Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Shahih Tafsir Ibnu Katsir

Shahih Tafsir Ibnu Katsir
Shahih Tafsir Ibnu Katsir Shahih Tafsir Ibnu Katsir Shahih Tafsir Ibnu Katsir Shahih Tafsir Ibnu Katsir
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Product Code: Pustaka Ibnu Katsir
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.9 x 16.3 x 38

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM600.00 RM530.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Shahih Tafsir Ibnu Katsir | Judul Asal: Al-Mishbahul Munir Fii Tahdzib Tafsir Ibn Katsir | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) | Tahqiq/Tahdzib: Asy-Syaikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri rahimahullah | Takhrij hadis: Berdasarkan Kitab-kitab Syaikh Al-Albani dan yang lainnya | Penterjemah: Abu Ihsan Al-Atsari | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 12kg | Muka Surat: 9 Jilid lengkap (Hard cover) | Ukuran buku: 23.9cm (tinggi) x 16.3cm (lebar) x 38cm (tebal) |


Ini adalah Set kitab lengkap tafsir Al-Qur’an 30 juzuk. Ianya diterbitkan dalam rangka utama memberikan bantuan serta bimbingan kepada masyarakat awam memahami Al-Qur’an ayat demi ayat dengan lebih baik dan terperinci berpandukan hadis-hadis Nabi dan manhaj para Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Set kitab ini mengandungi sebanyak 9 jilid lengkap semuanya. Kitab ini asalnya ditulis oleh Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah yang merupakan seorang ulama terkemuka bermazhab Asy-Syafi’i pada era 700 hijrah. Mendengar namanya sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Tafsir ini adalah salah sebuah tafsir yang masyhur lagi dipercayai. Beliau dikenali dalam dunia kesarjanaan Islam sebagai ulama tahqiq, ulama tafsir, ulama hadis, dan pakar di bidang sejarah.

Bahkan sekiranya disebutkan saja kitab tafsir, nescaya Tafsir Ibnu Katsir-lah yang menjadi sebutan para ulama. Para ulama dahulu hingga kini sentiasa mencadangkan agar setiap orang memiliki dan menela’ah kitab Tafsir Ibnu Katsir. Ia adalah tafsir dengan methode Al-Qur’an dengan Al-Qur’an, Al-Qur’an dengan sunnah, dan Al-Qur’an dengan atsar (fatwa-fatwa para sahabat dan tabi’in) di samping tafsir bahasa (Arab). Ia sekali-kali bukan tafsir akal atau ra’yi (pendapat fulan atau fulan) sebagaimana yang banyak berlegar di sekitar kita akhir-akhir ini.

Ciri-ciri istimewa bagi edisi terbitan/terjemahan ini amat bersesuaian dengan judul terjemahannya; Shahih Tafsir Ibnu Katsir. Ini kerana:

1, Setiap hadis atau riwayat/atsar diberikan rujukan/nota kaki. Hadis-hadisnya ditakhrij bagi memudahkan rujukkan dan memberi keyakinan kepada pembaca.

2, Sistem nota kaki yang baik. Takhrij hadis berpandukan kepada Kitab-kitab Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah, Asy-Syaikh Syu’aib Al-Arnauth, Asy-Syaikh Ahmad Syakir, dan selainnya.

3, Setiap perbahasan (penafsiran) diberikan dan dipisahkan (dibezakan) dengan perletakkan tajuk bagi tujuan memudahkan pemahaman dan pencarian.

4, Hadis-hadis yang tidak sahih (dha’if atau maudhu’) dikeluarkan dari kitab ini. Dan dibiarkan hanya hadis/riwayat yang sahih dan hasan sahaja, serta riwayat-riwayat yang maqbul (diterima).

5, Sebahagian perkataan asal Al-Hafiz Ibnu Katsir pada sebahagian tempat di tafsir asal telah diringkaskan khasnya terkait perbincangan perbezaan pendapat (ijtihad). Ini adalah dalam rangka mengelakkan kekeliruan para pembaca dari kalangan awam yang tidak biasa dengan perselisihan pendapat di kalangan ulama silam. Bersesuaian dengan nama dan tujuannya yang disasarkan untuk para pembaca awam dan penuntut ilmu (para pemula).

