Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Asbabun Nuzul, Sebab-sebab Turunnya Ayat Al-Qur'an [Karya dan Susunan Al-Imam As-Suyuthi]

Asbabun Nuzul, Sebab-sebab Turunnya Ayat Al-Qur'an [Karya dan Susunan Al-Imam As-Suyuthi]
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25.7 x 16 x 3

ISBN: 9789795926771
Availability: Out Of Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Asbabun Nuzul, Sebab-sebab Turunnya Ayat Al-Qur’an | Judul Asal (‘Arab): Asbabun An-Nuzul | Penulis: Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah (Wafat: 911H) | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: Hamid Ahmad Thahir Al-Basyuni | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Penterjemah: Andi Muhamad Syahril dan Yasir Maqasid | Berat: 925gram | Muka Surat: 626 m/s. (Hard cover, standard paper quality)


Asbabun Nuzul Al-Qur’an, iaitu sebab-sebab, latar belakang, kisah-kisah, atau peristiwa-peristiwa di sebalik turunnya sesuatu ayat Al-Qur’an adalah satu ilmu yang perlu dikuasai bagi seseorang yang hendak memahami dan menafsirkan ayat-ayat Al-Qur’an. Kefahaman terhadap Asbabun Nuzul merupakan satu kemestian agar tidak berlaku kesalahan dalam memahami ayat-ayat Allah. Pemahaman dan penguasaan terhadapnya akan memberi input dan hasil penafsiran yang lebih sempurna.

Di antara kitab bermanfaat dan penting yang terlibat dalam menghimpun Asbaabul Nuzul ayat-ayat Al-Qur’an adalah karya Al-Imam Jalaluddin As-Suyuthi rahimahullah (Wafat: 911H). Kandungannya merangkumi himpunan hadis-hadis dan kitab-kitab rujukan utama lainnya yang berkaitan dengannya. Ia juga turut disertakan sama riwayat-riwayat dari para ahli tafsir generasi awal dari kalangan sahabat-sahabat Nabi.

Al-Imam Al-Wahidi rahimahullah (Wafat: 468H) berkata:

“Tidak mungkin dapat diketahui tafsir sesuatu ayat tanpa mengetahui kisah dan sebab turunnya ayat.”

Al-Imam Ibnu Daqiq al-‘Ied rahimahullah (Wafat: 702H) berkata:

“Penjelasan tentang sebab turunnya ayat merupakan cara yang ampuh dalam memahami makna-makna Al-Qur’an.”

Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) turut menegaskan:

“Pengetahuan tentang sebab turunnya ayat akan membantu dalam memahami kandungan ayat tersebut. Kerana dengan mengetahui sebab turunnya ayat, seseorang dapat mengetahui akibat yang merupakan buah dari sebab tersebut. Beberapa orang dari kalangan salaf tidak jarang mengalami kesukaran dalam memahami makna-makna ayat al-Qur’an. Namun ketika mereka mengetahui sebab turunnya ayat tersebut, sirnalah (lenyaplah) kesulitan yang menghalangi mereka dari memahaminya.”

Selanjutnya, Imam al-Wahidi berkata:

“Tidak boleh berbicara tentang sebab turunnya ayat-ayat Al-Qur’an melainkan dengan periwayatan yang dinukil dari mereka yang menyaksikan saat turunnya ayat tersebut, mengetahui sebab-sebab turunnya, dan meneliti ilmunya.”

Tokoh Tabi’in, Muhammad bin Sirin rahimahullah (Wafat: 110H) berkata, “Aku bertanya kepada Abidah tentang suatu ayat Al-Qur’an, lalu beliau pun berkata:

“Bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang benar. Saat ini sudah tidak ada lagi orang yang mengetahui pada permasalahan apa saja Al-Qur’an diturunkan.”

Ada juga yang mengatakan bahawa sebab turunnya ayat-ayat diketahui oleh para sahabat Rasulullah dengan berdasarkan qarinah (indikasi atau petunjuk) tertentu terhadap pelbagai permasalahan yang mengisyaratkan pada sebab turunnya ayat tersebut. Dan terkadang sebahagian mereka tidak dengan tegas mengatakan bahawa suatu permasalahan merupakan sebab turun suatu ayat, tetapi sebaliknya isyarat-isyarat atau indikasi terntentu masih dapat diketahui darinya.

