Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Praktis Fikih Perniagaan Islam, Berbisnis & Berdagang Sesuai Sunnah Nabi

Panduan Praktis Fikih Perniagaan Islam, Berbisnis & Berdagang Sesuai Sunnah Nabi
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (3(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.2 x 15.6 x 1.2

ISBN: 9789791254977
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Praktis Fikih Perniagaan Islam, Berbisnis & Berdagang Sesuai Sunnah Nabi | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Dr. Muhamad Arifin bin Badri | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Darul Haq | Berat: 280g | Muka Surat: 231 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.2cm (tinggi) x 15.6cm (lebar) x 1.2cm (tebal) | ISBN: 978-979-1254-97-7 |


Di antara bentuk akhlak dan keperibadian mulia yang diajarkan oleh Islam adalah mampu bersifat mandiri dan bebas dari sifat kebergantungan kepada orang lain. Dan di antara salah satu bentuk usaha mandiri ini adalah dengan melaksanakan kerja-kerja dan mencari hasil usaha dengan tangannya sendiri.

Dari hadis Miqdaam radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ، خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ، وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang makan sesuatu makanan yang lebih baik dari makanan hasil dari pekerjaan tangannya sendiri. Dan dahulu Nabi Allah Dawud ‘alaihis Salam makan dari hasil pekerjaan tangannya sendiri.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2072)

Pada hadis ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan bahawa Nabi Dawud sentiasa makan dari hasil usahanya sendiri. Suatu yang istimewa adalah, beliau ini merupakan seorang Nabi yang dikurniakan dengan limpahan kekayaan dan kekuasaan. Walaupun demikian keadaannya, beliau tetap hidup mandiri dan hanya makan dari hasil usahanya atau pekerjaannya sendiri, iaitu tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain.

Dan inilah juga yang diamalkan oleh para sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum. Di samping mencari ilmu, mereka juga bekerja demi memenuhi keperluan seharian mereka. Sampai-sampai sebahagian mereka bergiliran datang ke majlis ilmu antara satu dengan yang lain kerana bekerja.

Dan termasuk bentuk pekerjaan yang mandiri lagi banyak diamalkan oleh para pendahulu kita dari kalangan salaf ash-sholeh adalah perniagaan. Di samping mereka terkenal dengan ilmu, tokoh dalam bidang ilmu, namun di balik itu mereka juga dikenal dengan orang-orang yang tidak mengabaikan soal keperluan sehariannya yang atas alasan ini mereka juga turut melakukan pekerjaan.

Demikian juga pada hari ini tidak kurang ramainya kaum muslimin yang terlibat dengan perniagaan.

Cuma pada hari ini, keadaannya sudah banyak berbeza. Masyarakat Islam sudah mula bercampur-baur dengan orang-orang kafir dan pelbagai mu’amalah serta sistem yang diterapkan dalam keseharian mereka pun sudah mula bercampur-baur antara yang benar dan bathil. Banyak hal-hal yang melibatkan urusniaga perniagaan mereka mula diresapi dengan prinsip-prinsip, aqad-aqad, dan sistem yang bertolak-belakang dengan syari’at Islam.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah Al-Maidah, 5: 3)

Agama Islam ini telah sempurna. Maka dengan demikian, syari’at Islam ini telah mencakup segala persoalan dalam kehidupan seharian kita.

Syari’at Islam ini diturunkan antaranya guna mengatur segala bentuk interaksi manusia agar dapat berlangsung dengan nilai-nilai yang benar dan sesuai dengan apa yang dicintai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sekaligus mencegah dari pebagai bentuk kezaliman, penyelawengan dan ketidak-adilan.

Bila ini difahami, tentu sangatlah naif dan hina apabila masih ada dari kalangan umat Islam yang menyerukan baik secara umum mahupun khusus untuk menggabungkan sistem-sistem bathil dari pemikiran orang-orang kafir ke dalam syari’at Islam. Dan hal ini telah pun banyak berlaku dalam mu’amalah seharian kita baik dengan sedar mahupun tanpa disedari.

Maka, tulisan sederhana ini pun disusun oleh penulis sebagai sumbangan ilmiyah bagi usaha menjelaskan kesempurnaan syari’at Islam kepada masyarakat sekaligus menjelaskan letak duduk pelbagai aspek mu’amalah yang sedang berlangsung hangat dalam kalangan masyarakat hari ini.

Melalui tulisan ini, penulis berusaha menjelaskan sekitar adab-adab dalam urusniaga, hukum meminta-minta, antara dakwah dan kewajiban menafkahi keluarga, keutamaan perniagaan, jenis-jenis aqad perniagaan dan pembahagiaannya, hakikat jual beli dan penjelasannya, syarat-syarat jual-beli, dan penjelasan sekitar khiyar.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net