Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Madarijus Salikin, Pendakian Menuju Allah

Madarijus Salikin, Pendakian Menuju Allah
Madarijus Salikin, Pendakian Menuju Allah
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar (14/6)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM70.00 RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Madarijus Salikin, Pendakian Menuju Allah | Judul Asal ('Arab): Madarijus Salikin, Baina Manazilil Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in | Penulis: Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimahullah (Wafat: 751H) | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 900g | Muka Surat: 569m/s.


Seorang musafir yang menempuh sebuah perjalanan menuju ke sebuah tempat yang jauh, sudah tentu memerlukan sejumlah bekalan dan kelengkapan yang baik dan mencukupi. Begitulah juga dengan sebuah perjalanan manusia menuju sebuah pertemuan yang paling agung, iaitu pertemuan dengan Tuhannya. Kehidupan di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan, yang mana penghujungnya adalah pulang kepada Allah. Setiap hembusan nafas, setiap pergerakkan, setiap aktiviti, setiap lintasan hati, dan segala-galanya, pasti akan diperhitungkan.
 
Perjalanan menuju kepada Allah, memiliki fasa-fasanya yang sangat penting. Fasa yang paling utama, adalah fasa di dalam meletakkan prinsip sebuah perjalanan pada awalnya. Iaitulah fasa memahami 'Aqidah yang suci bersih. Mengerti dari mana kita datang, kenapa kita didatangkan, dan ke mana kelak kita akan dikembalikan.
 
Maka, buku ini pun diterjemahkan dan dipersembahkan ke hadapan anda. Buku yang menyentuh berkenaan persoalan asas-asas aqidah, akhlak di dalam beraqidah, sehinggalah kepada persoalan krisis salah faham di dalam memahami aqidah, juga mengulas isu kesesatan manusia di dalam aqidah disebabkan kejahilan. Ia menjabarkan maksud kalimah "Iyya kana'budu wa iyya kanas ta'in...". Hanya kepada Allah aku mengabdikan diri, dan hanya kepada Allah jualah aku memohon pertolongan.
 
Buku ini turut mengulas isu-isu tertentu yang banyak disalah fahami oleh kaum sufi, iaitu perbahasan berkenaan ilmu yaqin, ainul yaqin, haqqul yaqin, dan istilah-istilah lainnya yang banyak dipergunakan oileh golongan sesat dari ahli tarekat.
 
Buku karya imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah ini adalah satu karya yang agung, menjadi rujukan dalam ilmu aqidah. Sebuah buku yang membahaskan sekitar persoalan tauhid, ketuhanan, penghambaan manusia kepada Tuhannya, hakikat insan, zuhud, konsep tawakkal, dan banyak lagi. Buku ini asalanya terbahagi kepada tiga jilid berasingan. Tetapi ketiganya telah disatukan menjadi sebuah buku (3 in 1).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net