Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Dosa-Dosa Besar (Terjemahan Kitab Al-Kabair oleh Adz-Dzahabi)

Dosa-Dosa Besar (Terjemahan Kitab Al-Kabair oleh Adz-Dzahabi)
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 18 x 3

ISBN: 9786027637221
Availability: Out Of Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Dosa-Dosa Besar (Terjemahan Kitab Al-Kabair oleh Adz-Dzahabi) | Judul Asal (‘Arab): Al-Kaba’ir | Penulis/Penyusun: Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) | Tahqiq/Takhrij: Abu Hafs Sayyid bin Ibrahim bin Shadiq ‘Imran | Penterjemah: Umar Mujtahid, Arif Mahmudi | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 659g| Muka Surat: 446 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 18.0cm (lebar) x 3.0cm (tebal) | ISBN: 978-602-7637-22-1 |


Ketika menciptakan Adam, Allah Subhanahu wa Ta’ala mengambil perjanjian terhadap Adam dan keturunannya bahawa Dia-lah ilah yang Maha Esa, Rabb dan sesembahan yang tiada sekutu bagi-Nya.

Allah Ta’ala berfirman:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا

“Dan (ingatlah), ketika Rabbmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Rabbmu?” Mereka menjawab, “Betul (Engkau Rabb Kami), kami menjadi saksi.” (Surah Al-‘Araf, 7: 172)

Kemudian dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, memasukkannya ke dalam Syurga, memerintahkannya untuk taat kepada-Nya, memperingatinya untuk tidak menyelisihi-Nya dan memakan (buah) pohon yang ditentukan. Juga melarangnya mentaati syaitan dan memberitahunya bahawa syaitan adalah musuhnya.

Adam dan isterinya pun masuk Syurga. Namun, iblis sentiasa menggoda keduanya hingga keduanya memakan buah dari pohon terlarang. Keduanya berbuat maksiat kepada Rabbnya dan menaati syaitan. Dan jadilah perbuatan tersebut sebagai awal kemaksiatan Adam.

Lalu, dengan rahmat serta kemurahan-Nya, Allah menganugerahkan dan mengajarkan kepada Adam beberapa ucapan pertaubatan. Adam kemudian mengucapkannya dan bertaubat atas dosa-dosa. Kemudian keduanya dikeluarkan dari Syurga dan diturunkan ke bumi (dunia). Lalu, jadilah Adam seorang khalifah di muka bumi, sebagai perlaksanaan firman Allah Ta’ala:

إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

“Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Surah Al-Baqarah, 2: 30)

Iblis –la’natullah alaihi- terus memburu anak keturunan Adam serta mengoda mereka agar melakukan dosa-dosa besar dan beragam kemaksiatan. Akhirnya, terjadilah dosa besar pertama kali di dunia, yaitu pembunuhan yang dilakukan oleh salah seorang putra Adam terhadap saudara laki-lakinya.

Tahun berganti tahun, setan terus menerus menggoda anak keturunan Adam, hingga mereka terjerumus ke dalam dosa yang paling besar yakni syirik kepada Allah Ta’ala.

Allah Ta’ala mengutus para rasul yang memperingatkan manusia dari melakukan dosa-dosa besar dan kemaksiatan, serta agar mereka hanya menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun.

يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ

“Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu ilah selain Dia,” (Surah Hud, 11: 50)

Namun demikian, kaum Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim tetap menyembah berhala-berhala mereka. Tidak ada yang mengikuti Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim kecuali sedikit. Fir’aun sendiri justeru menjadikan dirinya sebagai sesembahan selain Allah Ta’ala. Beliau berkata sebagaimana disebutkan oleh Allah Ta’ala:

مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي

“Aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku.” (Surah Al-Qashash, 28: 38)

Dia juga berkata:

أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى

“Akulah tuhanmu yang paling tinggi.” (Surah An-Nazi’at, 79: 24)

Setelah Allah mengangkat Nabi ‘Isa ke sisi-Nya, kaum Nabi ‘Isa pun mengambil ilah selain Allah. Bahkan mereka mendakwa Allah memiliki anak. Maha suci Allah dari apa yang mereka sangkakan. Allah bebas dari (memiliki) isteri dan anak, semua itu lantaran godaan syaitan terhadap anak Adam untuk melakukan kemaksiatan dan dosa-dosa besar. Manusia semakin melampaui batas dan bertambah zalim. Sehingga mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan melakukan pelbagai kekejian, seperti memimun Khamr, melakukan zina, liwat, membunuh anak-anak perempuan, memutuskan silaturrahim, serta melakukan pelbagai jenis perbuatan dosa lainnya.

