Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mahkota Pengantin, Bingkisan Istimewa Untuk Suami Isteri

Mahkota Pengantin, Bingkisan Istimewa Untuk Suami Isteri
Mahkota Pengantin, Bingkisan Istimewa Untuk Suami Isteri
Terbitan: Pustaka at-Tazkia
Product Code: Pustaka At-Tazkia
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 2

ISBN: 9789792426595
Availability: In Stock
Price: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mahkota Pengantin | Judul Asal ('Arab): Tuhfah Al-'Arusain | Penulis: Majdi bin Manshur bin Sayyid Asy-SyuriPenerbit: Pustaka At-Tazkia | Berat: 900g | Muka Surat: 353m/s. (Hard cover)


Pernikahan adalah di antara asas utama keutuhan masyarakat Muslim. Apabila ikatan sesebuah keluarga retak, remuk pulalah sendi-sendi sesebuah peradaban. Oleh sebab itulah, kenapa Islam begitu menjaga perhubungan di antara lelaki dan wanita serta menggalakkan pernikahan. Melalui pernikahan, Islam mendidik dan menjaga umat Islam agar hidup dengan tenteram dan bahagia.

Buku Mahkota Pengantin ini adalah sebuah nota, sebuah penjelasan yang sekaligus merupakan bimbingan berkaitan usaha membina keluarga menjadi keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah (penuh ketenangan, kecintaan, dan rahmat) sejak dari memulakan niat peminangan ditancapkan di dalam hati. Kemungkinan melangkah ke fasa ijab dan kabul sehinggalah ke fasa hidup berdua. Bagaimana seharusnya hidup berumahtangga diharungi. Bagaimana suami dan isteri perlu saling membantu dan melengkapi satu sama lain. Insyaallah, buku ini berusaha membantu para pembaca.

Kelebihan buku Mahkota Pengantin ini terletak pada kupasannya yang menjurus kepada realiti sebenar yang sedang dan bakal dihadapi oleh para pasangan suami isteri. Bahasanya pun lebih ringan, mudah difahami, tidak berjela-jela dan disampaikan dalam bentuk santai dan langsung kepada tujuan.

Di antara yang dibahaskan melalui buku ini adalah soal hubungan seks suami dan isteri, yang merupakan antara topik yang jarang dibahaskan secara terbuka. Mungkin kerana janggal dan perasaan malu. Tetapi disebabkan pelbagai isu yang timbul terkait seks dalam rumah-tangga, maka buku ini mengambil usaha membahaskan isu-isu hubungan seks suami isteri bersesuaian fakta dan dalil-dalil yang syar'i.

Di antaranya, penulis menjelaskan permasalahan jima' (seks), tatkala suami dan isteri berduaan, mukaddimah memulai hubungan ketika berduaan, waktu terbaik melakukan seks, waktu berbahaya melakukan seks, bahaya dan manfaat hubungan seks, etika seks, bagaimana mengakhiri seks, fiqh mandi dan tatacaranya, sehinggalah kepada soal ejakulasi dan pelbagai isu-isu yang terkait dengannya juga turut dikupas secara fakta. Ini adalah sebahagian perbahasan yang jarang ada dalam mana-mana buku berkaitan nikah.

Walau bagaimana itu hanyalah sebahagian dari perbahasan yang dikemukakan oleh penulis. Adapun perbahasan utama yang mendominasi buku ini adalah seperti keutamaan dan anjuran pernikahan, pernikahan adalah ibadah yang besar, keperluan untuk bernikah, keperluan untuk berkeluarga, memilih suami dan isteri yang soleh/solehah, solat istikharah, persoalan mahar atau maskahwin, persediaan dalam membina rumahtangga dan pernikahan, adat-adat kebiasaan dalam pernikahan dan pandangan Islam mengenainya, dan sunnah mengadakan walimah ketika pernikahan.

Kemudian diikuti dengan perbahasan berkaitan jenis-jenis pernikahan yang syar'i atau sebaliknya. Kemudian isu poligami, hak-hak suami dan isteri, serta keperluan-keperluan dalam berumahtangga yang menyentuh aspek harta dan rezeki.

Buku ini seterusnya membahaskan etika berumahtangga secara sunnah, iaitu etika sebagai seorang suami, sebagai isteri, etika ketika bersama, etika dan adab dalam menjaga hubungan, saling memberi nasihat dan seumpamanya.

Buku ini turut membawakan perbahasan terkait amalan onani dan hukum-hakamnya. Dan yang terakhir ia menyertakan sekali perbahasan berkaitan isu sihir yang dikatakan banyak melanda kehidupan berumahtangga bagi pasangan tertentu. Penulis menjelaskan bagaimana sihir boleh berlaku, jenis-jenis sihir, cara merawatinya, cara mencegahnya, doa-doa dan zikir-zikir yang boleh dibaca sebagaimana anjuran Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, sehinggalah kepada perbahasan bentuk-bentuk kesalahan yang biasa dilakukan oleh masyarakat dalam menghadapi gangguan sihir.

Melalui perbahasan terakhir ini, penulis secara umumnya berusaha membantu para pembaca menolak gangguan sihir dan gangguan syaitan berdasarkan kaedah yang ditunjuk-ajarkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Yang mana secara umumnya, kaedah ini banyak dilupakan oleh masyarakat Islam pada hari ini sehingga ada yang beralih kepada kaedah perdukunan, perbomohan, dan seumpamanya.

Apa pun, semoga pembaca beroleh manfaat melalui buku ini. InsyaAllah...

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net