Judul: Dzikir Ala Tasawuf | Penulis: Ustaz Muhammad Arifin B. Badri | Penerbit: Pustaka Darul Ilmi | Berat: 450g | Muka Surat: 211m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Tasawuf! Sebuah nama dan istilah yang seakan-akan begitu indah untuk didengar. Namun, setakat manakah istilah ini memberikan sebuah kesan yang mengarahkan kita kepada kebenaran atau pun hakikatnya adalah sebaliknya. Dari mana datang perkataan tasawuf sendiri pun masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.
Tasawuf! Sehingga ada perkataan dari para tokoh-tokohnya yang mengajak kita meninggalkan isteri-isteri dan keluarga supaya dapat bertapa (bersuluk) ke tempat-tempat tersembunyi agar mencapai darjat seorang Shiddiqin dan wali.
Taswuf! Mengajak manusia mencapai maqam-maqam tertentu sehingga membolehkan seseorang untuk meninggalkan ibadah kepada Allah Subahahu wa Ta’ala. Benarkah tindakan mereka?
Malah ada tasawuf yang mengajak manusia agar berdzikir dengan dzikir-dzikir yang aneh-aneh, yang tidak pernah dikenal ada dalam sunnah Nabi, dzikir-dzikir yang diperolehi melalui mimpi, dan seumpamanya. Bahkan ada yang mengajak berdzikir dengan segala macam iringan gendang dan alat-alat muzik, sambil menggoyang-goyangkan badan, serta sambil menari.
Maka, melalui buku ini, penulis telah pun berusaha sedaya-upaya beliau dalam mengungkap sebahagian praktik amalan tasawuf dimaksudkan. Iaitu sekitar isu dzikir sambil berlagu, dzikir dengan suara kuat lagi nyaring, dzikir sambil menagis, dan dzikir berkoir di samping menjelaskan hakikat asas-asas tasawuf itu sendiri dari kaca mata Islam yang benar.
Soalnya, mengapa patern dzikir seperti ini kini semakin subur dan berkembang, sedangkan ketika zaman Nabi dahulunya, tidak pernah dikenal sama sekali bentuk-bentuk dzikir yang aneh seperti itu. Jadi, mari sama-sama kita ikuti perinciannya secara ilmiyah dan tuntas, insyaAllah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]