Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Prinsip Dasar Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Yang Shahih

Prinsip Dasar Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Yang Shahih
Prinsip Dasar Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Yang Shahih Prinsip Dasar Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Yang Shahih Prinsip Dasar Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Yang Shahih Prinsip Dasar Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Yang Shahih Prinsip Dasar Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Yang Shahih
Terbitan: Pustaka At Taqwa
Product Code: Pustaka At-Taqwa (6/4)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 22 x 15 x 2

ISBN: 9789799662842
Availability: In Stock
Price: RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Prinsip Dasar Islam Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah Yang Shahih | Penulis: Yazid bin Abdul Qadir Jawas | Penerbit: Pustaka At-Taqwa | Berat: 480g | Muka Surat: 281m/s. (Hard cover) | ISBN: 9789799662842


Setiap muslim yakin sepenuhnya bahawa kurniaan Allah yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Maka wajib ke atas setiap muslim untuk bersyukur kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan nikmat-Nya yang telah memberikan kepada kita hidayah sebagai muslim.

Sebagai bukti dan tanda syukur, seseorang muslim perlu redha Allah sebagai Rabb-nya, Islam sebagai agamanya dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai Nabinya.

Apabila seseorang ingin menjadi muslim yang sejati, pengikut Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang setia, maka dia wajib meyakini Islam sebagai satu-satunya agama yang haq (benar), memepelajari agama Islam dengan bersungguh-sungguh dan mengamalkan Islam dengan ikhlas kerana Allah dan mengikuti petunjuk yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Melalui buku ini, penulis menjelaskan prinsip-prinsip asas dan utama dalam agama Islam yang wajib diketahui oleh setiap muslim dan muslimah.

Buku ini sangat sesuai dan amat dicadangkan kepada mereka yang baru mula mahu mendekati Islam, yang mahu mengenal asas-asas Islam, kepada mereka yang baru memeluk agama Islam, serta kepada mereka yang baru mula sedar dan memiliki rasa ingin tahu tentang Islam dari asas-asas sendinya.

Semoga dengan kesungguhan usaha dan semangat kalian semua untuk memahami agama Islam ini dirahmati Allah dan mendapat bimbingan petunjuk dari-Nya sekaligus memudahkan jalan menuju Syurga bagi kita semua.

Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

"Sesiapa yang berjalan menuntut ilmu (yang syar'i), maka Allah akan mudahkan jalannya menuju Syurga. Sesungguhnya para Malaikat akan meletakkan (memayungi) sayapnya untuk para penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka usahakan." (Musnad Ahmad, no. 21715. Sunan Abi Dawud, no. 3641)

Antara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:

Bagaimana mensyukuri nikmat Islam, pengertian Islam dan tahap-tahapnya, sifat-sifat Islam, Tauhid dan menjauhi syirik sebagai asas Islam, keutamaan Tauhid, beriman kepada Nabi, pengertian ibadah, keutamaan dan keindahan Islam, Islam sebagai agama yang mudah, Islam sebagai agama yang sempurna, sumber Islam adalah al-Qur'an dan as-Sunnah di atas kefahaman salafush-sholeh, Islam sebagai agama yang benar, sifat al-wala' wal-bara', dan yang terakhir adalah tentang kemuliaan akhlak ahlus sunnah wal-jama'ah.

Mudah-mudahan dengan membaca buku ini para pembaca akan terbuka hatinya, bertambah keimanan, ilmu yang bermanfaat, bersemangat terhadap Islam dan mudah-mudahan Allah memberikan hidayah dan taufiq kepada kita untuk dapat melaksanakan syari'at Islam dan istiqamah (konsisten) di atas 'aqidah dan prinsip agama yang benar.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net