Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hijama or Oxidant Drainage Therapy (ODT)

Hijama or Oxidant Drainage Therapy (ODT)
Hijama or Oxidant Drainage Therapy (ODT)
Terbitan: Gema Insani
Product Code: Gema Insani
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.8 x 16 x 3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hijama or Oxidant Drainage Therapy (ODT) | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Azib Susiyanto, Sy. | Tahqiq: - | Penerbit: Gema Insani | Berat: 1.6kg | Muka Surat: 449 m/s. (Ensiklopedi paper, Hard cover).


Seorang tokoh barat yang telah memeluk Islam, dan merupakan penulis terkenal akhir-akhir ini dengan bukunya Art of Deception dan Rasulullah is My Doctor, iaitu Jerry D. Gray mengatakan:

“Saya pernah terkena pelbagai penyakit dan dengan hijamah (rawatan perbekaman), penyakit tersebut pun dapat disembuhkan. Oleh kerana itu, hijamah sangat penting dalam usaha menjaga kesihatan kita, Subhanallaah! Ini adalah salah satu buku yang terperinci tentang penyakit dan bagaimana hijamah digunakan untuk menghilangkan penyakit.” (Rasulullah is My Doctor)

Sakit adalah ujian Allah, baik untuk mereka yang menderitainya mahupun buat orang-orang yang berada di sekitarnya. Seorang muslim tidak boleh berputus-asa dan mengeluh terhadap kehidupannya disebabkan suatu penyakit. Jika dia sabar, iaitu betindak secara syar’i, maka dia beroleh pahala dan ganjaran yang besar dari sisi Allah. Dan termasuk anjuran syari’at, dia juga dianjurkan berubat.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

“Tidaklah Allah turunkan satu penyakit, melainkan Dia turunkan penawarnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 5678)

Dalam hadis yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila penyakit itu kena dengan ubatnya, penyakit pun akan hilang dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.” (Shahih Muslim, no. 2204. Bab: Setiap penyakit ada ubatnya, dan disukai berubat)

Dan termasuk methode rawatan penyakit bagi pesakit yang terdapat anjurannya dalam sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah hijama, atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai bekam.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

الشِّفَاءُ فِي ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ، وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ، وَكَيَّةِ نَارٍ، وَأَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الكَيِّ

“Kesembuhan itu ada pada tiga perkara: Meminum madu, tusukan alat bekam, dan kay (perubatan dengan besi panas). Namun aku melarang umat-ku dari berubat dengan kay.” (Shahih al-Bukhari, no. 5680)

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah bersabda:

خَيْرُ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ

“Sebaik-baik perubatan (perawatan) yang kalian gunakan adalah al-hijaamah (perbekaman).” (Musnad Ahmad, no. 12045. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dalam hadis yang lain, sabda beliau:

إِنَّ مِنْ خَيْرِ دَوَائِكُمُ الْحِجَامَةَ

“Sungguh dari jenis pengubatan yang baik bagi kalian adalah al-hijaamah (bekam).” (Musnad Ahmad, no. 20205)

Dari hadis-hadis ini menunjukkan adanya anjuran dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada kita agar berbekam. Ini kerana dalam hijamah (atau perbekaman) terdapat manfaat yang sangat besar bagi kesihatan dan keseimbangan sistem tubuh manusia.

Penulis (Azib Susiyanto, Sy.), seorang tokoh perbekaman dari negara jiran (Indonesia) yang cukup terkenal melalui buku ini membuktikan sebahagian manfaat-manfaat perbekaman. Telah ramai pesakit yang menderita pelbagai sakit kronik berjaya disembuhkan dengan izin Allah melalui rawatan hijamah atau perbekaman ini.

Penulis melalui buku ini menjelaskan secara medis dan saintifik hubungan di antara rawatan perbekaman dengan pelbagai jenis penyakit yang banyak dialami manusia saat ini. Ini adalah seperti stroke, darah tinggi, tekanan perasaan, migrain (sakit kepala), kanser otak, Tinitus, penyakit mata, jerawat, kanser kulit, gangguan gusi, amandel, asma, gangguan kolestrol, stroke, osteoporosis, radang saraf, herpes, psoriasis, kanser tekak, kanser atau radang ginjal, kanser rahim, kanser ovari, masalah pundi kencing, kanser payudara, kanser prostat, gangguan jantung, maag, tifus, kanser usus, kanser dan radang paru-paru, diabetis atau kencing manis, ketagihan narkotik (rokok dan dadah), dan HIV (Aids).

Satu per satu di dalam buku ini penulis jabarkan secara santai, ringkas, dan mudah difahami walaupun bagi golongan awam; tentang faktor atau penyebab penyakit, latar-belakang penyakit, simtom-simton (atau tanda-tanda) penyakit, kaedah pemeriksaan, langkah yang perlu diambil, cara rawatan, dan hubung kait penyakit dengan rawatan hijamah atau bekam, titik-titik atau kedudukan bekam berserta gambar-gambar contoh.

Semua ini penulis bentangkan melalui buku ini, dan buku ini berbahasa Melayu/Indonesia (bukan english sebagaimana terlihat dari judulnya). Buku ini dipersembahkan dalam bentuk ensiklopedi penyakit dan rawatan bekamnya, disertai gambar-gambar berwarna yang berkaitan, kualiti kertas bermutu, dan disertakan sama cadangan herba sebagai rawatan sampingan atau susulan bagi pesakit. [Sinopsis disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net