Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mukhtashar Zadul Ma'ad

Mukhtashar Zadul Ma'ad
Terbitan: Al-I'tishom
Product Code: Al-I'tishom
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.7 x 2.15

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM45.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mukhtashar Zadul Ma’ad | Judul Asal (‘Arab): Mukhtashar Zaadul Ma’ad | Penulis Asal: Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Diringkas oleh: Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab rahimahullah (Wafat: 1206H), lengkap dengan nota kaki, takhrij dan status hadis | Penerbit: Al-I’tishom | Berat: 1kg | Muka Surat: 417 m/s. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Setelah beberapa ratus tahun buku Zaadul Ma’ad karya Imam Ibnul Qayyim rahimahullah ini menjadi rujukan para ilmuan dan penuntut ilmu di banyak belahan bumi. Kini hadir pula ianya dalam bentuk mukhtashar atau edisi ringkasan yang lebih mudah dan tuntas untuk dicerna. Sebuah buku yang merangkum banyak perbahasan tentang peribadi Nabi, ibadah Nabi, sunnah-sunnah beliau, perjalanan Nabi dan sahabatnya, fiqh ibadah seperti solat, puasa, zakat, korban, dan lainnya, menyingkap pula peperangan Nabi, fiqh safar, jihad Nabi, fiqh perubatan, fiqh menghadapi musibah, adab-adab, dan selainnya. Secara umumnya, kitab Zaadul Ma’ad adalah sebuah kitab tersohor lagi diterima pelbagai lapisan umat Islam yang mencakup perbahasan sirah, fiqh, dan hadis dalam masa yang sama.

Imam Ibnul Qayyim sudah maklum sangat dikenal sebagai seorang ulama besar di abad pertengahan. Beliau adalah murid Ibnu Taimiyyah, seorang pembaharu tersohor dengan pelbagai hasil karya tulisnya. Ramai sekali ulama besar yang telah belajar dengan beliau di zamannya dan antara yang paling dikenal adalah seperti Al-Hafiz Ibnu Katsir penyusun Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim (atau Tafsir Ibnu Katsir).

Ibnul Qayyim dikenal sebagai ulama yang brilian, pro-aktif serta produktif. Ini terbukti dengan banyaknya hasil tinggalan karya-karya berharga milik beliau dalam pelbagai bidang atau lapangan ilmu-ilmu syari’at baik dalam bidang aqidah, tafsir, hadis, fiqh, sirah, mahupun tazkiyatun nufus.

Dikatakan bahawa karya-karya beliau tidak kurang dari 66 buah jumlahnya. Ada yang ringkas, dan bahkan ada yang sampai berjilid-jilid tebal.

Buku Zaadul Ma’ad ini asalnya juga termasuk deretan kitab-kitab beliau berkategori tebal dan berjilid-jilid. Ia termasuk barisan kitab-kitab penting yang tidak kurang berat kadungan perbahasannya untuk dicerna dan dihabiskan bagi sebahagian orang terutamanya kalangan penuntut ilmu atau para pemula. Bahasan di dalamnya mencakupi aspek sejarah sebagai sisi utamanya, kemudian diiringi dengan sisi perbahasan aqidah, fiqh, dan hadis.

Termasuk kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala buat kita hari ini adalah dengan hadirnya edisi ringkasan ini yang dibuat oleh Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab rahimahullah yang juga termasuk seorang reformis (pembaharu) di zamannya.

Dengan hadirnya edisi ringkasan ini, semoga manfaatnya akan dapat dikecapi dan dihadam oleh lebih ramai dari kalangan kaum muslimin sekaligus memberi manfaat yang besar dalam pembinaan pengetahuan Islam yang segar di kalangan masyarakat umum.

Lebih istimewa, edisi ini hadir lengkap dengan catatan nota kaki, takhrij hadis, dan status hadis-hadisnya. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net