Kemudian, Al-Imam al-Hakim rahimahullah (Wafat: 405H) turut mengatakan dalam kitabnya, ‘Uluumul Hadits:

“Jika seorang sahabat Nabi yang menyaksikan detik saat turunnya ayat lalu beliau mengkhabarkan bahawa ayat Al-Qur’an tersebut turun sempena peristiwa tertentu, maka itu adalah sebuah hadis yang musnad (bersambung sanadnya).”

Karya dalam Asbabun Nuzul

Suatu keperluan yang terus-menerus muncul dan juga tumbuh adalah mengetahui rahsia-rahsia yang terkandung di dalam Al-Qur’an dan juga pelbagai disiplin ilmunya, disebabkan Al-Qur’an adalah sebuah kitab suci yang sangat mulia dan juga sebagai pegangan bagi setiap orang di muka bumi ini. Banyak dari kalangan para ulama yang berusaha dan berlumba-lumba dalam menulis buku-buku yang berkaitan dengan cara bagaimana memberikan pemahaman kepada setiap orang, menjelaskan sesuatu yang belum dapat difahami dengan benar, mempermudah hal-hal yang sulit, dan merinci sesuatu yang masih dalam bentuk umum.

Maka sebahagian dari ulama ada yang menulis buku dalam ilmu tafsir, dan ulama yang lain banyak pula yang memilih untuk mempelajari dan kemudian mengambil hukum-hukum yang terkandung di dalam Al-Qur’an, dan ada juga sebahagian dari ulama yang memilih mengumpulkan tafsiran serta isyarat-isyarat yang terdapat di dalamnya.

Selain itu, ada sebahagian kelompok dari ulama berusaha untuk mendalami dan meneliti beberapa disiplin ilmu Al-Qur’an. Kemudian dari kelompok ini, terdapat beberapa ulama yang memberikan fokus dan komitmennya dalam menjelaskan sebab-sebab turunnya ayat, dan hal ini termasuk usaha yang sangat penting yang dilakukan oleh ulama yang menekuninya berdasarkan riwayat-riwayat para sahabat dan tabi’in.

Dalam ilmu ini, muncul seorang ulama yang bernama Al-Imam Al-Wahidi (wafat: 468H) yang telah mendahului ramai ulama yang lainnya dalam bidang ini. Akan tetapi buku yang beliau susun masih terdapat kekurangan dan juga banyak melewati ayat tanpa menjelaskan sebab turunnya dengan alasan-alasan yang belum beliau jelaskan.

Kemudian setelah Al-Imam Al-Wahidi, muncullah Al-Imam As-Suyuthi yang menyempurnakan kekurangan-kekurangan yang terkandung pada kitab-kitab para ulama sebelumnya dalam bab tersebut. Lalu beliau pun menyusun sebuah buku yang sedang berada di hadapan kita ini sehingga Haji Khalifah menyebutkan di dalam buku “Kasyfu Azh-Zhunun” bahawa kitab ini (Lubabun An-Nuqul) adalah sebuah kitab yang belum ada yang dapat menyainginya, kerana dari semua buku-buku yang telah beliau baca, bahawasanya Al-Imam As-Suyuthi telah memuatkan di dalam bukunya apa yang terdapat di dalam buku-buku ulama sebelumnya dan beliau hanya menuliskan redaksi yang memiliki riwayat atau sanad.

Dan Al-Imam As-Suyuthi sepertinya sebelum menulis buku ini, beliau banyak menghabiskan waktunya dengan kesibukan dan mungkin saja beliau menulis buku ini pada fasa-fasa akhir dalam umurnya. Sebelumnya beliau sibuk dalam membaca dan mempelajari Al-Qur’an. Beliau memfokuskan dirinya ketika beliau telah berumur lebih dari empat puluh tahun di Raudhah Al-Miqyas dan di sanalah beliau banyak menulis semua buku-bukunya.

Mempelajari dan memahami sebab-sebab turunnya ayat-ayat Al-Qur’an sangatlah penting dan bakal membantu dalam memahami sekaligus menafsirkan Al-Qur’an.

Beberapa perkara yang perlu kita perhatikan dalam buku ini:

>> Al-Imam As-Suyuthi tidak menyebutkan beberapa surah dan ayat yang telah disebutkan oleh Al-Imam Al-Wahidi dan para ulama sebelumnya, disebabkan beliau menghindari penambahan yang hanya akan membuat pembaca merasa bosan kerana berulang-ulang.

