Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Detik-detik Sakaratul Maut

Detik-detik Sakaratul Maut
Terbitan: Aqwam
Product Code: Aqwam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 1.5

ISBN: 9789793653631
Availability: In Stock
Price: RM27.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Detik-detik Sakaratul Maut | Judul Asal (‘Arab): Sakaraatul Maut | Penulis/Penyusun: Shalahuddin As-Said | Syarah: Penyusun | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Ustaz Arif Mahmudi | Penerbit: Aqwam | Berat: 0.3kg| Muka Surat: 152m/s. (soft cover) | Ukuran buku: 23cm (tinggi) x 15cm (lebar) x 0.7cm (tebal) | ISBN: 978-979-3653-63-1 |


Banyak orang yang tak hirau dengan kematian, bahkan ia sering menjadi hal yang selalu dilupakan. Bahkan ramai yang lari dan terus lari darinya, sedang ia tetap akan mendatangi manusia, semakin dekat dan terus menghampiri.

Padahal pada setiap desah nafas manusia adalah menunggu kedatangan malaikat maut pembawa sakarat.

Sebagaimana firman Allah Ta’ala, “Dan kedatangan sakaratul maut itu adalah benar, itulah apa yang kalian sering lari darinya!” (Surah Qaaf, 50: 19)

Ketika detik-detik itu datang, ia pun akan menyerang ruh dan menyebar ke seluruh bahagian tubuh. Ia menarik ruh dari setiap urat dan saraf, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Ia lebih sakit berbanding libasan pedang, hirisan pisau mahupun gergaji.

Ya, sakaratul maut bukanlah kuda tunggangan yang boleh diperintah dan diarah sekehendak tuannya. Diminta atau pun tidak, ia tetap akan datang. Tidak seorang pun manusia mampu menolak atau mengundurkannya. Ia di luar kawalan manusia.

Ketika sakaratul maut menuju kepada anda, apa tindakan dan langkah-langkah segera yang akan anda lakukan? Nah, bimbingan dan tips-tips di dalam buku ini mampu menjadi bekal berharga di saat sakaratul maut datang, bila pun masanya, cepat mahupun lambat, secara tiba-tiba mahupun perlahan-lahan. Semoga kita semua berjaya menempuh saat datangnya sakaratul maut bersesuain bimbingan petunjuk yang sahih.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net