Judul: Perusak-perusak Akidah | Judul Asal (‘Arab): Al-Kalimaat An-Naafi’ah fil Akhtha’i Asy-Syaa-i’ah | Penulis: Asy-Syaikh Wahib ‘Abdussalam Bali | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Pustaka Inabah | Penterjemah: Beni Sarbeni| Berat: 130gram | Muka Surat: 128 m/s., (Soft cover) | Ukuran: 17.5(Tinggi)x12.6(Lebar)x0.7(Tebal)cm |
Ibarat sebuah bangunan, aqidah merupakan landasan paling asas bagi seorang muslim yang mengimani ketauhidan kepada Allah Rabb semesta alam. Oleh kerana itu, Allah telah janjikan sebuah nikmat yang besar bagi siapa saja yang memiliki aqidah yang kuat dan lurus; bermula dari terbebasnya penghambaan sesama manusia sampailah meraih nikmat-Nya yang tertinggi berupa Syurga.
Akan tetapi, bukanlah hal yang mudah untuk membangun aqidah yang kuat di dalam diri, kerana banyak dugaan dan ujian yang selalu datang silih-berganti. Tahayyul, khurafat, bid’ah bahkan kesyirikan selalu mewarnai ketauhidan seorang hamba jika ia tidak mengenal noda-noda yang mengotori ketauhidannya.
Sahabat Nabi yang mulia, Hudzaifah Ibnul Yaman radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Dahulu orang-orang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang kebaikan, sementara aku justeru bertanya tentang keburukan kepada beliau, kerana aku takut keburukan tersebut menimpaku.” (lihat: Shahih Al-Bukhari dan Muslim)
Ya, rasa takut inilah yang harus kita tanamkan sekarang, kerana ketauhidan kepada Allah tidak akan bernilai pa-apa jika dicampur-adukkan dengan amalan-amalan yang bathil, lebih-lebih lagi amalan yang berupa kesyirikan.
Buku ini menyajikan sekitar 80 bentuk perosak aqidah yang banyak dilakukan oleh kaum muslimin. Penulis tidak hanya menyebutkan dan menjelaskan keburukan dan kerosakan yang ditimbulkan terhadap aqidah muslim, tetapi beliau juga menguatkan penjelasannya dengan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah selain memberi solusi dan jalan keluar menurut petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Semoga bermanfaat.