Judul: Adabul Mufrad | Judul Asal ('Arab): Al-Adaabul Mufrad | Penulis: Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 800g | Muka Surat: 494m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam diutus oleh Allah Subhanahuwa Ta'ala kepada seluruh umat manusia untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Kehadirannya di tengah-tengah mereka sentiasa membawa contoh terbaik untuk diteladani. Bagi Rasulullah, bangun dan tidurnya, diam dan bicaranya, serta senyjm dan marahnya, semuanya menjelaskan pelajaran dan pelbagai hikmah yang mendalam bertabur aroma wangi kemuliaan.
Buku ini merupakan kumpulan dan himpunan hadis-hadis akhlak yang disusun oleh Imam al-Bukhari, seorang tokoh hadis besar yang tidak asing lagi. Beliau menyusunnya berpandukan tema dan latar belakang hadis yang dibawa. Hadis-hadis yang dibentangkan melalui edisi terjemahan ini telah dilengkapi dengan nota kaki sebagai rujukan dan penjelas akan status kesahihannya. Sekaligus buku ini menjadi lebih bernilai dan tiada keraguan untuk sama-sama dibaca oleh setiap lapisan masyarakat. Sekaligus menuai hikmah dan dan faedah yang banyak dari akhlak peribadi yang ditinggalkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]