Akhirnya, Allah mengutuskan seorang penutup nabi dan rasul, iaitu Muhammad bin ‘Abdullah. Beliau diutus sebagai pemberi khabar gembira dan peringatan kepada seluruh manusia, memperkenalkan kepada mereka siapa Rabb mereka, memerintahkan mereka kepada kebaikan, mencegah mereka dari kemungkaran, menghalalkan untuk mereka segala hal yang baik, mengharamkan untuk mereka segala hal yang buruk. Beliau sentiasa tabah menghadapi pelbagai kesulitan dan rintangan dalam menempuh jalan untuk mengeluarkan para hamba Allah dari penyembahan kepada sesama hamba menuju penyembahan kepada Rabbnya para hamba.

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sangat bersikap kasih-sayang terhadap umat manusia dan tidak pernah mengharapkan kecelakaan bagi mereka, sama sebagaimana yang dilakukan oleh para nabi sebelumnya. Allah Ta’ala yang menegaskan hal ini dalam firman-Nya:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (Surah Al-Anbiya’, 22: 107)

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sentiasa memberikan peringatan kepada mereka agar tidak melakukan dosa-dosa besar, dengan cara memberitahukan kepada mereka melalui sabdanya:

“Mahukah aku khabarkan kepada kalian dosa-dosa yang paling besar? Iaitu perbuatan syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua orangtuanya...”

Yakni sebagaimana yang akan dijelaskan pada bab dosa-dosa besar yang pertama di kitab ini. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulai (Syurga).” (Surah An-Nisa’, 4: 31)

Berdasarkan keterangan di atas, maka wajib bagi setiap orang yang berakal untuk menjauhi segala dosa besar dan kecil, juga segala bentuk kemaksiatan. Dengan begitu, dia tidak mendapatkan murka dan azab Allah, lalu datang pada hari kiamat sembari berkata, “Wahai Rabbku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan.” (Surah Al-Mukminun, 23: 99-100)

Bagi setiap muslim yang telah terjerumus ke dalam dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil, hendaklah segera bertaubat kepada Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menerima taubat seorang hamba jika dia kembali dan bertaubat kepada-Nya. Allah Ta’ala berfirman:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa seluruhnya. Sesungguhnya, Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Az-Zumar, 39: 53)

Buku yang ada di hadapan kita ini berbicara tentang dosa-dosa besar dan bagaimana cara menyelamatkan diri darinya, dan buku ini memperingatkan kita agar tidak terjerumus di dalamnya dan menjelaskan kepada kita hal-hal kesyirikan, sehingga kaki kita tidak terperosok dan menjadi orang-orang yang binasa. Kerana itu, kita harus kembali dan bertaubat sebelum datang suatu hari di mana penyesalan tidak lagi berguna dan taubat tidak diterima.

“(Yakni) di hari harta dan anak-anak lelaki tidak lagi berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.” (lihat: Surah Asy-Syu’ara’, 26: 88-89)

Ya Allah, ilhamkanlah kepada kami kebenaran dan petunjuk, serta jauhkanlah kami dari kemaksiatan dan dosa. Sesungguhnya, Engkau-lah sebaik-baik pelindung dan penolong.

Tentang buku ini

Buku Al-Kaba’ir karangan Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah adalah buku yang sangat berharga. Kandungan perbahasannya mudah, ringan, serta menggunakan gaya bahasa yang indah, teratur, dan tepat. Penjelasan dosa-dosa besar yang ada di dalam buku ini dipersembahkan dengan nash-nash Al-Qur’an dan hadis. Kemudian di akhir setiap penjelasan dosa-dosa besar dicantumkan sebuah hikayat atau kisah. Adapun jumlah hadis dan atsar dalam buku ini mencecah lebih dari 600 hadis atau atsar. Ada yang sahih, dha’if, mahupun maudhu’. Namun, jumlah hadis dha’if dan maudhu’ sangatlah sedikit jika dibandingkan dengan seluruh hadis-hadis yang begitu banyak di dalam buku ini.

Jika Anda amati buku ini dengan teliti, anda akan dapati ia memiliki banyak kemiripan dengan buku Az-Zawajir susunan Ibnu Hajar Al-Haitsami Al-Makkiy. Anda tidak melewati satu pun dosa-dosa besar yang disebutkan dalam buku Adz-Dzahabi ini melainkan sebahagian besarnya akan anda dapatkan di dalam buku Ibnu Hajar Al-Haitsami. Namun, penting untuk saya sebutkan bahawa buku Adz-Dzahabi rahimahullah sangat popular dan terkenal serta terjangkau oleh orang awam, lebih-lebih lagi bagi para da’i dan penuntut ilmu. Ini adalah disebabkan kemasyhuran dan kecekapan penulis dalam memaparkan isi perbahasan buku ini.

Secara umum, buku ini sangat baik dan bermanfaat. Namun, beberapa hikayat dan kisah yang diceritakan oleh penulis pada bahagian akhir dari setiap pembahasan dosa besar, harus diteliti secara cermat sebelum diambil, atau diajarkan dan disebarkan kepada orang lain sebagai nasihat. Ini kerana, kisah-kisah tersebut tidak memiliki sanad. Disebabkan itu, kita wajib berhati-hati dalam menceritakan dan mengajarkannya kepada orang lain, kecuali setelah memastikan kebenarannya, dan mengetahui jalur periwayatkannya, agar kita tidak terjatuh ke dalam perbuatan dusta.

