Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Catatan-catatan Spiritual Ibnu Taimiyyah Menembus Batas Kewalian

Catatan-catatan Spiritual Ibnu Taimiyyah Menembus Batas Kewalian
Catatan-catatan Spiritual Ibnu Taimiyyah Menembus Batas Kewalian
Terbitan: Akbar Media
Product Code: Akbar Media
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 22 x 15 x 3

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM44.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Catatan-catatan Spiritual Ibnu Taimiyyah Menembus Batas Kewalian | Judul Asal (‘Arab): Syarh Kitab al-Furqan Baina Awliyaur Rahman wa Awliyausy Syaithan | Penulis: Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Syarah: Syaikh Sholeh B. Abdul Aziz Alu Asy-Syaikh | Penerbit: Akar Media | Berat: 700g | Muka Surat: 484m/s.


Allah Taala berfirman dalam salah satu hadits Qudsi, “Sesiapa yang menyakiti wali-Ku (kekasih-Ku), maka Aku mengisytiharkan perang ke atasnya.” (Shahih al-Bukhari, Bab: Tawadhu’, no. 6502)
 
Selain itu, mungkin sebahagian dari kita pernah mendengar kisah-kisah manusia ajaib, pelik, punya kuasa sakti, sehingga dikatakan ada manusia boleh terbang melayang di udara, berjalan di atas air, berjalan atas bara api, tidak lut (tembus dan cedera) dek senjata, mampu melihat sebahagian perkara ghaib, dan seumpamanya. Lalu dikatakan mereka yang punya kuasa atau kemampuan luar biasa seperti ini langsung dikatakan termasuk wali-wali Allah?! Sampai ada yang mengimani bahawa termasuk tanda wali Allah, adalah mereka pasti punya karamah dan kehebatan luar biasa lagi pelik-pelik?!
 
Sejauh mana kebenaran perkara-perkara seperti ini? Adakah ia benar-benar wujud dalam dunia nyata manusia? Atau sekadar kisah-kisah fiksyen mainan wayang dan khabar-khabar dongeng?
 
Lalu kemudian, benarkah kewujudan karamah pada diri seseorang langsung dianggap sebagai tanda wali Allah? Apa pula yang dimaksudkan sebagai karamah itu? InsyaAllah, sama-sama kita singkap tabir rahsia persoalan ini.
 
Memahami Maksud Wali Secara Ringkas
 
Orang-orang yang beriman itu, semuanya adalah wali-wali Allah. Ini sebagaimana kata Imam ath-Thahawi rahimahullah (Wafat: 321H):

وَالْمُؤْمِنُونَ كُلُّهُمْ أَوْلِيَاءُ الرَّحْمَنِ

“Dan orang-orang yang beriman itu semuanya adalah wali-wali Allah yang maha Pengasih.” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 231 – Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir)

Demikian juga dengan penegasan oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:

من كان مؤمناً تقياً، كان الله ولياً

“Sesiapa dari kalangan mukmin yang bertaqwa, dia adalah wali Allah.” (Ibnu al-‘Utsaimin, Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah, 2/297 – Daar Ibnul Jauzi, Tahqiq Sa’ad B. Fawaz ash-Shamil)

Dan orang-orang beriman yang paling mulia di antara mereka adalah yang paling taat kepada Allah dan paling mengikuti sunnah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah dalam kalangan kamu adalah orang yang paling bertaqwa.” (Surah al-Hujuraat, 49: 13)

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjelaskan di dalam kitab-Nya yang mulia dan di dalam sunnah Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memiliki penolong (wali) dari kalangan manusia dan Syaitan juga memiliki penolong (wali) dari kalangan manusia.

