Judul: Lebih Dari 60 Mutiara Hikmah Al-Fatihah | Judul Asal (‘Arab): Qathfuts Tsamar Al-Mustathaah fii Tafsiiri Faatihatil Kitaab | Penulis: Syaikh Dr. Muhammad B. Musa Alu Nashr | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 230g | Muka Surat: 132m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Surat Al-Faatihah adalah surah yang paling agung di dalam al-Qur’an. Disebut Al-Faatihah kerana ia merupakan pintu gerbang untuk memasuki dan mengharungi luasnya samudera al-Qur’an. Surah ini dinamakan juga dengan Ummul Kitab, kerana ia memuatkan garis utama isi seluruh al-Qur’an yang terdiri dari 114 surah.
Dalam sehari semalam, kaum Muslimin membaca surah Al-Faatihah sekurang-kurangnya tujuh belas kali dalam lima solat wajib. Maksudnya di sini tujuh belas kali mereka diingatkan oleh kandungan Al-Faatihah melalui ayat-ayatnya. Seharusnya, jumlah itu sudah cukup bagi mereka untuk mengorak langkah ke arah menghayati dan memahami intisari al-Qur’an dengan lebih jauh.
Dari itu, sudahkah anda memahami makna dan pesan-pesan yang terkandung dalam surah al-Faatihah ini?
Buku yang ada di hadapan anda ini mengupas secara tuntas mutiara ilmu dan hikmah surat Al-Faatihah. Tidak kurang dari 60 mutiara hikmah diungkap secara panjang lebar lagi terperinci berdasarkan kaedah-kaedah ilmu tafsir, ‘aqidah, dan bahasa. Membaca buku ini menjadikan kita seakan-akan sedang mengharungi samudera hikmah surat Al-Faatihah yang begitu luas dan dalam.