Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Mughni karya Imam Ibnu Qudamah (Edisi Lengkap 16 Jilid)

Al-Mughni karya Imam Ibnu Qudamah (Edisi Lengkap 16 Jilid)
Al-Mughni karya Imam Ibnu Qudamah (Edisi Lengkap 16 Jilid) Al-Mughni karya Imam Ibnu Qudamah (Edisi Lengkap 16 Jilid) Al-Mughni karya Imam Ibnu Qudamah (Edisi Lengkap 16 Jilid)
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 36

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM1,600.00 RM1,250.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Mughni | Judul Asal ('Arab): Al-Mughni Syarh Mukhtashar al-Khiraqi li Ibn Qudamah | Penulis: Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi rahimahullah (Wafat: 629H) | Tahqiq: Dr. M. Syarafuddin Khathab, Dr. Sayyid Muhammad Sayyid, dan Prof. Sayyid Ibrahim Shadiq | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 23kg | Muka Surat: 16 Jilid lengkap.


Kitab Al-Mughni karya Ibnu Qudamah rahimahullah ini adalah di antara deretan khazanah agung ahli sunnah wal-jama'ah dalam bidang perbahasan fiqh Islam. Ia membawa method perbahasan fiqh perbandingan (muqorran) antara mazhab dengan menjadikan mazhab fiqh Imam Ahmad B. Hanbal sebagai keutamaan, di mana ia dilahirkan dari kalangan kelompok mazhab Imam Ahmad B. Hanbal. Dan asalnya memang ia mensyarahkan apa yang disimpulkan oleh tokoh mazhab Ahmad B. Hanbal, imam Abal Qasim 'Umar B. al-Hisain al-Khiraqi rahimahullah.
 
Kitab ini sebaris dengan deretan karya-karya fiqh muqarran (perbandingan) lainnya. Beliau mengemukakan perbahasan-perbahasan fiqh antara mazhab, dalil-dalilnya, dan kemudian menjelaskan kesimpulan yang paling tepat berdasarkan ijtihad beliau.
 
Beliau juga turut mengemukakan perbezaan pendapat yang berlaku dan berkembang di kalangan para ulama madzab Hanbali dalam pelbagai masalah berserta hujah-hujah dalilnya. Kemudian beliau bandingkan dengan pendapat-pendapat dari kalangan ulama mazhab yang lain sama ada mazhab Malik, Abu Hanifah, asy-Syafi'i, termasuklah beberapa mazhab para ulama yang jarang diketahui seperti mazhab Imam al-Hasan al-Basri, Atha', Sufyan at-Tsauri, serta beberapa yang lain. Termasuk juga di dalamnya mazhab para sahabat dan para tabi'in.
 
Tanpa dapat disangsikan lagi, bahawa Kitab al-Mughni ini adalah merupakan termasuk di antara ensiklopedi fiqh Islam dari zaman salaf yang terbaik yang telah disusun dalam format fiqh perbandingan yang mana pada ketika itu kitab-kitab seperti ini masih begitu jarang ditemui.
 
Oleh kerana itu, para ulama yang berasal dari pelbagai mazhab pun memandang kitab ini dengan pandangan penuh penghargaan, penelitian, dan dianggap sebagai salah satu rujukan ulung dalam bidangnya. Ini sekaligus memberi sumbangan berharga dalam menangani pelbagai isu-isu fanatik kepuakan dan mazhab.
 
Sebagaimana kitab-kitab fiqh lainnya, kitab ini dimulakan dengan perbahasan fiqh thaharah, wudhu', mandi, solat, solat-solat sunnah, pengurusan jenazah, haji dan umrah, zakat, puasa, sehinggalah kepada perbahasan-perbahasan lainnya yang lebih terperinci dalam pelbagai cabang fiqh seperti sembelihan, buruan, pernikahan (dan munakahat), kekeluargaan, mu'amalah, jual beli, wasiat, luqatah, hutang pituang, jihad, peperangan, jihad, pemerintahan, politik, dan banyak lagi yang lainnya.
 
Pujian Ulama Terhadab Ibnu Qudamah dan karya beliau, Al-Mughni
 
Imam Ibnu Muflih rahimahullah (Wafat: 763H) berkata, Muwaffaquddin Ibnu Qudamah telah menyibukkan dirinya bagi tujuan menyusun sebuah kitab tentang Islam. Cita-cita beliau tersebut pun tercapai. Kitab beliau ini merupakan kitab yang sangat bagus dalam mazhab Hanbali. Beliau telah berjaya menyusun kitab tersebut dan telah melakukannya dengan baik sekali. Kitab beliau telah menghiasi Mazhab Hanbali dan telah dibaca oleh banyak orang (para ilmuan) di hadapannya. (lihat: Mukaddimah Pentahqiq)
 
Pengarang kitab Al-Wafi bi al-Wafayat, iaitu Imam Sholahuddin Shofdi rahimahullah (Wafat: 764H) mengatakan:
 
Beliau (Ibnu Qudamah) adalah orang nombor satu pada masanya. Beliau adalah imam yang sangat menguasai ilmu khilaf (perbezaan pendapat di kalangan ulama dan mazhab), Fara'idh, ushul fiqh, fiqh, nahwu, hisab, serta astronomi dan al-manak. Dalam tempoh masa tertentu, beliau telah menjadikan orang ramai ketika itu sibuk untuk mengkaji kitab al-Khiraqi, al-Hidayah, dan kemudian kitab Mukhtashar al-Hidayah. Setelah itu, beliau menjadikan orang ramai sibuk pula untuk mengkaji (mendalami) kitab-kitab hasil tulisannya. (lihat: Mukaddimah Pentahqiq)

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net