Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bebas Stroke Dengan Bekam

Bebas Stroke Dengan Bekam
Terbitan: Thibbia
Product Code: Thibbia
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19 x 15 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bebas Stroke Dengan Bekam | Penulis: Dr. Wadda A. Umar | Penerbit: Thibbia | Berat: 180g | Muka Surat: 134m/s. (Soft cover)


Stroke merupakan antara penyakit yang menyebabkan kematian terbesar di dunia ketika ini. Stroke juga mampu mengakibatkan cacat/kelumpuhan kekal ke atas para penghidapnya. Akibatnya, para penderita stroke (termasuk keluarganya) mudah mengalami stress dan keputus-asa-an. Oleh sebab itu jugalah, maka ramai yang berusaha dan mencuba pelbagai jenis kaedah rawatan yang alternatif wujud. Sehingga ada yang terjebak ke dalam bentuk-bentuk perubatan yang tidak selayaknya, tidak ilmiyah, tidak sainstifik, dan bahkan menjadikan masalah semakin kronik. Wang pula habis begitu sahaja tanpa sebarang penambah-baikan.

Oleh itu, maka buku ini pun disusun khusus untuk semua. Penulis memaparkan kaedah perubatan yang diamalkan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan juga oleh para sahabatnya, dengan harapan dapat membantu masyarakat mendapatkan metode rawatan dan perubatan yang memiliki dasar yang ilmiyah, aman, mudah, murah, dan yang terpenting jauh dari sebarang unsur-unsur syirik.

Buku ini secara khusus berusaha menjelaskan skop-skop perbahasan seperti berikut:

1, Latar belakang mengapa seseorang boleh diserang stroke.

2, Bagaimana kesan stroke terhadap tubuh.

3, Bagaimana peranan bekam dalam mengatasi stroke.

4, Langkah-langkah pembekaman untuk stroke.

5, Titik-titik bekam untuk stroke: Titik meridian, Titik bekam Nabi, dan titik bekam yang selari dengan anatomi dan fisiologi sistem saraf tubuh.

Ketahuilah bahawa dalam mengikuti sunnah itu terkandung jutaan barakah.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

خَيْرُ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ

“Sebaik-baik perubatan (perawatan) yang kalian gunakan adalah Al-Hijamah (perbekaman).” (Musnad Ahmad, no. 12045. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net