Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Aqidah Yang Membawa Ke Syurga

Aqidah Yang Membawa Ke Syurga
Aqidah Yang Membawa Ke Syurga Aqidah Yang Membawa Ke Syurga Aqidah Yang Membawa Ke Syurga Aqidah Yang Membawa Ke Syurga Aqidah Yang Membawa Ke Syurga Aqidah Yang Membawa Ke Syurga Aqidah Yang Membawa Ke Syurga Aqidah Yang Membawa Ke Syurga Aqidah Yang Membawa Ke Syurga Aqidah Yang Membawa Ke Syurga
Terbitan: Karya Bestari (Shah Alam)
Product Code: Karya Bestari (9/2)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.4 x 16.8 x 2.3

ISBN: 9789678604604
Availability: Out Of Stock
Price: RM26.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Aqidah Yang Membawa Ke Syurga | Judul Asal (‘Arab): ‘Aqidatu As-Salaf wa Ashabil Hadits | Penulis/Penyusun: Abu ‘Utsman Ismail bin Abd Al-Rahman Ash-Shabuni rahimahullah (Wafat: 449H) | Tahqiq/Takhrij: Abid bin Muhammad Noor | Penterjemah: Abid bin Muhammad Noor | Penerbit: Karya Bestari (Selangor) | Berat: 642g | Muka Surat: 383 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.4cm (tinggi) x 16.8cm (lebar) x 2.3cm (tebal) | ISBN: 978-967-8604-60-4 |


Al-Imam Al-Hafiz Abu ‘Utsman Ismail bin ‘Abd Al-Rahman Ash-Shabuni Asy-Syafi’i adalah seorang Syaikhul Islam (373H-449H), lahir di Busyanj, sekitar Harat pada pertengahan bulan Jumada Al-Akhirah tahun 373H. Bapa beliau Abu Nahr ‘Abd Al-Rahman seorang ‘alim dan pendakwah yang hebat sehingga dibunuh kerana mempertahankan mazhab Ahlus Sunnah.

Beliau merupakan tokoh ulama yang gigih menuntut ilmu, menjadi wa’iz ketika berumur 10 tahun. Majlis beliau dihadiri oleh tokoh ulama pada masa itu. Di antara guru-guru yang mendidik dan mengasuh beliau adalah Al-Imam Sahl ibn Muhammad Al-Sa’luki, Al-Imam Abu Ishaq Al-Isfirayini, Al-Imam Abu Bakr Ibn Furak. Ash-Shabuni sangat cerdik, serta fasih berbahasa ‘Arab dan juga Parsi.

Beliau mendengar hadis di Naisabur, Sarakhs, Harat, Syam, Hijaz, dan Jibal. Ash-Shabuni sangat memuliakan hadis. Setiap matan hadis dihafaz beserta sanad-sanadnya dan beliau tidak mengajar hadis melainkan dalam keadaan bersuci.

Menurut Al-Imam Adz-Dzahabi, beliau mengambil hadis daripada Abu Sa’id ‘Abdullah ibn Muhammad, Abu Bakar bin Mihran, Abu Muhammad Al-Mikhladi, Abu Tahir ibn Khuzaimah, Abu Al-Husayn Al-Khaffaf, ‘Abd Al-Rahman Abi Shurayh, Zahir ibn Ahmad Al-Faqih dan para ulama sezaman dengan mereka. Di antara tokoh yang meriwayatkan hadis daripada beliau pula adalah Al-Kattani, ‘Ali Husayn Sasra, Naja ibn Ahmad, Abu Al-Qasim ibn Abi Al-‘Ala’, Al-Baihaqi, anaknya ‘Abd Al-Rahman ibn Ismail dan ramai lagi, manakala yang terakhir adalah Muhammad Fadl Al-Farawi. (lihat: Siyar A’lam An-Nubala’, 18/41)

Beliau adalah pedang sunnah, penghancur bid’ah. Ketokohan beliau dalam tafsir ditulis oleh As-Suyuthi dan Ad-Dawudi dalam Tabaqat Al-Mufassirin.

Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) berkata:

“Beliau adalah Syaikhul Islam sejati, dan imam kaum muslimin yang sebenar-benarnya.”

Abu ‘Abdillah Al-Maliki berkata:

“Abu ‘Utsman disaksikan oleh tokoh-tokoh ulama’ sebagai sempurna dalam hafazan (hadis-hadis) dan tafsir.”

