Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarhus Sunnah karya Imam al-Barbahari

Syarhus Sunnah karya Imam al-Barbahari
Syarhus Sunnah karya Imam al-Barbahari
Terbitan: Pustaka Imam Adz-Dzahabi
Product Code: Pustaka Imam azd-Dzahabi (9(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM22.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarhus Sunnah karya Imam al-Barbahari | Judul Asal ('Arab): Syarhus SunnahPenulis: Imam Abu Muhammad B. al-Hasan B. 'Ali B. Kholaf al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) | Tahqiq: Syaikh 'Abdurrahman B. Ahmad al-Jumaizi | Penerbit: Pustaka Imam adz-Dzahabi | Berat: 330g | Muka Surat: 143m/s.


Agak sebak terasa di dada ketika melihat pelbagai fitnah dan syubhat yang mengancam dan merosakkan aqidah masyarakat pada zaman ini, sehingga dalam persoalan mengenal Allah sahaja telah muncul pelbagai pendapat yang tidak ketahuan asalnya. Ada yang mengatakan Allah itu berada di mana-mana sahaja, ada pula berpendapat Allah itu di hati kita, malah lebih pelik - Allah itu menyatu dengan alam semesta ini.
 
Kemudian - semakin ramai pula yang mengingkari kewujudan azab & nikmat kubur, mengingkari/menolak hadis atas sebab ianya hadis ahad dan tidak boleh digunakan dalam hujjah aqidah, mengambil/memahami al-Qur'an dengan hati dan akal (tanpa merujuk kepada tafsir ulama terdahulu), hanya berpegang kepada al-Qur'an sahaja dan tidak mahu berpegang kepada hadis (sunnah), serta pelbagai lagi bentuk-bentuk pemikiran yang merosakkan telah mula lahir dan menyerang.
 
Di tengah-tengah kerancuan (kelirunya) kefahaman ummat tentang aqidah - maka, kitab ini wajar kita ambil dan belek kembali untuk dibaca, ditela'ah, difahami, direnungi. Kitab ini adalah tulisan hasil peninggalan salah seorang imam (ulama) Ahlus Sunnah di era 300 hijrah, yang pada zamannya tekenal berjuang mempertahankan aqidah ahlus sunnah dari pelbagai bentuk serangan aqidah sesat muktazilah dan al-asya'irah. Ia hidup di zaman anak-anak murid imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H), yang juga bersama-sama mereka mempertahankan benteng aqidah Ahlus Sunnah.
 
Berkenaan buku ini dan penyusunnya (Imam al-Barbahari), telah berkata Bisyir bin Harits, "al-Islam adalah as-Sunnah, dan as-Sunnah adalah Islam". Kerana Islam itu ditegakkan dengan as-Sunnah dan kerana al-Qur'an itu diturunkan kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bukan kepada kita secra langsung. Daripada beliaulah kita mengambil kefahaman dan tafsirannya. Tela'ahlah buku ini yang di dalamnya memuatkan pesanan, point-point, dan prinsip-prinsip penting aqidah Islam daripada seorang ulama Ahlus Sunnah yang sejahtera aqidahnya.
 
Tentang peribadi beliau, beliau bernama al-Hasan B. 'Ali B. Khalaf al-Barbahari atau lebih dikenali dengan julukan nama atau kunyah Imam al-Barbahari. Beliau banyak bergaul dengan sahabat-sahabat dan anak-anak murid Imam Ahmad B. Hanbal.
 
al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) memuji beliau dengan katanya, "Beliau (Imam al-Barbahari) adalah seorang ulama yang zuhud, ulama ahli fiqih dari mazhab Hanbali, sangat ahli dalam memberi nasihat, dan sangat tegas lagi keras terhadap ahli bid'ah dan pelaku maksiat, serta sangat berwibawa dan disegani oleh kalangan 'alim (orang ebrilmu) dan masyarakat awam."
 
Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) pula menyatakan, "Beliau adalah seorang syaikh (guru) yang bermazhab Hanbali yang menjadi tokoh ikutan dan imam... yang faqih. Beliau lantang dalam menyerukan kebenaran dan sentiasa menyeru kepada atsar (hujah yang sahih di atas kefahaman ahlus sunnah), tidak menyelisihi Allah Subhanahu wa Ta'ala..."
 
Bagi edisi terjemahan ini, ia disertakan sekali matan/teks asal berbahasa arab.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net