Di dalam buku ini juga, beliau banyak menyempurnakan kekurangan yang terdapat dalam buku Al-Imam Al-Wahidi kerana beliau (Imam As-Suyuthi) datang setelah Al-Wahidi, maka beliau menyempurnakannya agar tidak terjadi pengulangan.

>> Al-Imam As-Suyuthi dalam menulis buku ini berjalan di atas jalan sebahagian para ahli tafsir di mana mereka kurang berhati-hati dalam mengambil riwayat yang sahih. Dan hal ini mungkin memerlukan kajian yang lebih lanjut dan mendalam sebelum menyebarkannya ke khalayak umum yang tidak punya kemampuan dalam membezakan antara yang sahih dan tidak sahih, yang tidak mengetahui isyarat-isyarat tashih dan tadh’if.

Al-Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan bahawasanya ilmu sejarah dan tafsir adalah dua ilmu yang tidak mempunyai asal-usul yang jelas, kerana ianya bersandar pada talaqqi dan riwayat yang kebanyakannya bersumber dari para ahli yang tidak memberi fokus pada pentingnya silsilah perawi hadis. Telah banyak dari para mufassir yang sangat tidak berhati-hati dalam hal ini, hingga kebanyakan buku mereka dipenuhi dengan hadis-hadis yang gharib, palsu, lemah, dan peristiwa yang tidak memiliki dasar riwayat yang sahih.

>> Sebahagian dari ahli hadis sendiri membezakan satu sudut periwayatan pada suatu tempat dengan tempat yang lainnya. Ini seperti apa yang dilakukan oleh Al-Imam Al-Bukhari yang agak mempermudah dalam menulis kitab sejarahnya, namun bertolak belakang berbanding pada kitab hadisnya yang sangat berhati-hati dan ketat pensyaratannya.

Demikian juga yang dilakukan oleh Al-Imam At-Tirmidzi dan Ibnul Jauzi. Maka, janganlah merasa hairan ketika pentahqiq menghukumi sesebuah hadis dengan status dha’if (lemah) kerana hukum ini adalah hukum yang dinyatakan oleh para pakar hadis.

Adapun para mufassir, mempunyai cara pandang yang sedikit berbeza dalam hal ini, di mana mereka memiliki cara pandang seperti para fuqaha’. Namun, ini bukan bermakna bahawa Al-Imam As-Suyuthi lemah dalam segala apa yang beliau sebutkan di dalam bukunya. Setiap pembaca haruslah menela’ah dengan saksama dan baik apa yang dikatakan, “Kebanyakan apa yang beliau riwayatkan dalam tafsir, hanya sedikit yang mempunyai sanad.”

Maka atas alasan ini, pentahqiq (peneliti) pun menambahkan beberapa perincian sebagaimana berikut:

>> Memberikan takhrij (sumber hadis/periwayatan) pada setiap ayat dan hadis-hadis yang dibawakan oleh Al-Imam As-Suyuthi berdasarkan kitab-kitab hadis yang muktabar seperti Shahihain, kitab-kitab Sunan, dan Musnad atau yang lainnya.

>> Pentahqiq menjelaskan pada nota kakinya nilai dan status setiap hadis-hadis sama ada sahih, hasan, dha’if atau yang lainnya.

>> Pentahqiq telah memperkenalkan nama-nama penting pada awal kitab memandangkan nama-nama tersebut akan sering sekali diulangi dalam beberapa peristiwa. Pentahqiq juga turut memperkenalkan beberapa penyusun kitab-kitab tafsir dan hadis. Adapun bagi nama-nama para sahabat radhiayallaahu ‘anhum, pentahqiq tidak menjelaskan biografi mereka tetapi mencukupkan dengan mengemukakan rujukan maklumat.

>> Pentahqiq berusaha menjelaskan beberapa lafaz atau kalimat yang sukar difahami berdasarkan beberapa rujukan kitab-kitab Tafsir muktabar.

>> Pentahqiq banyak merujuk kepada dua kitab tafsir muktabar berikut: “Al-jami’ li Ahkami Al-Qur’an” yang disusun oleh Al-Imam Al-Qurthubi dan “Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim” yang disusun oleh Al-Imam Ibnu Katsir rahimahumullah pada nota kakinya.

Dan, hanya kepada Allah-lah kami memohon agar buku ini bermanfaat untuk semua orang, dan mengampuni apa yang kami tidak dapat lakukan, dan hanya kepada-Nya lah kami mengharap kebaikan.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net