Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad bin Hanbal, Manhaj Imam Ahmad Dalam Aqidah

Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad bin Hanbal, Manhaj Imam Ahmad Dalam Aqidah
Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad bin Hanbal, Manhaj Imam Ahmad Dalam Aqidah Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad bin Hanbal, Manhaj Imam Ahmad Dalam Aqidah
Terbitan: Darul Ilmi Publishing
Product Code: DIP
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.3 x 15.2 x 1.1

ISBN: 9786028013048
Availability: In Stock
Price: RM27.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad bin Hanbal | Judul Asal (‘Arab): Syarh Ushul As-Sunnah Penulis/Penyusun: Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) | Ta’liq: Muhammad bin ‘Ied Al-‘Abbasy | Tahqiq/Syarah: Al-Walid bin Muhammad Nubaih bin Saif An-Nashr | Penterjemah: Muhammad Washito | Penerbit: Darul Ilmi Publishing | Berat: 300g | Muka Surat: 185m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.3cm (tinggi) x 15.2cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN:  978-602-8013-04-8 |


Kitab ini adalah salah satu di antara kitab-kitab klasik yang menyentuh atau menggariskan prinsip-prinsip utama lagi asas terkait aqidah dan manhaj ahli Sunnah wal-jama’ah semenjak era 200H lagi. Menjadi pembeza antara mazhab ahlus sunnah dengan mazhab-mazhab ahli bid’ah yang bathil. Dan kitab ini menjadi lebih berharga apabila disusun oleh seorang ulama salaf di era 200H, sekaligus menjadi bukti hakikat aqidah ahli sunnah yang sejati semenjak dulu.

Kitab ini disusun (diikrarkan) oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H), seorang ulama besar ahlus sunnah di zamannya dan merupakan ulama besar ikutan setelahnya. Beliau dikenal sebagai salah seorang ulama mazhab di antara 4 mazhab utama fiqh ahlus sunnah. Beliau merupakan seorang ulama aqidah, ulama fiqh, dan ulama hadis yang menghafal dan menguasai jutaan riwayat-riwayat hadis dalam satu masa!

Alhamdulillah, kitab beliau ini kini diterbitkan dalam bentuk bercetak dengan diberi syarah (penjelasan) oleh Asy-Syaikh Al-Walid bin Muhammad Nubaih. Kitab yang amat penting untuk dimiliki setiap penuntut ilmu dan para individu ahli sunnah yang komited terhadap manhaj para ulamanya.

Kalaulah tidak dibaca dan difahami kitab-kitab karya ulama teladan ini, bagaimana akan dapat kita membezakan di antara aqidah ahli sunnah yang tulen dengan kepelbagaian aqidah menyimpang lainnya yang banyak berlegar di sekeliling kita hari ini? Bagaimana akan dapat kita bezakan di antara aqidah ahli sunnah dengan muktazilah, khawarij, syi’ah, qadariyah, sufi, dan sebagainya? Sedangkan aqidah-aqidah menyimpang tersebut tetap wujud sehingga hari ini dengan kepelbagaian jenama yang mempersona serta pelbagai.

Oleh itu, tidak dapat tidak, kita perlu berpedoman dengan petunjuk para ulama agar tidak tertipu dan terpedaya, khasnya dari kalangan ulama generasi paling awal. Apatah lagi pada hari ini tampak begitu banyak sekali kumpulan-kumpulan sesat yang mengaku-ngaku sebagai ahli sunnah! Dan tokoh-tokoh penyesat ini juga turut dinobat sebagai ulama pada hari ini, sehingga tidak sedikit dari kalangan orang-orang yang awam tertipu dan terpedaya.

Bagi edisi terjemahan ini, ianya disertakan sekali dengan matan/teks asal berbahasa arab. Dilengkapi dengan syarah/huraian bagi setiap teks lengkap dengan dalil-dalil Al-Qur’an, As-Sunnah, dan atsar para salaf.

Semoga bermanfaat.

 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net