Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah

Syarah Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah
Syarah Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah Syarah Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i (6(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 3

ISBN: 9789793536640
Availability: In Stock
Price: RM84.00 RM73.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah | Penulis: Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 650 m/s (Hard Cover). | ISBN: 978-979-3536-64-0


Buku ini adalah Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Di dalamnya berisi huraian dan penjelasan dasar-dasar penting tentang ‘aqidah dan manhaj yang benar dari kitab para ulama terdahulu dengan dalil-dalil yang sahih dari Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Penulis berusaha menggali kesimpulan-kesimpulannya dari pelbagai sumber rujukan ulama ahlus sunnah wal-jama’ah baik yang kontemporari mahupun yang terdahulu. Setiap rujukan diberikan sumber nukilan pada nota kaki sehingga kita pun tidak akan ragu dan boleh membuat semakkan secara terus ke kitab asal.

Tujuan penulis tidak lain (insyaAllah), adalah supaya ‘aqidah dan manhaj ini difahami oleh ummat Islam dengan benar, diambil dari sumbernya, diyakini dengan seyakin-yakinnya, dan diamalkan serta dizahirkan di dalam kehidupan sehari-hari.

Buku ini secara kesimpulannya amat baik kepada mereka yang mahu bermula dari asas, malah ia turut sesuai untuk mereka yang mahu memahami dengan lebih dalam kerana perbahasannya yang mudah tetapi tidak mengabaikan aspek ilmiyah dan perincian setiap bab-babnya.

Ketahuilah bahawa permulaan dakwah Nabi kepada para sahabatnya adalah dengan mendakwahi mereka aqidah yang benar dan memboikot segala bentuk thaghut, iaitu hal-hal yang diibadahi, dicintai, diharapkan dan ditakuti selain dari Allah. Nabi membina kekuatan di zamannya dengan memurnikan ‘aqidah bangsa ‘Arab dan membersihkan segala bentuk noda-noda syirik yang ada. Sehingga bangsa ‘Arab pun menjadi bangkit dan gah meninggalkan zaman kegelapan dan kemunduran.

Dan memang demikianlah sunnah para rasul zaman berzaman.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat manusia supaya menyerukan, “‘Abdikanlah diri hanya kepada Allah dan jauhilah thaghut.” (Surah an-Nahl, 16: 36)

Juga sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menjelaskan keutamaan dalam berdakwah:

إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى

“Sesungguhnya engkau akan mendatangi kelompok ahli kitab, maka hendaklah yang pertama kali engkau dakwahkan kepada mereka adalah supaya mereka mentauhidkan Allah Ta’ala.” (Shahih Al-Bukhari, no. 7372)

Maka, ayuhlah kita fahami dan perbaiki hati-hati kita dengan aqidah yang benar. Kerana kekuatan umat Islam itu tiada pada yang lain, melainkan dengan melazimi hati-hati kita pada ‘aqidah yang benar. Dan dengan ‘aqidah yang murni itulah kelak kita akan dipelihara oleh Allah Ta’ala dari api Neraka.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

“Pada hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna kecuali yang datang kepada Allah dengan hati yang saliim.” (Surah Asy-Syu’araa’: 88-89)

‘Aqidah yang benar adalah perkara yang amat penting dan menjadi kewajiban yang paling besar yang harus diketahui oleh setiap Muslim dan Muslimah. Kerana sesungguhnya sempurna dan tidaknya suatu amal, diterima atau tidaknya, bergantung kepada ‘aqidah yang benar.

Kebahagiaan dunia dan akhirat hanya diperoleh oleh orang-orang yang berpegang pada ‘aqidah yang benar ini dan menjauhkan diri dari hal-hal yang dapat menafikan dan mengurangi kesempurnaan ‘aqidah tersebut.

‘Aqidah yang benar adalah ‘aqidah Al-Firqatun Naajiyah (golongan yang selamat), ‘aqidah ath-Thaaifatul Manshuurah (golongan yang dimenangkan Allah), ‘aqidah Salaf ash-shalih, ‘aqidah Ahlul Hadist, iaitu aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, yang merupakan ‘aqidah yang diajar oleh Nabi kepada para sahabat lalu mereka pun mengamalkannya.

Buku yang ada di tangan pembaca ini adalah buku berupa Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, merupakan salah satu buku dalam rangka usaha merealisasikan misi dakwah ‘aqidah, insyaAllaah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net