Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarh Al-Aqidah Al-Wasithiyyah berdasarkan Himpunan Perkataan Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah

Syarh Al-Aqidah Al-Wasithiyyah berdasarkan Himpunan Perkataan Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah
Terbitan: Pustaka Imam Bonjol
Product Code: Pustaka Imam Bonjol (PIB)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.4 x 2.1

ISBN: 9786020871318
Availability: In Stock
Price: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarh Al-Aqidah Al-Wasithiyyah | Judul Asal (‘Arab): Syarhu Al-‘Aqidah Al-Wasithiyyah min Kalaam Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah  | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Tahqiq/Takhrij: Asy-Syaikh Khalid bin ‘Abdillah Al-Mushlih | Penterjemah: ‘Abdullah dan Tim PIB | Penerbit: Pustaka Imam Bonjol (PIB) | Berat: 0.9kg| Muka Surat: XVI + 349m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 16.4cm (lebar) x 2.1cm (tebal) | ISBN: 978-602-0871-318 |


Pada abad ke-enam hijriyyah, terjadi tragedi ke atas kaum muslimin disebabkan serangan pasukan Tatar (Mongol). Pasukan Tatar akhirnya berjaya menguasai sejumlah besar wilayah kaum muslimin sehingga terjadilah pelbagai kerosakan, kemusnahan, kekacauan, dan pembantaian atas kaum Muslimin. Setelah itu, berlaku pula usaha-usaha dan gerakan menyesatkan kaum Muslimin dengan menyebarkan tasykik (keragu-raguan) dalam banyak cabang dari urusan aqidah kaum muslimin.

Atas tragedi tersebut, seorang qadhi (hakim) dari wilayah Wasith (sebuah wilayah di ‘Iraq) di saat perjalanannya menunaikan haji, beliau pun mengunjungi Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah, beliau mengadukan tentang realiti dan situasi kaum muslimin di negerinya yang sedang dikuasai oleh Tatar dan diancam pula pegangan aqidahnya. Sang qadhi meminta Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah untuk menuliskan sebuah risalah atau kitab berkaitan aqidah agar dapat dijadikan sebagai rujukan dan sandaran hujah bagi dirinya dan bagi kaum muslimin di Wasith (‘Iraq) pada saat itu.

Dari nama wilayah “Wasith” itulah kitab ini diberikan judul Al-‘Aqidah Al-Wasithiyyah. Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah turut menambahkan makna bahawa Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah wasath (pertengahan) yakni berada pertengahan dan sederhana di antara dua kelompok ekstrim (sama ada ekstrim kerana berlebih-lebihan/ghuluw atau ekstrim kerana meremehkan), di mana Ahlus Sunnah adalah kelompok yang bersikap adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya, tidak ekstrim dan tidak pula bersikap meremehkan) dalam apa pun jua keadaan.

Kitab ini sarat dengan taqrir (penegasan) dan penjelasan penting dasar-dasar aqidah ahli sunnah wal-jama’ah yang berupa dasar-dasar keimanan dan keislaman sebagai seorang muslim sejati. Ianya ditaqrirkan oleh Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah bersesuaian dengan manhaj tiga generasi terbaik salaf dari kalangan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para tabi’in, dan juga para pengikut mereka.

Kitab ini memuatkan penjelasan yang sangat baik, padat dan komprehensif serta mendapat pujian serta pengiktirafan dari sekian banyak ulama berkaliber di zaman beliau dan setelahnya, selain turut menjadi pegangan, rujukan dan disyarahkan pula oleh sekian ramai ulama dari era tersebut sehingga kini.

Antaranya sebagaimana kata Al-Imam Al-Hafiz Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H):

“Telah terjadi kesepakatan bahawa aqidah yang terkandung di dalam kitab ini adalah aqidah kaum salaf yang mulia!” (Al-‘Uqud Ad-Durriyyah, m/s. 212)

Demikian pula Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H):

“Telah terjadi kesepakatan bahawa aqidah ini (yang terkandung di dalam kitab ini) adalah merupakan aqidah ahli sunnah dan para salaf.” (Adz-Dzail ‘ala Thabaqat Al-Hanabilah, 2/396)

Manakala menurut Asy-Syaikh ‘Abdurrohman bin Nashir As-Si’di rahimahullah (Wafat: 1376H):

“Ringkasan dan penjelasannya telah mencakup setiap perkara yang wajib untuk diyakini (diimani) bersesuaian dengan prinsip-prinsip keimanan, dan aqidahnya adalah aqidah yang haq.” (At-Tanbihat Al-Lathifah, m/s. 6)

.

Edisi cetakan ini merupakan edisi terjemahan lengkap teks asal (matan) kitab Al-‘Aqidah Al-Wasithiyyah susunan Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah (dengan disertakan matan/teks asal berbahasa ‘Arab), kemudian diikuti pula dengan penjelasan dan penerangan bagi setiap bab berdasarkan himpunan perkataan-perkataan dan penjelasan-penjelasan Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah sendiri diambil dari sumber-sumber karya dan kitab-kitab beliau yang lain, dikumpulkan dan disusun oleh Asy-Syaikh Khalid bin ‘Abdillah Al-Mushlih.

Semoga bermanfaat.

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net