Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah-kisah Akhir Zaman Untuk Anak Islam

Kisah-kisah Akhir Zaman Untuk Anak Islam
Terbitan: At-Tuqa
Product Code: At-Tuqa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.9 x 14 x 0.25

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM9.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah-kisah Akhir Zaman Untuk Anak Islam | Penulis: Abu Ya’la | Penerbit: At-Tuqa | Berat: 170g | Muka Surat: 39m/s (Soft Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Adik-adik hafidzakumullaah (semoga Allah menjaga kalian), bagaimana khabar adik-adik?

Mudah-mudahan Allah berikan kepada adik-adik semua kesihatan, kebaikan, rahmat-Nya, dan taufiq-Nya. Melalui buku ini, kami berusaha untuk mengisahkan tentang tanda-tanda akhir zaman, iaitu tanda-tanda Kiamat Kubra (tanda-tanda besar datangnya Kiamat).

Akan tetapi adik-adik rahimakumullaah, sebelum kami mula menjelaskan tanda-tanda besar Kiamat tersebut, terlebih dahulu kita mengetahui bahawa salah satu dari enam rukun iman adalah beriman terhadap hari akhir (Kiamat). Dan sebelum datangnya hari Kiamat tersebut, Allah Ta’ala akan tunjukkan tanda-tandanya. Ini adalah dalam rangka peringatan bagi kita semua agar lebih terdorong bersiap dengan amal-amal yang soleh dan memperbanyakkan taubat kepada Allah Ta’ala.

Maka dengan itu, dalam rangka menambah keyakinan kita dan pengetahuan kita terhadap hal tersebut, perlu bagi kita memahami dan mengetahui asas-asas hal tersebut.

Di antara asas-asasnya adalah:

1, Wajib beriman dengan perkara ghaib sebagaimana dikhabarkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah.

2, Wajib bagi kita beriman terhadap setiap khabar yang benar yang datang dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Dan ketahuilah adik-adik, sesungguhnya Rasulullah Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

“Sesungguhnya tidak akan terjadi hari Kiamat sampailah kalian melihat sebelumnya 10 tanda, iaitu munculnya asal, dajjal, dabbah (haiwan melata yang dapat berbicara), terbitnya matahari dari arah barat, turunnya ‘Isa bin Maryam, munculnya Ya’juj dan Ma’juj, tiga penenggelaman (iaitu) penenggelaman di timur, di barat, dan di jazirah ‘Arab, dan yang terakhir dari tanda-tanda tersebut adalah munculnya api yang akan keluar dari Yaman yang akan menggiring manusia ke tempat mereka dikumpulkan.” (Shahih Muslim, no. 2901)

Rasulullah Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda:

“Al-Mahdi akan keluar pada akhir ummatku. Allah akan menurunkan hujan kepadanya, bumi akan mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, dia akan membahagikan harta dengan adil, binatang ternak menjadi banyak, ummat menjadi mulia, dia akan hidup (berkuasa) selama tujuh tahun atau lapan tahun.” (Al-Mustadrak Al-Hakim, no. 8673)

Dari itu adik-adik, demikianlah. Mudah bukan. Ikutilah kisah-kisah dan penjelasan seterusnya, seperti apa itu dajjal, Ya’juj dan ma’juj, siapa ‘Isa, siapa dia Al-Mahdi, dari mana munculnya dabbah, dan yang lainnya. InsyaAllah semoga kita dapat sama-sama memahami dan mengimani dengan baik sebahagian dari perkara aqidah muslim yang penting ini. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net