hadis sahih untuk para penuntut ilmu, selain hadis-hadis dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, beliau mengisyaratkan agar melihat Shahih Ibnu Khuzaimah. Kata beliau, “Cukup hanya dengan melihat keberadaan hadis tersebut ada dalam kitab-kitab yang penyusunnya mensyaratkan kesahihan hadis-hadis yang mereka himpun atau susunkan seperti Shahih Ibnu Khuzaimah...” (Mukaddimah Ibnush Sholah, m/s. 16)

Demikian juga Al-Hafiz Al-‘Iraqi rahimahullah (Wafat: 806H), beliau turut menyatakan:

“Hadis-hadis sahih juga dapat diambil dari kitab-kitab yang khusus menghimpunkan hadis-hadis sahih sahaja. Ini adalah seperti kitab Shahih Abu Bakar Muhammad B. Ishaq Ibnu Khuzaimah (Shahih Ibnu Khuzaimah)...” (Taudhihul Afkar, 1/64)

Malah dalam Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani rahimahullah sering sekali menyandarkan kesahihan sesuatu hadis kepada Ibnu Khuzaimah apabila hadis tersebut memang terdapat atau diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah di dalam Shahihnya ini.

Walau bagaimanapun, perlu kita ketahui bahawa Shahih Ibnu Khuzaimah ini sudah tentu tidak seperti atau sehebat dua karya besar, Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim. Sehingga tidak dapat kita katakan bahawa setiap hadis yang ada di dalamnya adalah sahih. Tetapi apa yang boleh kita katakan bahawa di dalam Shahih Ibnu Khuzaimah ini juga masih terdapat hadis-hadis yang darjatnya di bawahnya sahih seperti hasan atau dha’if. Selain hasan, Shahih Ibnu Khuzaimah ini juga masih mengandungi hadis-hadis yang berstatus dha'if walaupun dalam jumlah yang kecil berbanding yang sahih dan hasan, dan hampir tidak ditemui sama sekali hadis-hadis yang tersangat lemah (dha'if jiddan) melainkan amat sedikit sekali sebagaimana disebutkan dalam komentar pentahqiq dan isyarat daripada Imam Ibnu Khuzaimah sendiri.

Apapun, Shahih Ibnu Khuzaimah yang berada di hadapan pembaca ini adalah terjemahan hasil edisi tahqiq oleh Syaikh Muhammad Musthafa Al-A’zhami yang kemudian turut mendapat semakkan dan ta'liq oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah. Sehingga para pembaca tidak perlu lagi merasa ragu-ragu ketika menela'ahnya. Sekiranya mahu mendapat lebih keyakinan terhadap sesebuah hadis yang dibentangkan oleh Ibnu Khuzaimah di dalamnya, cukup dengan melihat pada nota kakinya hasil dari semakkan dan tahqiq dua tokoh besar kontemporari tersebut, insyaAllah.

Di antara keistimewaan lain yang terkandung dalam Shahih Ibnu Khuzaimah ini adalah hasil komentar oleh Ibnu Khuzaimah sendiri dan kaedah beliau meletakkan bab atau tajuk-tajuk bagi setiap hadis-hadis yang dibentangkannya. Sehingga kita dapat mengambil faedah, wasiat, pemahaman, kesimpulan-kesimpulan fiqh, dan isyarat-isyarat penting lagi bermanfaat dari seorang tokoh salaf kurun ke-3 hijrah, iaitu Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net