Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Praktis Madzhab Syafi’i (Matan Abi Syuja')

Fikih Praktis Madzhab Syafi’i (Matan Abi Syuja')
Terbitan: Al-Wafi Publishing
Product Code: Kuttab Publishing
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 14 x 1.4

ISBN: 9789791256346
Availability: In Stock
Price: RM17.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Praktis Madzhab Syafi’i | Judul Asal (‘Arab): Matan Abi Syuja’ | Penulis/Penyusun: Al-Imam Abu Syuja’ Ahmad bin Husain bin Ahmad Al-Ashfahani rahimahullah (Wafat: 593H) | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: D. A Pakihsati | Penerbit: Kutib Publishing | Berat: 195g | Muka Surat: 352 m/s (Soft cover) | Ukuran buku: 14.5 cm (tinggi) x 11.1 cm (lebar) x 1.7 cm (tebal) | ISBN:  978-602-8171-09-0 |


Ini adalah kitab Al-Ghoyah wat-Taqriib yang sangat tersohor dengan nama Matan Abu Syuja’ (atau turut juga dikenal dengan matan Al-Ghoyah) Karya Al-Imam Abu Syuja’ Ahmad bin Al-Husain Al-Ashfahani rahimahullah, sebuah ringkasan fiqih dalam mazhab Asy-Syafi’i yang menjadi pegangan ulama dan penuntut ilmu dari masa penulis (Abu Syuja’) hingga ke saat ini.

Keindahan susunan buku dan ketelitian bahasa penulis dalam membentangkan perbahasan-perbahasan fiqih sangatlah dipuji oleh para ulama sehingga sukar sekali untuk dihitung pelbagai tulisan ulama dalam mazhab Syafi’i yang menghurai dan mensyarah  Matan Abu Syuja’ ini, (kerana terlalu ramai). Dan di antara yang masyhur darinya adalah Kitab Kifayatul Akhyar dan Al-Iqna’. Sekaligus dari sini membuktikan betapa penting dan bermanfaatnya kitab ini dalam bidang fiqh kaum muslimin, khasnya dalam kalangan mazhab Asy-Syafi'i.

Di antara ulama ada yang mensyarah Matan Abi Syuja’, ada pula yang menyusun kembali kandungan matan tersebut dalam bentuk bait-bait sya’ir. Bahkan, syarah dan bait-bait sya’ir tersebut kembali pula dijelaskan (dihurai) oleh ulama lainnya pula.

Sebagaimana kitab-kitab dan perbahasan fiqh umumnya, kitab dan syarah ini berisikan dengan perbahasan dari asas-asas fiqh Islam (mengikuti tema susunan fiqh Asy-Syafi’i) seperti thaharah (bersuci), solat, puasa, zakat, haji, jual-beli, faraidh, nikah, kekeluargan, jinayah, hudud, jihad, buruan, sembelihan, korban, makan dan minum, fiqh musabaqah (pertandingan), sumpah dan nadzar, qadha dan persaksian, pembebasan hamba, dan selainnya menurut sunnah dan mazhab Syafi’i.

Biografi ringkas Al-Imam Abu Syuja’

Beliau adalah Al-Qaadhi Syihaabuddin Ahmad bin Al-Husain bin Ahmad Al-Ashfahani Al-‘Abbaadaani Asy-Syaafi’i. Kun-yah (gelaran) beliau masyhur disebut sebagai Abu Syujaa’. Beliau juga disebut dengan kun-yah (gelaran) Abuth-Thayyib. Beliau lahir di Bashrah pada tahun 433H.

Beliau adalah seorang imam yang zuhud dan ahli ibadah, dikenal dengan keilmuan dan kesolehan agama pada masanya.

Beliau tidaklah keluar dari rumah melainkan untuk menunaikan solat. Beliau memenuhi masanya dengan bacaan Al-Qur’an. Beliau dikenal dengan orang yang sentiasa menyuarakan kebenaran dan tidak takut terhadap celaan para pencela.

Beliau mengajarkan fiqh mazhab Asy-Syafi’i di Bashrah selama lebih dari empat puluh (40) tahun. Kemudian beliau bermukim di Madinah dan berkhidmat untuk masjid Nabawi sampailah meninggal dunia pada tahun 593H.

Beliau hidup selama seratus enam puluh (160) tahun dalam keadaan seluruh anggota tubuh beliau sentiasa baik terjaga. Dan beliau mengatakan:

“Aku tidaklah pernah bermaksiat kepada Allah dengan anggota tubuh apapun. Demikian aku menjaga anggota tubuh dari maksiat semenjak kecil, maka Allah pun menjaganya pada masa tua.”

Tidaklah diketahui ada karya tulis beliau melainkan kitab ini (Matan Abu Syuja’) dan sebuah syarah yang beliau tulis untuk kitab Al-Iqnaa’ karya Al-Maawardi. Dan Subhanallah, dengan kitab inilah nama beliau terus harum dan dikenal oleh kaum muslimin setelahnya sampai saat ini. Semoga Allah merahmati beliau.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net