Judul: Fiqih Shalat | Judul Asal ('Arab): Fataawa An-Nabi fish Sholah | Penulis: Al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Penerbit: Pustaka Imam As-Sunnah | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 759m/s.
Solat adalah kewajiban yang pertama kali diperintahkan oleh Allah kepada kita kaum muslimin melalui Rasul-Nya ketika beliau melakukan Isra' dan Mi'raj ke sidratul Muntaha. Solat adalah wasilah komunikasi antara sang Khaliq dan makhluk. Ia menjadi benteng kuat berfungsi sebagai pencegah dari perbuatan keji dan munkar, sebagaimana dijelaskan dalam al-Qur'an.
Di zaman sekarang, begitu banyak orang yang mengaku muslim tapi mereka tidak melaksanakan kewajiban yang paling penting ini, iaitu solat. Mereka lalai dan menganggap remeh urusan yang satu ini, padahal solat adalah rukun Islam dan amalan yang pertama kali akan dihisab di akhirat kelak setelah hal-hal berkaitan tauhid.
Orang yang melaksanakannnya saja masih mendapat ancaman dari Allah, iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya, tidak khusyu', dan riya'. Lalu bagaimana dengan orang yang berani meninggalkannya? Apakah kesan dan hukuman bagi mereka yang meninggalkan solat? Dan bagaimana pula tata cara solat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang benar dan sahih?
Maka melalui karya tulis ini, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan dengan huraian yang memuaskan berkaitan hal-ehawal dan hukum-hakam solat. Antara yang beliau bahas dan huraikan melalui kitabnya yang bermanfaat ini adalah syarat-syarat solat, solat berjama'ah di masjid, hukum solat di masjid yang terdapat kubur, sunnah azan, sunnah menjama' dan mengqasharkan solat, tatacara solat Rasulullah, hukum meninggalkan solat antara hukuman dan kekafiran, hukum orang yang lalai lagi tergesa-gesa dalam solatnya, hukum solat berjama'ah, hukum berqunut di dalam solat, dan banyak lagi. Ia turut dikupas berdasarkan mazhab para ulama yang empat dan juga mazhab-mazhab lainnya seperti mazhab zahiri selain menjadikan tunjang utama perbahasan bersumberkan Al-Qur'an dan As-Sunnah di atas manhaj para salaf.