6, Terbitan atau cetakan ini sangat sesuai untuk golongan awam yang berminat untuk memahami tafsiran ayat-ayat al-Qur’an secara mendalam tetapi dengan metode yang mudah kerana metode penyampaiannya yang mesra pembaca dan mudah difahami.

Di samping itu, ia juga sesuai untuk golongan pengkaji kerana konsep nota kakinya yang begitu baik. Jadi, berilah ruang perpustakaan kita untuknya sebagai bekalan rujukan tafsir memahami Al-Qur’an yang baik di saat-saat memerlukan. Juga sesuai untuk bacaan berjadual dan bacaan di surau-surau, masjid, serta pusat-pusat pengajian umum seperti sekolah dan universiti.

Tafsir Ibnu Katsir Menurut Syaikh Shafiyurrahman al-Mubarakfuri

“Sesungguhnya Al-Qur’an yang mulia adalah kitab paling agung yang dengannya Allah memuliakan umat Islam ini. Al-Qur’an adalah kitab mulia yang tidak datang kepadanya kebathilan sama ada dari depan atau pun dari belakangnya, diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji, dan memberikan petunjuk ke jalan yang paling lurus. Dan sesiapa yang meninggalkannya, sungguh dia berada dalam kerugian.

Umat Islam telah memberikan perhatian yang tiada tara terhadap al-Qur’an sejak generasi Salaf yang telah berlalu dari umat ini. Para ulama umat ini telah membahaskan tentang al-Qur’an sama ada dalam permasalahan hukum-hakam, penjelasan, nasihat, faedah, pelbagai peristiwa dan kejadian, ibarat (perumpamaan), mukjizat, i’rab (huraian perkataan), pelbagai jenis qira’at (jenis bacaan), kepelbagaian lahjah (loghat), sehingga keadaan geografi tempat-tempat yang disebutkan di dalam al-Qur’an, dan masih banyak lagi perbahasan-perbahsan lainnya.

Tafsir Ibnu Katsir merupakan kitab paling penting yang ditulis dalam bab tafsir Al-Qur’an, paling agung, paling banyak pula diterima dan tersebar di tengah-tengah umat ini. Kerana Ibnu Katsir rahimahullah adalah seorang yang ahli tentang ilmu-ilmu Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta ilmu tentang sejarah umat-umat terdahulu dan yang akan datang, ditambah lagi dengan kurniaan Allah ke atas beliau berupa pandangan yang tajam dan mendalam tentang sunnatullah yang terjadi berkaitan dengan kemaslahatan, kerosakan, kemajuan, kemunduran, serta kehancuran umat ini.

Beliau memiliki pengetahuan yang luas atas apa yang diisyaratkan pada dasar-dasar perbahasan sebelumnya. Dan beliau rahimahullah memilih riwayat-riwayat tafsir yang ma’tsur (yang datang daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) dalam menafsirkan al-Qur’an. Beliau banyak membawa hadis-hadis yang marfu’ (bersambung sampai kepada Nabi), perkataan-perkataan para salaf ash-Sholeh dari kalangan sahabat, tabi’in, dan para imam pembawa petunjuk yang datang setelah mereka serta dari kalangan ulama yang memiliki kekuatan ilmu dan pandangan dalam bidang tafsir al-Qur’an dengan tidak mengabaikan sisi-sisi lain yang telah kami sebutkan. Oleh kerana itulah tafsir ini merangkum dua seni riwayah dan dirayah, serta manqul dan ma’qul. Kaum muslimin dapat menuai faedah yang sangat besar, dan kitab tafsir ini dapat diterima serta mendapat perhatian yang lebih berbanding dari kitab-kitab tafsir lainnya.” (Mukaddimah Al-Mishbah Al-Munir fii Tahdzib Tafsir Ibn Katsir)

Menurut Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah (Wafat: 1377H)

“Menurut kami, Tafsir Al-Hafiz Ibnu Katsir adalah kitab Tafsir yang paling bagus, indah, dan lengkap setelah Tafsir Imam para ahli Tafsir, iaitu Abu Ja’far ath-Thabari. Kami tidak bertujuan membandingkan antara keduanya, atau antaranya dengan yang lainnya, kerana menurut kami, tidak ada tafsir yang dapat menyamai keduanya, atau bahkan menghampirinya.

