Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hadis-Hadis Sahih terbukti Masa kini

Hadis-Hadis Sahih terbukti Masa kini
Terbitan: Kemilau Publika (Selangor)
Product Code: Kemilau Publika
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.9 x 14 x 1.2

ISBN: 9789673611805
Availability: Out Of Stock
Price: RM17.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hadis-Hadis Sahih terbukti Masa kini | Judul Asal (‘Arab): | Penulis/Penyusun: Ashraf Suarin | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Kemilau Publika | Berat: 272g | Muka Surat: 206 m/s (Soft cover) | Ukuran buku: 20.9cm (tinggi) x 14.0cm (lebar) x 1.2cm (tebal) | ISBN: 978-967-3611-80-5 |


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (2)

“Dia-lah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah Al-Mulk, 67: 2)

Kehidupan ini persinggahan seketika. Biarlah seketika tetapi manfaat selamanya, kehidupan ini adalah tarbiah daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk hamba-Nya, sama ada hamba-Nya sedar atau lalai daripada-Nya

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ (185)

“... dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan keindahannya) melainkan merupakan kesenangan bagi orang-orang yang ghurur (terpedaya).” (Surah Ali ‘Imran, 3: 185)

Mutakhir ini, banyak perkara yang telah berlaku, sebagaimana disebut dalam sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Pintu-pintu hati perlu diketuk dan disedarkan dengan sabda baginda dan ingatan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (18)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat) dan (sekali lagi diingatkan) bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mendalam ilmu-Nya terhadap apa yang kalian amalkan.” (Surah Al-Hasyr, 59: 18)

Persediaan kehidupan akhirat bermula dengan kehidupan di dunia hari ini. Ingatan demi ingatan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam perlu diambil peduli.

Apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dahulu terbukti masa kini bersesuaian dengan keadaan dan sangat relevan. Melalui karya ini, penulis menghuraikan bukti kebenaran sabda-sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang diucapkan lebih 1400 tahun lalu terbentang nyata di hadapan kita pada hari ini. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala mengurniakan kepada kita bashirah (penglihatan mata dan hati), pemahaman yang benar, dan kesedaran yang tinggi terhadap Islam serta mampu menjalankan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan penuh keimanan.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net