Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Asma'ul Husna

Fikih Asma'ul Husna
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah (7/6)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM64.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Asma’ul Husna | Judul Asal (‘Arab): Fiqhul Asmaa’il Husna | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. ‘Abdurrazzaq bin ‘Abdul Muhsin Al-Badr | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Syarah & Penjelasan: Penulis | Penterjemah: - | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 585m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24cm (tinggi) x 15.8cm (lebar) x 3.95cm (tebal) | ISBN: - |


Sesungguhnya memahami nama-nama Allah yang baik (Asma’ul Husna) adalah merupakan pintu ilmu yang mulia, malah ianya termasuk al-Fiqh al-Akbar (fikih yang paling agung) dan paling utama.
 
Mempelajari Asma al-Husna merupakan usaha termulia yang dilakukan oleh setiap jiwa dan sebaik-baiknya apa yang diraih oleh orang-orang yang memiliki petunjuk. Ilmu ini merupakan asas dan jalan menuju Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kerana dengan mengenali nama-nama-Nya-lah kita mengenali Allah.
 
Sebagaimana bangunan memiliki tunjang dan sendi, maka sendi agama ini adalah iman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kepada nama-nama serta sifat-sifat-Nya. Jika tunjang ini kuat, maka ia akan mampu menopang bangunannya serta isi-isinya dengan kuat dan kukuh serta selamat dari pelbagai bentuk gegaran dan rintangan.
 
Di dalam memahami Asma’ul Husna, di sana terdapat kaedah-kaedahnya yang perlu difahami. Perkara inilah antara yang dibahaskan melalui buku ini berpandukan kepada kefahaman para ulama ahlus sunnah wal-Jama’ah generasi awal.
 
Secara ringkasnya, melalui buku ini, penulis berusaha membahaskan setiap persoalan yang berkaitan dengan Asma’ul Husna dengan terperinci dan jelas. Penulis memulakannya dengan membentangkan kepentingan ilmu dan memahami Asma’ul Husna, kaedah-kaedah memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah, dan seterusnya penulis membahaskan nama-nama yang sahih daripada nash al-Qur’an dan as-Sunnah satu demi satu secara terperinci dari segi sebutan, maksud dan cara memahami. Serta bagaimanakah cara kita bersikap terhadap nama-nama tersebut.
 
Semoga buku ini memberikan manfaat kepada kita semua...

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net