Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Pengantar Studi Ilmu Tafsir Ibnu Taimiyah

Syarah Pengantar Studi Ilmu Tafsir Ibnu Taimiyah
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar (5(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.3 x 2.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM49.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Pengantar Studi Ilmu Tafsir Ibnu Taimiyah | Judul Asal (‘Arab): Muqaddimah At-Tafsiir li Syaikh Al-Islaam Ibn Taimiyah | Penulis: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah | Syarah & Ta’liq: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah, Syaikh Ibn Jibrin, dan Syaikh Soleh Alu Asy-Syaikh | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 900gram | Muka Surat: 455 m/s.


Dalam menafsirkan A-Qur’an, terdapat sejumlah prinsip asas yang biasanya menjadi perhatian seorang ahli tafsir. Di antaranya:

1, Bersesuaian dengan kaedah bahasa ‘Arab.

2, Penggabungan aspek riwayah dan dirayah.

3, Mendahulukan penafsiran dengan ayat-ayat Al-Qur’an yang lainnya.

4, Menafsirkan dengan hadis-hadis Rasulullah.

5, Mendahulukan pendapat para sahabat Rasulullah berbanding ulama yang lainnya.

6, Membuat penelitian yang mendalam terhadap asbabun nuzul-nya.

7, dan beberapa prinsip yang lainnya, dan ini akan dibahas melalui buku ini.

Kitab “Muqaddimah fii Ushul At-Tafsiir” atau juga dikenal dengan nama Muqaddimah At-Tafsiir, adalah merupakan sebuah karya penting dan berharga daripada Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam bidang ilmu tafsir. Kitab ini banyak mendapat pujian, sering disebut-sebut, dan selalu menjadi rujukan para ulama setelah beliau.

Bahkan sebahagian ulama menilainya sebagai sebuah kitab pelopor dalam bidang ilmu ushul tafsir. Kitabnya agak ringkas, tidak panjang perbahasannya, tetapi kadungannya memuatkan manfaat yang sangat besar dan tuntas.

Atas sebab tersebutlah maka sebahagian ulama terkemudian telah tampil memberikan syarah dan ta’liq (catatan ringkas) terhadapnya. Dan yang ada di hadapan kita ini adalah edisi terjemahannya dengan disertakan syarah dan ta’liq-nya daripada tiga orang ulama kontemporari yang tidak asing lagi, iaitu Syaikh Al-‘Utsaimin, Syaikh Ibn Jibrin, dan Syaikh Soleh Alu Asy-Syaikh.

Antara isi kandungan buku ini sepintas lau:

1, Latar bekalang kitab Muqaddimah Ushul Tafsir Ibnu Taimiyah.

2, Keperluan umat dalam memahami Al-Qur’an dengan benar.

3, Rasulullah selaku penafsir Al-Qur’an yang pertama.

4, Peranan tabi’in dalam bidang tafsir.

5, Perbezaan dalam penafsiran Al-Qur’an dan sebab-sebabnya.

6, Ilmu asbabun nuzul (pengetahuan terhadap sebab-musabab dan latar-belakang turunnya satu-satu ayat Al-Qur’an).

7, Faktor-faktor penyebab perbezaan tafsir para ulama.

8, Methode istidlal dan dalil naql.

9, Tiga perkara yang tidak memiliki sanad.

10, Orang yang paling ‘alim dalam bidang tafsir.

11, Hadis mursal.

12, Hadis ahad.

13, Metode tafsir yang menyimpang dan yang bid’ah.

14, Penyimpangan methode tafsir dari manhaj sahabat dan tabi’in.

15, Tafsir Al-Qur’an dengan Al-Qur’an dan Al-Qur’an dengan As-Sunnah.

16, Tafsir Al-Qur’an dengan perkataan para sahabat Rasulullah.

17, Tafsir Al-Qur’an dengan perkataan para tabi’in.

18, Tafsir Al-Qur’an dengan akal dan penjelasannya.

19, Kehati-hatian para ulama generasi awal dalam menafsirkan Al-Qur’an.

Semoga dapat sama-sama kita mempelajarinya sekaligus menuai manfaat yang besar.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net