Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Tuntunan Niat dalam Ibadah

Buku Poket Tuntunan Niat dalam Ibadah
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 10.5 x 15 x 0.28

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM6.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tuntunan Niat dalam Ibadah, Memahami Contoh, dan Cara Penerapannya | Judul Asal (‘Arab): | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih b. Hasbullah| Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Penterjemah: -| Berat: 55gram | Muka Surat: 80 m/s. (Soft cover)


Dari hadis ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إنَّمَا الأعمَال بالنِّيَّاتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما نَوَى

“Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat, dan segala urusan itu bergantung pada apa ia diniatkan.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1)

Dari hadis ‘Urwah, ‘Aisyah bertanya kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ اللَّهَ إِذَا أَنْزَلَ سَطْوَتَهُ بِأَهْلِ الْأَرْضِ وَفِيهِمُ الصَّالِحُونَ فَيَهْلِكُونَ بِهَلَاكِهِمْ؟ فَقَالَ: «يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ إِذَا أَنْزَلَ سَطْوَتَهُ بِأَهْلِ نِقْمَتِهِ وَفِيهِمُ الصَّالِحُونَ، فَيُصَابُونَ مَعَهُمْ، ثُمَّ يُبْعَثُونَ عَلَى نِيَّاتِهِمْ وَأَعْمَالِهِمْ»

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah apabila menurunkan azabnya kepada penduduk bumi dan padanya ada orang-orang yang soleh, adakah orang-orang yang soleh ini juga akan turut binasa bersama binasanya mereka?”

Maka jawab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Wahai ‘Aisyah, sesungguhnya Allah apabila menurunkan adzabnya atas suatu kaum (yang berhak mendapatkannya) dan padanya terdapat orang-orang yang soleh, maka mereka pun akan terkena bersama-sama mereka, lalu kemudian mereka pun dibangkitkan berdasarkan niat dan amal-amal mereka.” (Shahih Ibn Hibban, no. 7314)

Amal-amal perbuatan yang dikerjakan oleh setiap orang itu mungkin pada zahir rupanya tampak sama, namun hakikat hukum, pengaruh, dan hasilnya (atau balasannya di sisi Allah) berbeza-beza, kerana ia dinilai berdasarkan niatnya. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah (Wafat: 161H) berkata:

ما عالجتُ شيئاً أشدَّ عليَّ من نيَّتي؛ لأنَّها تتقلَّبُ

“Tidak ada yang paling berat aku usahakan melainkan niatku, kerana hati itu selalu berbolak-balik.” (Hilyatul Awliyaa’ oleh Abu Nu’aim Al-Ashbahani, 7/5)

Al-Imam Ibn Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 181H) berkata:

رُبَّ عملٍ صغيرٍ تعظِّمهُ النيَّةُ ، وربَّ عمل كبيرٍ تُصَغِّره النيَّةُ

“Banyak amal yang kecil menjadi besar kerana niatnya. Dan banyak amal yang besar menjadi kecil disebabkan niatnya.” (lihat: Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam oleh Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali, m/s. 71 – Tahqiq Syu’aib Al-Arnauth)

Kata Ibn Ajlaan rahimahullah:

لا يصلحُ العملُ إلاَّ بثلاثٍ: التَّقوى لله، والنِّيَّةِ الحسنَةِ، والإصابة

“Tidaklah amal itu dianggap soleh melainkan dengan tiga perkara, iaitu Taqwa kepada Allah, niat yang baik, dan benar pada tempatnya (mengikuti sunnah).” (lihat: Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam oleh Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali, m/s. 71 – Tahqiq Syu’aib Al-Arnauth)

Orang-orang generasi awal yang sungguh-sungguh mengikuti Nabi dari kalangan sahabat dan yang lainnya, mereka tidaklah melakukan atau mengatakan sesuatu melainkan setelah menghadirkan pada hati-hati mereka niat kerana Allah Ta’ala.

Pada asasnya, solat dan puasa mereka sama dengan solat dan puasa kita, tetapi bezanya adalah: amal mereka lahir dari niat hati yang bersih dan suci murni kerana Allah, yang penuh dengan rasa takut dan rasa harap kepada Allah, didirikan atas dasar iman dan taqwa, serta dari diri yang penuh dengan ilmu dari Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah perbezaan mereka dengan kita.

Buku ini membimbing kita agar mampu memahami hakikat niat dengan benar, disertai contoh dan cara penerapannya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net