Judul: Seluk-Beluk Alam Jin dan Syaitan | Judul Asal (‘Arab): Wiqaayatul Insaan minal Jinni wasy-Syaithaan | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Wahid ‘Abdussalam Bali | Syarah: Penyusun | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Ustaz Yunus | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 1.3kg| Muka Surat: 571m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 17.3cm (lebar) x 3.1cm (tebal) | ISBN: 978-602-6360-44-1 |
Tidak sedikit dari kalangan umat Islam yang belum mengenal jin dan alam kehidupannya secara benar. Maklumat dan pengetahuan yang mereka dapatkan kebanyakannya berasal dari kisah-kisah khurafat, takhayyul dan mistik hasil olahan para dukun dan bomoh. Dan sebahagiannya mengambil maklumat dari sumber-sumber yang tidak sahih dan diragui kredibilitinya seperti kisah-kisah khayalan (pengaruh fiksyen), hadis-hadis palsu, dan cerita-cerita dari mulut ke mulut yang ditokok-tambah.
Kesan dari fenomena seperti ini maka muncullah persepsi yang salah tentang alam jin dan keterkaitannya dengan kehidupan kita manusia. Kerana itulah masih banyak orang yang takut tak tentu pasal dengan kisah-kisah hantu dengan segala macam versinya, walhal hakikatnya tidak harus seperti itu. Atas sebab itu juga ketika ada yang mengalami gangguan atau kerasukan jin (atau syaitan), masih ramai di antara mereka yang cepat-cepat mendatangi bomoh, dukun, atau ustaz “yang pandai baca-baca”!? Padahal, tindakan seperti itu hanya akan mengheret umat Islam kepada masalah yang lebih berat lagi berupa amalan bid’ah sampailah kepada praktik kesyirikan berupa sihir dan perdukunan, diikuti akan semakin bercambah pula kepercayaan-kepercayaan yang menyeleweng dan menyimpang dari aqidah yang sahih.
Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan berleluasanya amalan serta kepercayaan seperti itu masih ada para da’i dan ahli ilmu yang berusaha keras untuk memberikan penjelasan seraya membanteras salah faham tersebut. Itu semua dalam rangka amar makruf nahi mungkar dan dakwah di jalan Allah, menyeru manusia kepada ilmu dan pemahaman yang benar, serta menangkis pelbagai jerat-jerat dan tipu-daya syaitan serta para pengikut mereka.
Penyusun buku ini yakni Asy-Syaikh Wahid Abdussalam hafizhahullah adalah salah seorang ahli ilmu dari bumi Mesir yang sangat terkenal dalam memberikan penerangan dan penjelasan terkait seluk-beluk alam jin dan bahaya gangguannya diikuti cara-cara menangani dan mengatasinya bersesuaian petunjuk wahyu (Al-Qur’an dan As-Sunnah yang sahih). Buku yang ada di hadapan kita ini merupakan salah satu karya susunan beliau yang telah lengkap diterjemahkan dari kitab berjudul “Wiqaayatul Insaan minal Jinni wasy-Syaithaan”. Alhamdulillah buku setebal 571m/s. (edisi hard cover) ini sarat dengan ilmu-ilmu dan maklumat-maklumat penting terkait alam jin dan syaitan yang seharusnya difahami oleh setiap kaum muslimin yang beriman dengan perkara-perkara ghaib sebagaimana dikhabarkan oleh Al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih. [Sinopsis disediakan oleh Atsar Online Bookstore]
Di antara perkara-perkara atau bab-bab penting yang dibahaskan oleh Asy-Syaikh Wahid Abdussalam Bali melalui buku ini adalah:
1, Mengenal hakikat jin dan syaitan secara nyata berpandukan data-data sahih.
2, Memahami gangguan dan kerasukan jin terhadap manusia diikuti cara rawatan dan membentenginya.
3, Kisah-kisah kemunculan jin di hadapan para Nabi.
4, Hubungan dan keterkaitan antara jin dengan manusia.
5, Jalan-jalan jin dan syaitan dalam rangka menguasai hati-hati manusia.
6, Memahami perisai dan benteng pelindung dari gangguan dan godaan syaitan.
7, Pelbagai tips, dzikir-dzikir dan doa-doa bimbingan Nabi dalam rangka membentengi diri dari jin dan syaitan.
Dan banyak lagi pecahan-pecahan perbahasan di sela-sela judul-judul besar tersebut.
Semoga buku ini memberikan kita sejumlah besar maklumat sahih agar tidak salah dalam memahami hakikat kewujudan jin dan syaitan, seraya menjauhkan kita dari jerat-jerat khurafat, takhayyul, mistik dan dijauhkan dari terjebak ke lembah-lembah syirik! Semoga kita selamat dari godaan, gangguan dan rasukan jin dan syaitan, serta selamat pula dari serangan para pengikut jin dan syaitan dari kalangan para bomoh dan tukang sihir yang berniat jahat.
- Sinopsis disediakan oleh Atsar Online Bookstore -