Kemudian Allah membezakan di antara para wali-Nya dan para wali Syaitan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63) لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kebimbangan atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Surah Yunus, 10: 62-64)

Al-Hafiz Ibnu Katsir Rahimahullah (Wafat: 774H) mengatakan:

أن أولياءه هم الذين آمنوا وكانوا يتقون، كما فسرهم ربهم، فكل من كان تقيا كان لله وليا أنه { لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ } فيما يستقبلون من أهوال القيامة، { وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ } على ما وراءهم في الدنيا

“Wali-wali Allah adalah setiap mereka yang beriman dan bertaqwa sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala tentang mereka, maka setiap orang yang bertaqwa kepada Allah, dia adalah wali-Nya. Sesungguhnya tidak ada kebimbangan atas mereka, iaitu dalam menghadapi hal-ehwal kiamat. Dan tidak pula mereka bersedih hati terhadap apa yang mereka tinggalkan di dunia.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/278)

Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) mengatakan:

وأصلُ الولاية: القربُ، وأصلُ العداوة: البعدُ، فأولياء الله هُمُ الذين يتقرَّبون إليه بما يقرِّبهم منه، وأعداؤه الذين أبعدهم عنه بأعمالهم المقتضية لطردهم وإبعادهم منه

“Asal makna al-wilayah (kewalian) adalah dekat. Dan asal makna al-‘Adawah (permusuhan) adalah jauh. Maka para wali Allah Subhanahu wa Ta’ala, mereka adalah orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan amal-amal yang dapat mendekatkan diri kepada-Nya. Dan musuh-musuh Allah ialah orang-orang yang dijauhkan dari-Nya dengan sebab amal-amal perbuatan mereka yang menjadikan mereka terusir dan terasing dari-Nya.” (Ibnu Rejab, Jaami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 335 – Mu’asasah ar-Risalah, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) mengatakan:

المراد بولي الله العالم بالله المواظب على طاعته المخلص في عبادته

“Yang dimaksudkan dengan Wali Allah adalah orang-orang yang berilmu tentang Allah dan dia terus-menerus di atas ketaatan kepada-Nya dengan mengikhlaskan hati dalam ibadahnya.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 11/342)

Maka dari ayat ini telah menjelaskan bahawa wali-wali Allah itu adalah setiap orang yang beriman dan bertaqwa. Iaitu orang-orang yang bertauhid yang sentiasa melaksanakan perintah-perintah-Nya, menjauhi segala larangannya, menjauhi kemaksiatan, menjauhi kesyirikan, dan menjauhi kebid’ahan (apa yang diada-adakan terhadap agama). Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِنَّ أَوْلِيَائِيَ مِنْكُمُ الْمُتَّقُونَ، مَنْ كَانُوا أَوْ حَيْثُ كَانُوا

“Sesungguhnya para wali-Ku adalah orang-orang yang bertaqwa, siapapun mereka, atau di manapun mereka.” (Dzilal al-Jannah, no. 212, 1011)

Kemudian kata Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H):

أَوْلِيَاءَ اللَّهِ هُمْ الَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَوَالَوْهُ فَأَحَبُّوا مَا يُحِبُّ وَأَبْغَضُوا مَا يُبْغِضُ، وَرَضُوا بِمَا يَرْضَى وَسَخِطُوا بِمَا يَسْخَطُ ،وَأَمَرُوا بِمَا يَأْمُرُ وَنَهَوْا عَمَّا نَهَى، وَأَعْطَوْا لِمَنْ يُحِبُّ أَنْ يُعْطَى وَمَنَعُوا مَنْ يُحِبُّ أَنْ يُمْنَعَ، كَمَا فِي التِّرْمِذِيِّ وَغَيْرِهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ :{ أَوْثَقُ عُرَى الْإِيمَانِ : الْحُبُّ فِي اللَّهِ وَالْبُغْضُ فِي اللَّهِ

“Para wali Allah, mereka adalah orang-orang yang beriman kepada-Nya, menolong-Nya, mereka mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa-apa yang Allah benci, serta redha terhadap apa-apa yang Allah redha, dan memurkai apa-apa yang Allah murka padanya. Mereka memberi kepada orang yang Allah suka untuk diberi dan mereka tidak memberi kepada orang-orang yang Allah tidak menyukai untuk diberi.” (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 8 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)

