Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Cobaan Para Ulama

Cobaan Para Ulama
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 15 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM39.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Cobaan Para Ulama | Judul Asal ('Arab): Tarwiidh Al-Mihan Diraasah Tahliliyah al-Aham al-Mihan al-Laati Marabbuha Kibaar 'Ulamaa' al-Ammah  | Penulis: Syaikh syarif 'abdul 'Aziz az-Zuhairi| Penerbit: Pustaka al-Kautsar | Berat: 400g | Muka Surat: 349m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa apabila Allah menyukai sesuatu kaum itu, maka Dia pasti akan mengujinya. Hadis tersebut mengisyaratkan dan seolah-olah sedang menggambarkan apa yang berlaku dan dihadapi oleh para ulama setelah peninggalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Iaitu apa yang telah berlaku dalam lipatan sejarah kegemilangan umat Islam di masa lalu dan apa yang sedang berlaku pada hari ini.
 
Ujian dan cubaan, sama ada berupa kesusahan, kepayahan, ataupun kesenangan dan kenikmatan, memang tidak dapat dinafikan begitu jelas telah menimpa umat terdahulu dan hari ini dari kalangan ulama ahli sunnah wal-jama'ah. Apa yang dapat diambil pelajaran dari setiap ujian yang mereka hadapi adalah bagaimana mereka bersabar dalam menghadapinya, raut ketenangan mereka, dan cara mereka menyikapi setiap ujian-ujian yang menimpa mereka tersebut di atas ilmu. Setiap sikap yang mereka kedepankan dalam menyikapi ujian-ujian tersebut adalah demi meraih kemaslahatan dalam agama dan umatnya. Mereka sanggup bergadai nyawa dan harta mereka demi agama Islam yang tercinta lagi dimuliakan. Sehingga dengan sikap, tindakan, dan kebijaksanaan mereka inilah umat Islam berjaya membina sebuah sejarah, empayar, dan tamadun yang gemilang. Nilai-nilai ketulenan agama pun terus terpelihara sehingga ke hari ini.
 
Buku ini adalah di antara barisan karya-karya penting yang berusaha merakamkan dan mengungkap semula kisah-kisah perjuangan para ulama ahli sunnah di zaman silam dalam menyikapi kepelbagaian bentuk ujian, fitnah, dan mehnah yang menimpa mereka serta kaum muslimin secara umum. Buku ini merupakan antara tulisan yang berusaha menganalisa pelbagai ujian dan sikap para ulama dimaksudkan sebagaimana telah berlaku dalam sejarah. Lebih kurang seramai 29 orang ulama ternama diungkapkan kisah-kisah mereka melalui karya ini, iaitu sekitar dari era Imam Sa'id B. al-Musayyib, Sa'id B. Jubair, Sufyan ats-Tsauri, Imam Abu Hanifah, Waki' B. al-Jarrah, Imam Malik, Imam Ahmad, Imam al-Buwaithi, al-Bukhari, Ibnu Khuzaimah, ath-Thabari, an-Nasaa'i, Ibnu Hibban, Ibnu Hazm, al-'Izz B. 'Abdissalam, Ibnu Taimiyyah, ash-Shan'ani, asy-Syaukani, dan ramai lagi lainnya sehinggalah ke era Syaikh Jamaluddin al-Qasimi rahimahumullah.
 
Analisa buku ini merangkumi fokus-fokus utama seperti riwayat hidup mereka, kepelbagaian ujian yang dialami, faktor-faktor timbulnya fitnah, sikap mereka dalam menanganinya, sehinggalah hasil dan kesan dari buah tindakan para ulama dimaksudkan. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net