Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Hidup di Akhir Zaman

Panduan Hidup di Akhir Zaman
Terbitan: Naashirus Sunnah
Product Code: Nashirussunnah (10(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 14 x 0.6

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Hidup di Akhir Zaman | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Yahya Badru Salam | Penerbit: Nashirussunnah | Berat: 0.2kg | Muka Surat: 110 m/s.


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan kejadian-kejadian yang akan menimpa ummatnya di akhir zaman. Di antara kejadian yang akan menimpa tersebut adalah terjadinya fitnah (musibah-musibah besar) yang bergelombang, tersebarnya kebodohan dalam agama, berleluasanya syirik dan bid’ah, banyaknya penceramah dan orang yang mahu bercakap atau bersuara, namun ulama (orang berilmu) berkurang, ramai pula pendustanya, dan bermacam-macam lagi.

Namun, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga telah memberikan panduan untuk orang yang hidup di akhir zaman agar selamat dan menyelamatkan diri dari pelbagai macam fitnah dan musibah yang mendera. Panduan tersebut antaranya seperti menuntut ilmu Allah, merujuk para ulama jika menghadapi suatu masalah, beristiqamah sama ada dalam beribadah ataupun dalam meninggalkan maksiat, dan sebagainya.

Meskipun banyak kejadian yang bersifat negatif menimpa umat Islam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga telah mengkhabarkan berita yang menggembirakan hati dan melapangkan dada kaum muslimin di akhir zaman iaitu dengan kemenangan besar yang akan diraih kaum muslimin, di mana kejayaan Islam akan diraih kembali sebagaimana yang tercantum dalam Surah At-Taubah di ayat 33.

Selain itu pahala yang berlipat ganda akan diberikan bagi mereka yang sentiasa berpegang-teguh kepada sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di akhir zaman tesebut.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net