Wali Allah juga adalah mereka yang sentiasa berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah dengan amal-amal soleh yang dapat mendekatkannya kepada Allah, iaitu dengan melaksanakan amal-amal yang disunnahkan dengan penuh ketulusan dan ilmu yang benar.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّمَا وَلِيِّىَ اللَّهُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ

“Sesungguhnya wali-wali Allah adalah orang-orang yang soleh lagi beriman.” (Shahih al-Bukhari, no. 5990. Muslim, no. 215)

Orang yang soleh di sisi syara’ adalah orang yang melaksanakan kewajiban-kewajibannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan melaksanakan kewajiban-kewajibannya terhadap sesama makhluk.

Manakala musuh-musuh Allah adalah mereka yang menjauhkan diri dari-Nya dengan amal-amal perbuatan yang menjadikannya tercampak jauh dari-Nya iaitu dengan mengerjakan hal-hal yang diharamkan, yang maksiat, yang bid’ah, yang syirik serta seumpamanya.

Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam sebuah hadis qudsi:

مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ: كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ

“Sesiapa yang menyakiti wali-Ku (kekasih-Ku), maka Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidak ada sesuatu yang dilakukan oleh hamba-Ku untuk mendekatkan diri kepada-Ku yang lebih Aku sukai dari dari sesuatu yang telah Aku wajibkan atasnya. Dan tidak henti-hentinya seseorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amal-amal sunnah sehinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, maka Aku akan menjadi pendengaran yang ia mendengar dengannya, penglihatan yang ia melihat dengannya, tangan yang ia memukul dengannya, dan kaki yang ia berjalan dengannya. Jika ia meminta, maka Aku akan memberinya. Dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku, maka Aku akan memberikan perlindungan kepadanya.” (Shahih al-Bukhari, Bab: Tawadhu’, no. 6502)

Apabila hati seseorang telah terpenuhi dengan tauhid yang benar dan sempurna, maka tidak akan tersisa lagi di dalam hatinya kecintaan kepada selain Allah, tiada lagi rasa nikmat melainkan dengan melaksanakan apa-apa yang dicintai oleh Allah, dan kebenciannya adalah terhadap apa-apa yang dibenci oleh Allah.

Apabila ini terealisasi, maka seluruh tubuhnya akan bergerak untuk mentaati Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hatinya tidak akan tersibukkan melainkan untuk mengerjakan sesuatu yang mendatangkan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di dalam hatinya sangat dekat dan selalu mengingat Allah.

Apabila hati terpenuhi dengan rasa cinta terhadap Allah, maka tidak ada lagi ruang untuk selain-Nya. Hawa nafsu pun mampu ditundukkan menuruti apa yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dengan itu, dia pun tidak akan berkata-kata melainkan dengan apa-apa yang baik. Dia tidak akan berjalan melainkan untuk sesuatu yang diredhai Allah. Jika dia mendengar, dia akan mendengar apa-apa yang dapat menambah kecintaan terhadap Allah. Jika dia melihat, maka dia akan melihat sesuatu yang dibenarkan, dan jika dia memukul, maka dia akan memukul di jalan yang benar.

Ikuti Buku Ini

InsyaAllah, melalui ini Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) mengajak para pembaca menyelami hakikat kewalian dengan lebih dalam lagi. Menyingkap rahsia hakikat para wali Allah, siapa mereka, hakikat kewujudan dan bukti-bukti karomah para wali serta bentuk-bentuk atau contoh-contohnya di dalam nash dan riwayat-riwayat sahih dari kalangan salaf, perbezaan wali Allah dengan wali Syaithon, karomah yang benar dengan karomah syaithaniyyah, apakah setiap wali harus dengan karomah, apakah tujuan pengabdian kepada Allah adalah mencapai maqam karomah, dan pastinya banyak lagi dikupas oleh penulis di dalam buku ini. Selamat menelaah dengan tenang, jiwa yang lapang, walaupun kandungannya penuh mendebarkan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net