Al-Hafiz Ibnu Katsir telah berusaha dengan gigih untuk menafsirkan Al-Qur’an dengan Al-Qur’an, kemudian dengan As-Sunnah yang sahih yang merupakan keterangan dan penjelas al-Qur’an. Selanjutnya beliau menyebutkan perkataan para ulama salaf tentang tafsir ayat-ayat yang ada.

Beliau juga membawakan banyak hadis (pada banyak tempat di dalam tafsirnya) berserta sanad-sanadnya dari kitab-kitab as-Sunnah dan sumbernya. Beliau banyak mengemukakan alasan kedha’ifan hadis, akan tetapi beliau sangat bersungguh-sungguh untuk menyebutkan hadis-hadis yang sahih walaupun dalam masa yang sama turut menyertakan hadis-hadis yang dha’if bersama. Maka kitab beliau tersebut (di samping merupakan kitab Tafsir Al-Qur’an), ia juga sekaligus sebagai ilmu dan petunjuk bagi para penuntut ilmu hadis. Darinya dapat diketahui kaedah menganalisa dan meneliti sanad-sanad dan matan-matan hadis, serta mengetahui perbezaan hadis-hadis sahih dan selainnya. Jadi, dilihat dari makna ini, maka ia adalah kitab yang memberi pelajaran yang agung dan manfaatnya besar sekali.” (Mukaddimah ‘Umdatut Tafsir ‘an Al-Hafiz Ibn Katsir)

Sepintas lalu tentang Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah

Beliau adalah Imam al-Hafiz Abu al-Fida’ Imaduddin Isma’il B. ‘Umar B. Katsir al-Qurasyi al-Bushrawi ad-Dimasyqi, yang lebih dikenal dengan nama Ibnu Katsir. Beliau lahir pada tahun 701H (1302H) di Mijdal, sebuah tempat di Kota Bashrah. Beliau kemudian menetap, belajar, dan mengajar di Damaskus.

Pada usia 4 tahun, ayah beliau meninggal sehingga kemudian beliau diasuh oleh pak ciknya, Syaikh ‘Abdul Wahhab. Pada tahun 706H, beliau pindah dan menetap di kota Damaskus. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Riwayat Pendidikan

Ibn Katsir tumbuh membesar di kota Damaskus. Di sana, beliau banyak menimba ilmu dari para ulama di kota tersebut, salah satunya adalah Syaikh Burhanuddin Ibrahim al-Fazari yang lebih dikenal dengan nama Ibnul Farkah (Wafat: 729H).

Beliau juga menimba ilmu dari ‘Isa B. Muth’im, Ibn Asyakir, Ibn Syairazi, Ishaq B. Yahya bin al-Amidi, Ibn Zarrad, al-Hafiz adz-Dzahabi (Wafat: 748H) serta Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Wafat: 728H). Selain itu, beliau juga belajar kepada Syaikh Jamaluddin Yusuf B. Zaki al-Mizzi (Wafat: 742H), salah seorang ahli hadis di Syam. Syaikh al-Mizzi ini kemudian menikahkan Ibn Katsir dengan putrinya.

Selain Damaskus, beliau juga belajar di Mesir dan mendapat ijazah dari para ulama di sana. Antara guru beliau di Mesir adalah Abu Musa al-Qarafi, Abu al-Fat-h ad-Dabbusi, dan ‘Ali B. ‘Umar as-Sawani.

Tahap Keilmuan Beliau

Berkat kegigihan belajarnya, akhirnya beliau menjadi ahli tafsir ternama, ahli hadis, penulis sejarah ulung, serta ahli fiqih besar di abad ke-8H. Kitab beliau dalam bidang tafsir adalah Tafsir al-Qur’an al-‘Azdim yang menjadi kitab tafsir terbesar dan tersahih hingga saat ini, di samping kitab tafsir Muhammad B. Jarir ath-Thabari. Bahkan sebahagian ulama mengatakan bahawa tafsir beliau adalah ringkasan kepada karya besar Tafsir ath-Thabari tersebut.