Al-Hafiz ‘Abd Ghafir berkata:

“Seorang ‘ulama yang unggul di zamannya, syaikhul Islam, mufassir (ulama tafsir), muhaddits (ahli hadis), wa’iz, tokoh besar, berdakwah mengajarkan agama selama 70 tahun, solat di masjid selama 20 tahun, seorang hafiz hadis, banyak mendengar hadis dan menulis,...”

Abu Thahir As-Silafi berkata, Ash-Shabuni wafat setelah pulang dari haji pada 4 Muharram tahun 449H dan jenazah beliau disolatkan oleh anaknya, Abu Bakr. Buku ini asalnya ditulis dalam bentuk riwayat beserta sanad-sanad Ash-Shabuni seperti penulisan kitab-kitab hadis. Namun dalam terjemahan ini sanad-sanad tersebut tidak disertakan untuk meringkaskan dan memudahkan.

Kelebihan buku ‘Aqidah Salaf karya Ash-Shabuni

Penulis buku ini merupakan seorang imam, hafiz hadis, mufassir, bermazhab Asy-Syafi’i, seorang salafi (pendukung manhaj salaf), pejuang sunnah, pemancung bid’ah.

Buku ini ringkas dan mudah difahami, mengikuti manhaj ahli sunnah dan Ahli Hadis, bersih dari kebingungan falsafah ‘aqliyyah, debat dan kalam.

Kitab ‘Aqidatus Salaf wa Ash-habul Hadits ini adalah salah satu di antara kitab-kitab klasik yang menyentuh atau menggariskan prinsip-prinsip utama lagi asas aqidah ahli Sunnah wal-jama’ah. Memberikan gambaran penting kepada para pembaca sekitar persoalan manhaj dan aqidah yang benar. Menjadi pembeza di antara  manhaj aqidah yang benar dengan aqidah yang bathil, iaitu antara aqidah ahli sunnah dengan aqidah para ahli bid’ah!

termasuk jajaran kitab-kitab yang amat penting untuk dimiliki setiap penuntut ilmu dan para individu ahli sunnah yang komited terhadap manhaj, aqidah yang haq, dan para ulamanya.

Kalaulah tidak ditelusuri, tidak dibaca dan difahami kitab-kitab karya ulama teladan ini, bagaimana akan dapat kita membezakan di antara aqidah ahli sunnah yang tulen dengan kepelbagaian aqidah menyimpang lainnya yang banyak berlegar di sekeliling kita hari ini? Bagaimana akan dapat kita bezakan di antara aqidah ahli sunnah dengan muktazilah, khawarij, syi’ah, qadariyah, sufi, dan sebagainya dari kalangan firqah-firqah menyimpang yang menyamar sebagai pejuang kebenaran? Sedangkan aqidah-aqidah menyimpang tersebut tetap wujud sehingga hari ini dengan kepelbagaian jenama-jenama mempersona yang pelbagai.

Oleh itu, tidak dapat tidak, kita perlu berpedoman dengan petunjuk para ulama agar tidak tertipu dan terpedaya, terutamanya para ulama generasi awal, yang telah jauh lebih awal dan telah faham benar dalam mengenal tipu-daya serta makar kaum sesat. Apatah lagi banyaknya kumpulan-kumpulan sesat pada hari ini mengaku sebagai ahli sunnah dan konon sebagai pembawa kebenaran! Dan tokoh-tokoh penyesat juga turut dinobat sebagai ulama pada hari ini oleh kebanyakan masyarakat yang jahil terhadap hakikat ilmu yg benar.

Maka, saksikanlah penghujahan dan bantahan ke atas aqidah-aqidah bathil yang banyak berlegar pada hari ini. Yang mana bantahan dan penghujahannya telah datang semenjak 1400 tahun yang lalu semenjak datang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kemudian ditegaskan lagi oleh para ulamanya, yang antaranya adalah Al-Imam Abu ‘Utsman Ismail bin ‘Abdurrahman Ash-Shobuni rahimahullah (Wafat: 449H). Maka, manfaatkanlah dan janganlah lepaskan peluang untuk menela’ah sekaligus mengambil ilmu darinya...

