Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tafsir Ibnu Mas'ud

Tafsir Ibnu Mas'ud
Tafsir Ibnu Mas'ud
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.1 x 5.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM120.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tafsir Ibnu Masud | Judul Asal ('Arab): Tafsir Ibnu Masud: Jam’u wa Tahqiq wa Dirasah | Penulis: Muhammad Ahmad Isawi | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.5kg | Muka Surat: 1115m/s.


Sebuah khazanah tafsir milik seorang pakar tafsir dari kalangan sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Ketika hayatnya, beliau pernah membacakan al-Qur'an sehingga Rasulullah menangis mendengarnya. Beliau adalah salah seorang di antara dua orang sahabat Rasulullah yang paling pakar tafsir dalam bidangnya. Seorang lagi adalah Ibnu Mas'oud.
 
Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan:
 
“Hendaklah kamu mencari tafsir (kefahaman) terhadap suatu ayat al-Qur’an dengan melihat kepada ayat al-Qur’an yang lainnya. Sekiranya tidak ditemui, maka hendaklah menafsirkannya dengan as-Sunnah. Apabila kita tidak menemui tafsirnya dalam al-Qur’an atau as-Sunnah, maka hendaklah kita merujuk kepada ucapan para sahabat, kerana mereka lebih mengetahui berkenaan hal tersebut. Mereka menyaksikan secara langsung petunjuk-petunjuk dan keadaannya secara khusus. Mereka memiliki kefahaman yang sempurna, ilmu yang sahih, dan amal yang soleh, lebih-lebih lagi di kalangan mereka ada ramai ulama seperti tokoh-tokoh mereka dari kalangan empat orang Khulafa’ur Rasyidin dan para imam yang mendapat petunjuk, di antaranya adalah ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhum.
 
Imam Abu Ja’far B. Jarir ath-Thabari meriwayatkan daripada ‘Abdullah, iaitu ‘Abdullah B. Mas’oud, beliau berkata, “Demi Allah yang tiada yang berhak diibadahi (dengan benar) melainkan Dia. Tidaklah turun satu ayat pun dari Kitabullah, melainkan aku mengetahui berkaitan dengan apa ayat tersebut diturunkan dan di mana ayat tersebut diturunkan. Sekiranya ada seseorang yang lebih mengetahui tentang Kitabullah dariku yang berada di tempat yang mampu dijangkau kenderaan, nescaya aku akan mendatanginya.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)
 
Tafsir-tafsir dari Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu ini dikumpulkan dan dihimpunkan dari kitab-kitab tafsir yang muktabar seumpama Tafsir Ath-Thabari, dan juga kitab-kitab hadis besar seumpama Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, kitab-kitab Sunan dan Musnad lainnya. Lalu kemudian ia dibukukan dalam satu buku khas, dan ini adalah hasilnya, lengkap diterjemahkan. Dengan judul bagi edisi terjemahannya, Tafsir Ibnu Mas’oud, iaitu dari edisi asal berbahasa Arab berjudul, Tafsir Ibnu Masud: Jam’u wa Tahqiq wa Dirasah.
 
Dari itu, tela'ahlah hasil khazanah tinggalan para sahabat Rasulullah ini. Beliau telah selamat meninggalkan kita. Jalannya jelas. Bahkan di antara manusia yang telah dijanjikan Syurga. Maka, tiada alasan lagi untuk kita tidak berpedoman kepada mutiara tinggalannya. Semoga kita mampu mengikuti jejak langkah mereka yang sejahtera. Agar kita terhindar dari kefahaman-kefahaman al-Qur'an yang menyimpang!
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net