Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sejarah Pemikiran Islam Dirasatul Firaq, Mengenal Mazhab Teologi Islam Klasik dan Aliran Sesat di Indonesia

Sejarah Pemikiran Islam Dirasatul Firaq, Mengenal Mazhab Teologi Islam Klasik dan Aliran Sesat di Indonesia
Terbitan: Pustaka Arafah
Product Code: Pustaka Arafah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.3 x 15.3 x 1.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM29.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sejarah Pemikiran Islam Dirasatul Firaq, Mengenal Mazhab Teologi Islam Klasik dan Aliran Sesat di Indonesia | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Team Ulin Nuha Ma’had Aly An-Nur | Penerbit: Pustaka Arafah | Berat: 250gram | Muka Surat: 314 m/s. (Soft cover)


Dari hadis Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ: ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ، وَهِيَ الْجَمَاعَةُ

“Sedarlah bahawa sesungguhnya orang-orang sebelum kalian dari kalangan Ahli Kitab telah berpecah menjadi 72 golongan. Dan bahawasanya umat ini juga akan berpecah menjadi 73 golongan. 72 di neraka, dan yang 1 di dalam jannah, dan mereka itu adalah al-Jama’ah.” (Sunan Abi Daud, no. 4597)

Dalam riwayat yang lain dari hadis ‘Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَإِنَّ بني إسرائيل تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً»، قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

“Dan sesungguhnya bani Isra’il telah berpecah menjadi 72 golongan. Dan ummatku akan berpecah menjadi 73 golongan. Semua mereka di neraka kecuali satu golongan.”

(Para sahabat bertanya), “Siapakah dia (golongan yang satu) itu ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab, “Sesiapa yang berada pada apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2641)

Demikian sabda dan peringatan Rasulullah buat kita. Iaitu setelah peninggalan beliau, umat Islam akan berhadapan dengan fitnah (ujian) perselisihan dan perpecahan.

Dan apa yang disabdakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ini memang telah benar-benar terjadi dan telah dapat kita rasai saat ini. Umat Islam berada dalam fenomena perpecahan yang amat dahsyat dan telah muncul banyak sekali kelompok dengan pelbagai ideologi dan firqah yang saling berlawanan sesama sendiri.

Sedangkan setiap masing-masing kelompok itu mengaku membawa Islam yang benar! Sehingga akhirnya telah membuat gusar dan bingung banyak pihak, khasnya kalangan awam dan penuntut ilmu yang mencari kebenaran.

Nah, inilah yang dibahaskan oleh buku ini. Kita akan telusuri asal sejarah bermulanya perpecahan tersebut, ciri-ciri asas dan utama bagi setiap kelompok dimaksudkan, dan siapakah kelompok yang benar dan apakah bukti-buktinya?

Sama-sama kita tela’ah dengan tekun dan sabar, dan semoga Allah menyelamatkan kita dari badai perpecahan tersebut seraya menunjukkan dan meletakkan kita di atas jalan yang selamat, iaitu sebagaimana yang dikatakan oleh Rasulullah, iaitu jalan beliau dan sahabatnya, atau dikenal dengan nama al-jama’ah...

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net