Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Wakaf, Hibah dan Wasiat

Panduan Wakaf, Hibah dan Wasiat
Panduan Wakaf, Hibah dan Wasiat
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM32.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Wakaf, Hibah dan Wasiat | Judul Asal ('Arab): Asy-Syarhul-Mumti', Kitab al-Waqf wal-Hibah wal-Wasiyat | Penulis: Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin | Penerbit: Pustaka Imam asy-Syafi'i | Berat: 680g | Muka Surat: 327m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Di antara jalan-jalan kebaikan yang Allah sediakan bagi manusia adalah bersedekah di jalan-Nya dengan harta yang dia cintai kepada orang lain. Sedekah seperti ini amat dianjurkan oleh agama, bahkan menjadi sebahagian dari syarat meraih kebaikan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
 
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah maha Mengetahuinya." (Surah Ali 'Imran, 3: 92)
 
Kebaikan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah berupa Syurga atau apa jua bentuk kebaikan secara umum dari Allah subhanahuw a Ta'ala.
 
Dalam Islam, sedekah dibahagikan kepada dua jenis, iaitu sedekah wajib dan sedekah sunnah. Di antara sedekah yang sunnah adalah wakaf, hibah, dan wasiat. Ketiga-tiga jenis sedekah ini memiliki pengertian dan aturan tersendiri.
 
Untuk memahami maksud setiap satunya berserta dengan kaedah-kaedahnya, maka perbahasannya ada di dalam buku ini.
 
Tidak banyak buku yang beredar di kalangan ummat Islam hari ini yang membicarakan persoalan wakaf, hibah, dan wasiat. Padahal permasalahan ini tidak kurang pentingnya untuk diketahui oleh umat Islam dengan baik. Lebih-lebih lagi pada akhir-akhir ini, bangkitnya kesedaran umat Islam terhadap amalan wakaf, hibah, serta mewasiatkan sebahagian hartanya di jalan Allah Ta'ala. Cumanya, masih ramai yang tidak mengerti hakikat, adab, aturan, tata cara, dan perincian antara ketiga-tiga bentuk amalan sunnah ini dengan baik. Tidak kurang ramai yang melakukannya hanya sekadar ilmu yang samar-samar. Manakala sebahagian lagi langsung tidak ambil pusing berkenaan dengannya kerana tidak terdedah dengan maklumat berkaitannya sama sekali.
 
Maka buku yang ada di hadapan Anda ini menjadi buah tangan istimewa untuk umat Islam tentang perbahasan selok-belok wakaf, hibah, dan wasiat yang sangat diperlukan oleh mereka. Di dalamnya turut disertakan contoh-contoh kongkrit, sehingga mudah difahami dan dipraktikkan. Semoga kehadiran buku ini mampu menjadi panduan agar kita semua beramal di atas ilmu yang benar.
 
Buku karya Syaikh al-'Allamah Muhammad B. Soleh al-’Utsaimin ini mengupas secara tuntas mengenai wakaf, hibah, dan wasiat; serta isu-isu berkaitannya secara terperinci. Beliau turut melakukan tarjih pada beberapa pendapat yang saling berbeza (atau diperselisihkan) dan mengemukakan pendapat terkuat daripadanya. Sehingga para pembaca tidak merasa keliru dan was-was.[Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net