Judul: 4 Kaedah Memahami Tauhid (Syarah Qowa'idul Arba') | Judul Asal ('Arab): Syarh Qowa'idul Arba' | Penulis Asal: Syaikh Muhammad bin 'Abdul Wahhab | Syarah dan huraian: Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafidzahullah | Penerbit: Maktabah Al-Ghuroba' | Berat: 180g | Muka Surat: 88m/s. [Disediakan oleh krew www.atsar.ilmusunnah.com]
Ini adalah di antara buku yang baik dalam menjelaskan sisi-sisi asas cakupan sebuah ketauhidan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sebuah buku yang baik untuk ditela'ah oleh para pemula dari kalangan penuntut ilmu.
Ketahuilah bahawa Tauhid adalah suatu perkara penting yang wajib difahami oleh seorang Muslim. Kerana tujuan penciptaan manusia itu adalah agar mereka merealisasikan tauhid. Dan ketika mereka dimatikan nanti, yang pertama dipersoalkan atas mereka juga adalah tentang tauhidnya. Tauhid juga adalah syarat utama sahnya amalan di sisi Allah. Tidak akan diterima amalan seseoang walau sebanyak manapun seandainya dia tidak bertauhid dengan tauhid yang benar.
Maka, di antara pengajian yang wajib dan sangat penting bagi seorang pemula dalam urusan menuntut ilmu adalah pengajian tauhid. Hendaklah dia memurnikan tauhidnya dari segala bentuk kesyirikan. Dan hal tersebut hanya dapat direalisasikan dengan ilmu yang benar dari wahyu dan dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana mencari wajah Allah. Maka, pelajarilah tauhid dengan benar, agar kelak kita akan selamat bertemu dengan Allah. [www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]