Tujuan kehidupan,

Tiada sebab lain Allah menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri mereka kepada-Nya yakni mentauhidkan-Nya, menyembah-Nya, mengenali-Nya serta menyakini nama-nama-Nya dan Sifat-sifat-Nya Yang Maha Tinggi, sifat uluhiyyah-Nya, rububiyyah-Nya dan hakimiyyah-Nya, menegakkan syari’at-Nya di muka bumi, merujuk kepada-Nya dalam segala urusan dan dalam apa jua masalah yang muncul.

Mentauhidkan Rabb adalah mengiktiraf bahawa Allah adalah Rabb (pengurus/pentadbir) dan pencipta alam ini. Ini juga diperakui oleh kaum kafir kecuali golongan zindiq yang sombong yang menafikan kewujudan Tuhan.

Tauhidullaah ialah melaksanakan setiap ibadah yang disyari’atkan semata-mata kepada Allah dan kerana Allah seperti doa, solat, isti’anah (memohon pertolongan), taat, menyembelih korban, nazar dan lain-lain. Juga bermakna mengifradkan Allah dalam doa (yakni berdoa hanya kepada Allah semata-mata), berhukum dengan kitab-Nya dan berpegang-teguh kepada syariat-Nya. Ini semua termasuk makna ibadah. Firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ (56)

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk mengabdikan Aku (yakni beriman, beribadah, dan mentauhidkan Allah). “( Surah Adz-Dzariyat, 51: 56)

Tauhid Al-Asma’ wa As-Sifat adalah beriman dengan semua nama dan sifat-sifat dalam Al-Kitab dan hadis-hadis sahih sebagaimana yang Allah sifatkan diri-Nya dengannya dan sebagaimana yang Rasul-Nya sifatkan dengan makna haqiqi tanpa ta’wil, takyif, tamthil dan tanpa tafwidh seperti istiwa’, nuzul, yad, maji, dan lain-lain sifat. Wajib mentafsirkannya dengan tafsiran salaf misalnya istiwa’ yang tsabit tafsirannya daripada tabi’in seperti dalam Shahih Al-Bukhari dengan makna ‘uluww dan irtifa’ yang layak dengan keagungan-Nya dan tanpa menyamakan istiwa’nya makhluk.

Allah mencipta alam ini semata-mata agar manusia mengenal-Nya dan menyembah-Nya, mengenal nama-nama-Nya dan Sifat-sifat-Nya, khususnya nama Al-Qadir (Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu) dan Al-‘Alim yakni (ilmu-Nya) di setiap tempat (Surah Ath-Thalaq 65: 12). Dan adalah Dia Maha Tinggi di atas ‘Arasy. Allah berfirman:

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا (12)

“Allah yang telah menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus-menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.” (Surah Ath-Thalaq, 65: 12)

Menunjukkan bahawa mengenal dan mengimani nama-nama Allah dan Sifat-sifat-Nya termasuk sebesar-besar ibadah dan kewajipan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ (172)

“… Bukankah Aku Rabb kamu? Mereka berkata; bahkan Kami menyaksikan ke-Tuhanan-Mu…” (Surah Al-‘Araf, 7: 172)

Allah berfirman:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا (65)

“Maka demi Rabb-mu, mereka tidak dikira beriman sehingga mereka berhukum kepadamu dalam segala perkara yang muncul di kalangan mereka...”(Surah An-Nisaa’, 4: 65)

Daripada ayat-ayat ini, ulama’ menyatakan bahawa ilmu tauhid adalah ilmu yang paling agung dan utama. Ini adalah sahih, tetapi ilmu tauhid haqiqi bukanlah ilmu kalam yang muncul di generasi kemudian yang jauh dari inti dasar tauhid, jawhar iman dan haqiqat keyakinan kerana ilmu kalam bercampur-aduk dengan falsafah Yunani dan jauh daripada manhaj Al-Qur’an yang berbicara kepada aqal dan perasaan, yang bergantung kepada ayat-ayat Allah di afaq dan anfus.

Ibadah atau tauhid adalah mengikhlaskan ‘ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah, menjauhi segala bentuk syirik, menegakkan solat (menurut disiplin-disiplinya), mengeluarkan zakat, beragama dengan din al-qayyimah iaitu agama yang lurus, berhaji, ‘umrah, nazar, serta menyembelih korban hanya kerana Allah, hidup dan mati hanya untuk Allah, mencintai-Nya dengan kecintaan yang paling tinggi dan merindui-Nya serta bersedia menemui-Nya!

Ayuh, sama-sama kita fahami kitab ini dan menuai manfaat berharga.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net