Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Shalat Imam Al-Bukhari

Fikih Shalat Imam Al-Bukhari
Fikih Shalat Imam Al-Bukhari
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 4

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Shalat Imam Al-Bukhari | Judul Asal (‘Arab): Al-MuhallaPenulis: Mona Binti Soleh B. ‘Abdullah Al-Marzu’ | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 896m/s.


Umumnya, majoriti umat Islam tentu mengenali Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H), atau nama sebenarnya Muhammad B. Ismail Al-Bukhari. Seorang ulama, pakar, penghimpun (atau pengumpul), hebat dalam menjelaskan butiran (atau spesifikasi) hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan beliau dijuluki Amirul mukminin fil hadits.

Kitab hadis beliau yang dikenali dengan nama Shahih Al-Bukhari merupakan master piece yang tidak ternilai harganya. Sebuah kitab paling sahih di dalam bidangnya dan tersahih di muka bumi setelah kitab Allah Al-Qur’an Al-Kariim.

Piawaian beliau yang cukup ketat dan penuh ketelitian menjadi nilai yang cukup tinggi dalam membawa dan menjelaskan pelbagai persoalan agama melalui hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Maka buku yang berada di hadapan anda ini adalah salah satu karya ilmiyah yang menyentuh salah satu juzuk khusus dari kitab Al-Imam Al-Bukhari dan Shahih Al-Bukhari. Iaitu berkaitan fiqh solat imam al-Bukhari. Buku ini memaparkan biografi Al-Imam al-Bukhari, pengembaraan beliau dalam mempelajari dan mengumpul hadis, methode beliau dalam berfatwa dan menyusun hadis, pegangan beliau dalam agama, pendirian beliau dalam qiyas dan fatwa-fatwa para sahabat Rasulullah.

Solat dan masjid menjadi fokus utama dalam buku ini mengingatkan solat merupakan rukun Islam dan pembeza di antara seorang muslim dengan kafir, manakala masjid merupakan tempat yang berhubung erat dengan pelbagai aktiviti ibadah solat. Perbahasan dibentangkan bermula dari aspek-aspek umum sehinggalah kepada perincian yang amat mendalam.

Asal buku ini adalah hasil karya thesis yang ditujukan kepada Fakulti Syari’ah, Universiti Ummul Qura (Saudi Arabia) bagi tujuan meraih master dalam bidang fiqh dan ushul fiqh. Judul asal (secara terjemahannya) adalah, “Fiqh Imam al-Bukhari Tentang solat, al-Jami’ ash-Shahih; Sebuah Kajian Komprehensif.”

Secara umumnya, buku ini mengupas dan menjelaskan hubungan judul-judul bab dalam Shahih al-Bukhari dan kaitannya dengan hadis-hadis yang diletakkan di dalamnya oleh Al-Imam Al-Bukhari. Kemudian penulis membawa dan memperkuatkan kesimpulannya dengan perkataan para ulama lainnya terutamanya dari kalangan imam mazhab seperti Malik, asy-Syafi’i, Ahmad, dan Abu Hanifah. Penulis juga turut mengupas perbezaan pendapat di kalangan ulama yang berlaku (sekiranya ada) dalam satu-satu permasalahan pemahaman hadis yang dibawa oleh Al-Bukhari. Selain itu, penulis juga berusaha keras dalam menggali rahsia dan kaedah-kaedah fiqh serta ushul fiqh yang digunakan oleh Al-Imam Al-Bukhari dalam meletakkan satu-satu bab dalam kitab Shahihnya.

Secara umumnya, buku ini amat bermanfaat bagi para pembaca, pengkaji, mahupun penuntut ilmu dalam mengenali manhaj imam Al-Bukhari secara umum mahupun khusus, methode beliau dalam hadis dan kitab Shahihnya, methode beliau dalam penggalian hukum-hukum fiqh, manhaj beliau dalam meletakkan judul-judul bab dalam Shahihnya, prinsip beliau dalam memulakan sesuatu bab dalam Shahihnya, Syarat pensahihan hadis oleh Al-Bukhari, mazhab beliau dalam persoalan solat, mazhab beliau dalam fiqh serta ushul fiqh, serta hubungannya dengan mazhab-mazhab fiqh terkenal lainnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net