Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ringkasan Shahih Muslim

Ringkasan Shahih Muslim
Ringkasan Shahih Muslim Ringkasan Shahih Muslim
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM120.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ringkasan Shahih Muslim | Judul Asal ('Arab): Mukhtashar Shahih Muslim | Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1920H) | Penerbit: Pustaka As-Sunnah | Berat: 2.7kg | Muka Surat: 1587m/s. (Hard cover)


Kitab Shahih Muslim adalah salah satu dari kitab hadis yang paling sahih dalam mengumpulkan hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam setelah al-Qur'an. Imam Muslim rahimahullah sangat teliti dalam meneliti para perawi, melakukan pemilihan periwayatan, dan membandingkan antara satu-satu riwayat dengan riwayat-riwayat lainnya, meneliti susunan lafaznya dan memberikan petunjuk bila terdapat perbezaan pada lafaz-lafaz itu.
 
Dari usaha ini terhasillah sebuah kitab sahih yang menjadi rujukan bagi para pengkaji dan para ulama. Imam Muslim rahimahullah menyaring hadis-hadis yang dimasukkan dalam kitabnya itu dari ribuan hadis yang telah beliau terima atau dengar. Dia pernah berkata:
 
"Aku menyusun kitab sahih ini hasil dari 300 ribu hadis."
 
Kitab sahih ini adalah hasil dari kehidupan yang penuh berkah, yang ditulis di mana saja ia berada, sama ada dalam waktu sempit atau pun lapang. Dia mengumpulkan, menghafal, menyaring dan menulis sehingga menjadi sebuah kitab sahih yang sangat baik dan teratur. Beliau dan beberapa muridnya menyelesaikan penyusunan kitab sahihnya dalam waktu lima belas tahun. Ahmad bin Salamah rahimahullah mengatakan:
 
"Aku menulis bersama Muslim untuk menyusun kitab sahih itu selama lima belas tahun."
 
Kita tidak perlu merasa hairan apabila Imam Muslim rahimahullah sangat bangga dengan kitab sahihnya itu. Beliau pernah berkata sebagai ungkapan rasa syukur atas nikmat Allah yang diterimanya:
 
"Apabila penduduk bumi ini menulis hadis ini selama 200 tahun, maka mereka hanya berputar sekitar kitab ini saja."
 
Setelah menyusun kitab sahih itu, Imam Muslim rahimahullah memberikannya kepada para ulama hadis untuk diperiksa dan disemak. al-Khathib meriwayatkan daripada Makki bin Abdan, salah seorang hafiz dari Naisabur, beliau berkata:
 
"Aku mendengar Muslim berkata: "Aku memperlihatkan kitabku ini kepada Abu Zur'ah ar-Razi. Semua hadis yang ditunjukkan ar-Razi ada kelemahannya, aku tinggalkan. Dan semua yang dikatakan sahih, itulah yang aku tulis."
 
Itulah sikap rendah hati Imam Muslim yang tidak terpengaruh dengan hawa nafsu dan bangga atas pendapatnya sendiri.
 
Kitab Shahih Muslim tersebut kemudiannya diringkaskan oleh muhaddis (ahli hadis) Syaikh Abdul 'Adzim al-Munziri lalu disyarahkan pula oleh Syaikh Siddiq Khan rahimahullah, dan ditahqiq serta disemak oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Lalu kemudian, setelah penyemakkan dan tahqiq diselesaikan oleh beliau, tampillah pula sebuah hasil yang baru berupa kitab Mukhtashar Shahih Muslim (Ringkasan Shahih Muslim) susunan Syaikh al-Albani rahimahullah.
 
Dan beliau (Al-Albani) ketika itu menyiapkannya di ketika beliau dalam keadaan terpenjara angkara fitnah golongan tidak bertanggungjawab. Demikianlah keadaannya para ulama. Penjara hanya mampu memenjarakan batang tubuh, tetapi tidak ilmu dan sumbangannya. Penjara bukanlah sempadan yang menghentikan dakwah dan amal-amal kebaikannya buat agama dan masyarakat. Beliau tidak mengeluh mahupun memberontak, tetapi sebaliknya terus bersabar serta berbakti dan inilah antara hasilnya. Iaitu sebuah ringkasan dari hasil karya berharga milik Imam Muslim rahimahullah.
 
Buku inilah yang kemudian diterjemahkan dan diterbitkan oleh Pustaka as-Sunnah (Jakarta) dengan judul Ringkasan Shahih Muslim. Untuk memudahkan dalam mempelajarinya, buku ini dibahagikan menjadi beberapa kitab dan bab (sebagaimana asalnya), seperti kitab iman, wudhu', mandi, hadas, solat, haji/umrah, jihad, pakaian, jual-beli, dan pelbagai lagi yang selainnya. Selain itu, zakat, puasa, i'tikaf, haji, nikah dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Pada bahagian akhir, buku ini dilengkapi dengan tafsir sejumlah surah dalam al-Qur'an, dari surah al-Baqarah sehingga an-Nas. Buku ini juga dilengkapi dengan beberapa catatan kaki untuk memberikan penjelasan kepada para pembaca mengenai perkara-perkara tertentu.
 
Buku ini tampil dalam format hadrcover yang cukup menarik. Terjemahannya pun cukup mudah dibaca. Memang, buku ini dianggap sangat tebal (sekitar 1600 halaman). Namun, itu adalah disebabkan isinya yang lengkap maka ia menjadikan buku ini sebagai rujukan yang sangat penting bagi setiap umat Islam, khususnya di bidang hadis.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net