Judul: Tauhid Hakimiyah | Penulis: Ustaz Muhammad Asrie Sobri | Penerbit: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan | Berat: 180g | Muka Surat: 69m/s.
Ini adalah satu lagi siri buku-buku hasil kajian ke atas gerakan-gerakan Islam yang wujud pada hari ini. Ia mengungkap dan membongkar hakikat gerakan-gerakan Islam radikal dan ekstreamis yang ditunjangi oleh hasil fahaman tauhid hakimiyah.
Kita tentu pernah mendengar kewujudan slogan-slogan seperti "Tiada hukum melainkan hukum Allah." "Sesiapa tidak berhukum dengan hukum Allah, maka ia kafir." Ia berasal dari kalimat yang benar, tetapi banyak terjadi penyelewengan maksud ke atasnya. Antaranya mereka melontarkan slogan tersebut dalam rangka mengkafirkan dan memerangi golongan yang melakukan sebahagian dosa tertentu terutamanya dari kalangan pemerintah.
Mereka menjatuhkan hukum kafir, semata-mata ke atas orang yang tidak berhukum dengan sebahagian hukum-hukum Allah kerana beberapa alasan. Jadi, mari kita semak baik-baik, bagaimana model tauhid dan anutan fahaman seperti ini bakal membuka laluan kepada kesyirikan dan tercetusnya tindakan-tindakan radikal pemberontakan lagi ekstreamis.
Dan siapakah pencetusnya? Sama-sama kita ikuti perbahasan dalam buku ringkas ini. Bacalah, agar kita tidak terjebak. Kerana mereka selalunya membuat kemungkaran dengan label jubah dan serban agama!