Para ulama mengatakan bahawa tafsir Ibnu Katsir adalah sebaik-baik tafsir yang ada di zaman ini, kerana pelbagai keistimewaan dan khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya.

Keistimewaan yang paling utama terkandung di dalamnya adalah beliau menafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an (di satu ayat dengan ayat-ayat yang lain), menafsirkan al-Qur’an dengan as-Sunnah (hadis-hadis Nabi), kemudian dengan perkataan para salaf ash-sholeh (pendahulu kita yang soleh, yakni para sahabat, tabi’in, dan tabi’ut tabi’in), kemudian dengan kaedah-kaedah bahasa Arab.

Karya-karya Ibnu Katsir

Selain Tafsir Al-Qur’an al-‘Adzim, beliau juga turut menulis banyak kitab-kitab lain yang sangat bermanfaat, berkualiti, dan menjadi rujukan bagi generasi setelah beliau sehinggalah saat ini, di antaranya adalah Al-Bidayah Wa an-Nihayah yang memuatkan kisah awal permulaan penciptaan dan awal dunia, kisah-kisah para nabi dan umat-umat terdahulu, sehinggalah kisah-kisah yang akan datang ketika saat menjelangnya kiamat dan fitnah-fitnahnya.

Kemudian, kitab Jami’ Al-Masaanid yang berisi himpunan hadis-hadis merangkumi Musnad Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la, Mushannaf, berserta Kutubus Sittah.

Seterusnya, Ikhtishar ‘Ulum al-Hadits tentang ilmu hadis yang merupakan ringkasan dari karya Imam Ibnu ash-Sholah. Kemudian kitab Thabaqaat asy-Syafi’iyyahTakhrij kitab at-Tanbih fii fiqh asy-Syafi’iyyah[Hak susunan Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Yang lainnya lagi, kitab At-Takmiil fii Ma’rifatits Tsiqaat wa adh-Dhu’afaa wal Majaahil dalam bidang ilmu jarh wat-Ta’dil, Risalah Fi al-Jihad tentang jihad dan masih banyak lagi lainnya.

Pujian Para Ulama Ke Atas Beliau

Keilmuan dan kesolehan al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah telah pun diakui para ulama sejak di zamannya serta begitu ramai lagi para ulama setelahnya. Antaranya, Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

“Beliau adalah seorang imam dan seorang mufti (pemberi fatwa), ulama hadis yang pakar, faqih yang luas pandangannya, ahli tafsir, dan beliau memiliki banyak sekali tulisan yang bermanfaat.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

“Beliau sentiasa menyibukkan diri dengan hadis, menela’ah matan dan rijal hadis. Beliau adalah orang yang memiliki hafalan yang banyak, kecerdasannya bagus, memiliki banyak karya tulis semasa hayatnya, dan telah memberikan manfaat yang sangat banyak kepada orang-orang setelah beliau.”

Salah seorang muridnya, Abu al-Mahasin Jamaluddin Yusuf Ibn Syihabuddin berkata, “Beliau adalah Syaikh, al-Imam, Al-‘Allamah Imaduddin Abu al-Fida’. Seorang ulama yang banyak menulis (berkarya), sentiasa bekerja, meraih ilmu dan menulis, pakar dalam bidang fiqh, tafsir, dan hadis. Beliau mengumpulkan, mengarang, mengajar, dan menyampaikan hadis serta menulis. Beliau memiliki telahan yang sangat luas dalam ilmu hadis, tafsir, fiqh, bahasa ‘Arab, dan ilmu-ilmu lainnya. Beliau mengeluarkan fatwa dan mengajar sehingga wafat. Semoga Allah merahmati beliau. Beliau dikenal sebagai ulama yang memiliki hafalan yang kuat dan tulisan yang bagus. Beliau telah mencapai puncak dalam ilmu sejarah, hadis, dan tafsir.”

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net