Para da’i yang biasa berbicara di hadapan khalayak ramai juga wajib berhati-hati terhadap hadis-hadis batil dan dha’if yang disebutkan oleh penulis rahimahullah. Mereka juga harus berusaha melakukan penelitian dan tidak menisbatkannya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, supaya mereka tidak termasuk ke dalam sabda beliau:

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

“Siapa yang dengan sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempatnya di neraka.” (Muttafaq ‘Alaihi)

Agar manfaat buku ini semakin sempurna dan kebaikannya semakin luas, kami nukilkan untuk para pembaca dengan pendapat seorang pakar hadis, yakni Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah, sebagaimana yang dipaparkan oleh Asy-Syaikh Muhammad Ibrahim Asy-Syaibani dalam buku beliau Hayatu Al-Albani:

Al-Albani berkata, “Kaedah kedua belas: Telah masyhur di kalangan ahli ilmu dan penuntut ilmu bahawa hadis dha’if boleh diamalkan dalam hal keutamaan-keutamaan amal. Mereka berasumsi tidak ada perbezaan pendapat dalam masalah tersebut. Bagaimana tidak, sedangkan Al-Imam An-Nawawi sendiri menukilkan kesepakatan atas hal itu di dalam buku-buku beliau.

Hanyasanya, apa yang dinukil oleh Al-Imam An-Nawawi perlu dikaji lagi, kerana perbezaan pendapat dalam perkara ini cukup masyhur. Sebahagian ulama peneliti berpendapat bahawa hadits dha’if tidak boleh diamalkan secara mutlak, sama ada dalam persoalan hukum mahupun keutamaan amal.”

Syaikh Jamaluddin Al-Qasimi berkata:

“Diceritakan oleh Ibnu Sayyidun Nas dalam ‘Uyunul Atsar dari Yahya bin Ma’in, dan beliau menisbatkan dalam Fathul Mughits kepada Abu Bakar bin Al-‘Arabi, “Secara zahir, pendapat Al-Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim juga seperti itu. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Hazm.”

Al-Albani melanjutkan penjelasannya:

“Tidak diragukan lagi, inilah yang benar menurut pendapatku, kerana beberapa alasan:

Pertama, hadits dha’if hanya memberikan faedah zhan (dugaan) yang dikuatkan.

Kedua, dari perkataan mereka, “Dalam keutamaan-keutamaan amal” saya memahami bahawa maksudnya adalah dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan pensyari’atannya berdasarkan hujjah syar’i. Dalam hal ini, ada hadits dha’if yang menyebutkan pahala khusus bagi orang yang mengamalkannya.”

Kemudian Al-Albani melanjutkan lagi:

“Yang penting di sini adalah hendaklah orang-orang yang berbeza pendapat mengetahui bahawa bolehnya mengamalkan hadis dha’if dalam keutamaan-keutamaan amal tidaklah bersifat mutlak sebagaimana orang-orang yang berpendapat demikian. Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Tabyinul ‘Ajb mengatakan:

“Telah masyhur bahawa ahli ilmu memberikan toleransi dalam menyebutkan hadis-hadis tentang keutamaan-keutamaan amal walaupun ada yang dha’if, selagi tidak maudhu’ (palsu).”

Kemudian beliau berkata:

“Inilah tiga syarat terpenting dibolehkan mengamalkan hadis dha’if:

a) Ia bukan hadis maudhu.’ Saya (Al-Albani) katakan, “Bukan pula yang sangat dhaif.”

b) Hendaklah orang yang mengamalkannya tahu bahawa hadis tersebut kedudukannya dha’if.

c) Hendaklah (kedha’ifannya) tidak masyhur.”

Pembicaraan ini selesai dengan penyampaian dan peringkasan dari kitab Hayatu Al-Albani.

Sumbangan pentahqiq (penyemak) bagi kitab ini

1, Pentahqiq memeriksa matan buku ini dan memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang ada.

2, Mentakhrij ayat-ayat Al-Qur’an.

3, Mentakhrij hadis-hadis dan atsar-atsar serta menelusuri sumber-sumbernya dari kitab-kitab hadis sekaligus menjelaskan kedudukannya.

4, Men-syarah kata-kata asing pada matan atau hadis-hadis dengan sumber-sumber rujukan yang tersedia. Jika tidak didapati, maka pentahqiq menggunakan bantuan beberapa transkrip terdahulu dan menyandarkan kepadanya, sebagai bentuk sikap amanah ilmiyah.

5, Menerjemah beberapa nama diri yang terdapat dalam buku.

6, Memberikan komentar atas beberapa asas perbahasan dalam buku ini bersesuaian dengan apa yang dituntut oleh nash, sama ada persoalan aqidah mahupun fiqih.

7, Memberikan beberapa tambahan faedah pada catatan kaki.

8, Membawakan biografi ringkas penulis.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net